Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

PROJEK PERINTIS NDP TERENCAT

LIMBARUH HIJAU 30 JUN 2009 - INISIATIF Parti Pembangunan Bangsa (NDP) untuk membantu merelisasikan hasrat Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam melihat peningkatan hasil beras negara kearah menjamin keselamatan permakanan tidak mendapat sambutan baik dari pihak-pihak berkenaan.

Bukan disebabkan inisiatif tersebut tidak baik tetapi disebakan karenah birokrasi apparatchik yang cuba mengekang segala usaha NDP untuk mempertingkatkan keluaran tempatan selaras dengan aliran pemikiran Kebawah DYMM itu.

"Soal keselamatan permakanan ini saban tahun telah dibahaskan di dalam kongres NDP sejak 2006 lagi", tegas Presiden NDP dalam teks ucapan dasar Kongres Agung Tahunan NDP kali ke-4 yang dibacakan oleh sdra Mahmud Morshidi Othman, Mantan Timbalan Presiden NDP.

"Ini kerana NDP sependirian dengan Kebawah DYMM dalam soal keselamatan permakanan ini. Atas kesedaran inilah NDP telah bekerjasama dengan Agrinduz Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang diusahakan oleh ahli-ahli NDP, dalam usaha untuk mempertingkatkan hasil padi negara. Dalam masa yang sama usaha ini juga diharapkan mampu meningkatkan taraf hidup petani di negara ini", jelas Presiden NDP.

Katanya di antara usaha yang diambil oleh syarikat ini ialah membantu beberapa orang  pemuda NDP menghasilkan sendiri beberapa buah mesin pembajak sawah yang diberi nama “banteng”,  memperkenalkan benih padi ‘Marhani’ yang didatangkan dari Filipina dan mengagihkan benih padi tersebut kepada pesawah NDP secara percuma  di mukim Labi, Temburong, Tutong dan Brunei-Muara. Padi tersebut boleh ditanam dua kali setahun dengan tempoh matang 90-100 hari dengan penghasilan 1.4 metrik tan satu ekar pada satu musim.

"Projek perintis ini telah dilancarkan sejak 2006 lagi dan dipantau secara langsung oleh Biro Pertanian dan Industri Asas Tani NDP".

"Walau bagaimanapun, ekoran “nasihat” pihak berwajib bahawa mereka tidak akan membeli hasil padi yang “tidak diiktiraf” menyebabkan para pesawah NDP yang terlibat dalam projek perintis tersebut tidak meneruskan usaha murni ini", keluh Presiden NDP.

"Akibat daripada karenah birokrasi apparatchik yang mengekang, segala usaha untuk mempertingkatkan keluaran tempatan selaras dengan aliran pemikiran Kebawah DYMM itu, menemui jalan buntu".

"Lebih malang lagi ialah pihak berkenaan enggan memberikan kerjasama dan menghulurkan sebarang bantuan kepada Agrinduz Sdn Bhd semata-mata kerana syarikat ini dikategorikan sebagai kepunyaan NDP menyebabkan syarikat ini tidak berupaya untuk meneruskan usaha-usaha kebajikannya".

"Lebih malang lagi, ada individu yang ternafi haknya untuk mendapatkan tanah pertanian semata-mata kerana menganggotai NDP".

"Kita begitu hairan mengapa usaha begini yang sama sekali tidak bercanggah, bahkan sejajar dengan dasar negara, dilayan dengan begitu rupa. Apakah kerana idea dan usaha tersebut datangnya dari NDP, maka usaha tersebut bukan sahaja tidak menerima sokongan dan penghargaan, malah sebaliknya mesti disekat?".

"Cuba bayangkan kalaulah pandangan dan usaha NDP ini sudah diterima baik sejak 2006 itu lagi, negara kita sekarang ini sudah pun masuk tahun ke tiga dalam projek penanaman padi dua kali setahun", kata Presiden NDP lagi.

"Jika usaha tersebut tidak direncatkan dan menerima kerjasama yang sewajarnya, saya yakin keluaran padi negara kini sudah pun melepasi tahap 20 peratus sara diri. Malah sasaran 60 peratus sara diri yang disasarkan pada 2015 boleh dicapai tiga tahun lebih awal dengan strategi dan pendekatan yang serupa", tambahnya lagi.

Walau bagaimanapun, ujar Presiden NDP, masa yang sudah terlepas tidak mungkin diperolehi semula.

"Adalah menjadi harapan saya dan NDP agar projek Padi Ke Arah Mencapai Sara Diri Pengeluaran Beras Negara ini akan diberi keutamaan dan penumpuan yang sepenuhnya oleh pihak yang berwajib", kata Presiden NDP.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.