Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

NDP sokong konsep Negara Zikir

LIMBARUH HIJAU 23 JUN 2009 - HASRAT dan tekad Kebawah DYMM Sultan Dan Yang Di-Pertuan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah 'Negara Zikir' perlu diberikan sokongan yang padu dengan melihat dan menghayatainya melalui berbagai sudut pandangan.

Ini ditekankan oleh Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dalam teks ucapan dasarnya yang dibacakan oleh sdra mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP di majlis perasmian Kongres Agong Tahunan NDP kali ke-4 yang berlangsung di Ewan Utama Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas pada 19 Jun 2009 baru lalu.

Dalam ucapan dasar tersebut Presiden merujuk titah KDYMM pada sempena sambutan Aidiladha pada 9 Zulhijjah 1428 bersamaan 19 Disember 2007.

Katanya dalam titah tersebut baginda sultan telah menitahkan:

Beta, Insya Allah akan terus berazam untuk menjadikan Brunei sebuah ‘Negara Zikir’ yang sentiasa mengagongkan Allah, supaya kita selalu berada dalam perhatian dan pemeliharaanNya, sesuai dengan janjiNya dalam surah Al-Baqarah ayat 152, tafsirnya: Kamu ingatlah Aku, nescaya Aku mengingati kamu pula”.

Sekali lagi, jelas Presiden, Kebawah DYMM  menitahkan atas  isu yang sama semasa perasmian Majlis Ilmu sempena sambutan hari Keputeraan Baginda yang ke 62, pada 26 Julai – 6 Ogos 2008 supaya:

“….semua pihak mestilah sama-sama memahami karekteristik Negara Zikir itu, apa fundamentalnya dan bagaimana ruang lingkupnya, supaya kita benar-benar meyakininya sebagai acuan dan landasan yang sangat-sangat kita perlukan.”

Secara jujur, tegas Presiden, baginda mengajak seluruh rakyat jelata untuk membuka jendela-jendela baru agar rakyat tidak lagi melihat pengertian zikir ini melalui satu sudut pandangan sahaja.

"Sudah pasti apabila Kebawah DYMM menitahkan supaya difahami karakteristik, fundamental dan ruang lingkup negara zikir, Baginda sesungguhnya cuba membawa transformasi kepada pengertian zikir itu sendiri".

"Selaras dengan apa yang telah dititahkan itu, kita juga rasa teruja dengan pandangan yang dikemukakan oleh Sahibul Samahah Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam mengenai siasah zikir. Pada pandangan Sahibul Samahah, apabila Negara Brunei mencapai matlamat sebagai sebuah negara zikir, maka sistem politiknya pula akan dikenali sebagai siasah zikir", tegas Presiden.

Beliau, tambah Presiden, telah mengemukakan hujah bahawa siasah zikir itu ialah,

“satu ilmu dan sistem yang dipandu oleh hukum-hukum Allah yang tidak boleh berlaku kepadanya sebarang pelanggaran kepada hukum-hukum tersebut.”

Kata Presiden lagi, Sahibul Samahah Mufti Kerajaan seterusnya menegaskan,

“siasah zikir itu berperanan menutup segala pintu keburukan: pintu rasuah, pintu penyelewengan, pintu kezaliman, pintu kronisme, pintu salah guna kuasa dan seumpamanya.”

"Pendapat ini beliau sampaikan melalui Kertas Perdana Seminar Majlis Ilmu 2008", kata Presiden.

CABARAN KEPADA DEMOKRASI

Presiden NDP berpandangan apabila Kebawah DYMM menzahirkan hasrat untuk menjadikan Brunei sebagai sebuah negara zikir tentu sekali di akhirnya nanti Negara Zikir itu akan dipandu sepenuhnya oleh syariat yang bertujuan untuk melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan nasab atau keturunan seluruh rakyat dan penduduk.

"Menyentuh persoalan maqasid atau matlamat-matlamat syariah ini,  pemikir-pemikir Islam kini telah menjulungkan pemikiran baru bagaimana sistem demokrasi berpilihan raya itu wajar dijadikan satu komponen baru yang berkesan sebagai penyumbang penyelesaian terhadap banyak masalah dan kecelaruan yang dihadapi oleh sistem politik, pentadbiran dan pembangunan ekonomi kebanyakan negara".

"Mengikut pendapat Dr. Murat Cizakca, Pengarah Penyelidian Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), di dalam  sistem demokrasi yang dimaksudkan,

“pemerintah mestilah menghormati hak rakyat untuk bebas bersuara, berfikir, beribadat, berniaga, memiliki harta dan sebagainya dengan kuasa tentera mesti berada di bawah kerajaan sivil yang dipilih secara demokrasi”  

Beliau berhujah, terdapat perkaitan jelas di antara demokrasi dan pembangunan ekonomi dan di antara demokrasi dengan keamanan sejagat.

Daripada 20 negara yang kaya pada tahun 2003, 19 daripadanya merupakan negara demokrasi kapitalis. Daripada 70 peperangan yang meletus antara 1816 – 1991, langsung tidak melibatkan peperangan di antara negara demokrasi dengan demokrasi yang lain.

Dari tahun 1900 – 1987 hampir 170 juta umat manusia terbunuh akibat konflik politik dan peperangan. Daripada jumlah tersebut lebih 166 juta pembunuhan yang berlaku itu adalah di negara yang mengamalkan pemerintahan totalitarian dan autokrasi, sementara  itu hanya lebih kurang dua juta yang mati di negara-negara pengamal demokrasi".

Dalam hubungan ini, tambah Presiden, kita amat bersyukur dan berbangga di atas keberanian Kebawah DYMM  yang telah mencabar segala macam fahaman dan doktrin ciptaan manusia dengan melontarkan kemurnian konsep negara zikir yang bermatlamatkan Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafuur, sebagai alternatif terbaik kepada penyelesaian terhadap segala macam permasalahan yang dihadapi oleh dunia dan manusia sejagat.

"Justeru ahli-ahli parti khususnya dan rakyat pada umumnya, hendaklah beriltizam untuk mendukung gagasan Kebawah DYMM tersebut dengan segala keimanan dan ketaqwaan.  Pemerintah dan rakyat mestilah saling menunaikan tanggungjawab dan hak masing-masing untuk memberi makna akan keindahan konsep Negara Zikir itu sehingga mencapai darjat negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah SWT. Dengan lahirnya Negara Zikir sejati itu, nescaya apa jua konsep, fahaman atau isme ciptaan manusia itu akan tertolak dengan sendirinya.

PERANAN  KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA ISLAM

Presidan NDP seterusnya menegaskan, "bertolak dari pemahaman tadi, kita melihat betapa besarnya peranan Kementerian Hal Ehwal Ugama Islam yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal ugama Islam dan menjadi tonggak di dalam falsafah Melayu Islam Beraja (MIB). Kita menaruh harapan agar Kementerian Hal Ehwal Ugama Islam menjadi pelindung dan penyelamat daripada sebarang bentuk serangan aqidah ke atas umat Islam dinegara ini".

NDP, tambah Presiden ingin melihat Kementerian Hal Ehwal Ugama Islam diperkasa sehingga ia benar-benar menjadi entiti yang dipandang amat berintegriti dan diyakini, berupaya menjadi rujukan, pemudahcara dan penyelesai mengenai apa jua masalah rakyat dan penduduk tanpa mengira anutan dan agama mereka di samping mengajak dan membawa seluruh umat di negara ini ke medan jaya.

Menurut Presiden lagi, di peringkat awal ini, NDP berpandangan kemungkinan undang-undang syariah dapat diperkasa dan dilaratkan hingga berupaya menjadi sumber utama rujukan masyarakat non-muslim untuk menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti perceraian, tuntutan nafkah serta pembahagian harta pusaka.

"Dengan mentransformasi peranan dan tanggungjawab Kementerian Hal Ehwal Agama Islam begitu rupa, Insyaallah mudah-mudahan kehadiran MIB itu akan dirasai sebagai falsafah yang memberi makna dan jaminan kesejahteraan kepada seluruh kehidupan rakyat sama ada yang beragama Islam atau tidak, Melayu atau bukan dan seterusnya menghayati falsafah tersebut dengan kesedaran yang setulusnya", tegas Presiden NDP.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.