"Untuk mengelakkan pembaziran kita meminta supaya semua ahli-ahli JK Panitia yang telah diamanahkan untuk merancang dan mengurus semua program-program dan aktiviti-aktiviti termasuk perancangan keperluan lojistik dengan tepat dan teliti. Bahagian permakanan, sebagai contoh perlu menyelarsakan dengan tepat keramaian jemputan agar tidak ada pembaziran dalam penyediaan makanan dan minuman nanti. Naib-naib Presiden, ketua-ketua ranting, biro-biro dan lain-lain yang terlibat dalam hal ini mestilah memberikan kerja sama yang padu kepada AJK Panitia Kongres", nasihat Haji Khalid Haji Ghazali.
Tambahnya perwakilan-perwakilan dari luar daerah Brunei-Muara mungkin perlu bermalam selama 2 atau 3 malam di Bandar sepanjang kongres berjalan. Dari itu keperluan penginapan haruslah dirancang dari sekarang dengan teliti dan seboleh-bolehnya jika ada ahli-ahli yang sudi bolehlah memberikan sumbangan dengan menempatkan rakan-rakan di rumah-rumah mereka. Dengan cara ini perwakilan-perwakilan dari Belait, Tutong dan Temburong nanti boleh menjimatkan perbelanjaan, tegas Bendahari Agong lagi.
"Jabatan Bendahari juga telah membukakan tabung Kongres Perwakilan. Dari itu semua ahli-ahli yang ingin menyumbang bolehlah menyumbang kepada tabung tersebut yang ditempatkan di Marksa NDP di Limbaruh Hijau Jerudong".
"Kepada mereka-mereka yang ingin menaja dalam bentuk sumbangan seperti makan tengah hari dan sarapan pagi, kenderaan atau lain-lain yang tidak berbentuk wang bolehlah berurusan dengan Jabatan Setiausha Agong (JASA) seperti ditahun lalu semasa Kongres Agong NDP petama", tambah Haji Khalid lagi.
Beliau juga sekali lagi mengingatkan pentingnya supaya semua urusan ini dilaksanakan dengan segera agar bahagian Jabatan Bendahari Agong dapat menyelaraskan semua keperluan perelanjaan dengan teliti dan akhirnya boleh mengurangkan pembaziran perbelanjaan,
|