Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Mensyukuri nikmat, bencana ukuran keimanan insan

KITA dapat mengecapi hidup bersatu padu dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama, bebas menjalani ibadat kepada Allah tanpa halangan, selalu berada di bawah naungan suasana aman damai dengan dilimpahi rezeki.

Sebagai mukmin yang hatinya tidak pernah lupa daripada mengingati Allah, pasti saja peka terhadap nikmat Allah sehingga memancarkan rasa syukur tidak terhingga kepada Allah.

Bila kita renungi dengan mata hati yang jujur, tidak keterlaluan jika dikatakan masih ada sebilangan besar masyarakat Islam tidak nampak dan menyedari mengenai kepelbagaian nikmat Allah ini, sehingga jadilah nikmat yang banyak itu diabaikan begitu saja, tidak disyukuri sebagai mana semestinya.

Nikmat Allah yang begitu jelas bertebaran tidak dirasai, inilah yang dikatakan kufur nikmat. Alangkah buruknya pekerti manusia jika lupa dan meremehkan Dia yang begitu baik kepada kita dengan kebaikan luar biasa. Tidak tahu menghayati konsep bersyukur dalam kehidupannya.

Sesungguhnya mukmin yang bersyukur, sudah pasti mengetahui dengan yakin dan penuh keinsafan semua nikmat diterima semuanya adalah pemberian Allah. Hal ini pernah diungkapkan salah seorang ulama tersohor Imam Habib Abdullah Hadad, orang bersyukur itu ialah orang mengerti (sedar dan faham) semua nikmat ada pada diri seseorang hamba.

Maka sewajarnya setiap mukmin bersyukur iaitu berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat-Nya. Ia adalah satu kewajipan perlu dititikberatkan setiap mukmin sebagai tanda penghargaan seorang hamba yang taat terhadap Allah SWT yang tidak putus menaburkan beraneka macam nikmat kepada hamba-Nya. Inilah bukti kepatuhan seorang hamba terhadap Khaliq sebagai mana tergambar dalam serangkai ayat bermaksud: “... Syukurilah nikmat Allah, jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada-Nya” (QS An-Nahl: 114)

Orang bersyukur dapat kita kenali melalui beberapa ciri yang tidak boleh terpisah daripadanya. Di antara ciri dapat dikenal pasti ialah pertama, lahir rasa kegembiraan atas nikmat yang ada pada dirinya, sama ada sedikit atau banyak.

Kegembiraan ini akan mendorong dirinya untuk lebih tekun beribadah dan mendekatkan diri kepada-Nya. Hatinya sentiasa subur dengan kesyukuran dan lidahnya tidak putusnya mengucap syukur dan memuji Allah siang dan malam, manakala setiap tindakannya menepati syariat agama. Sesungguhnya orang selalu bersyukur tidak dipersiakan akan pasti mendapat keredaan Allah.

Lantaran itulah Hujjatul Islam Imam Ghazali menyatakan bersyukur itu adalah satu kemestian bagi setiap mukmin supaya memperoleh dua keuntungan iaitu nikmat yang demikian besarnya itu akan menjadi kekal (sebab apabila tidak kita syukuri, maka akan hilang) dan nikmat itu akan ditambah Allah.

Jika seseorang itu selalu bersyukur bagaimanapun nikmat diterima, maka Allah akan menambahkan lagi nikmat-Nya sebagai mana penjelasan al-Quran bermaksud: “Dan ketika Tuhan kamu memberitahu: jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah lagi (nikmat-Ku)” (QS Ibrahim: 7])

Bagi orang yang benar-benar beriman pasti bersyukur kepada Allah bukan saja tatkala menerima nikmat kesenangan bahkan ketika berada dalam keadaan sulit dan menerima bencana atau musibah. Rasulullah pernah bersyukur atas musibah sebagai mana syukur atas kesenangan.

Allah berfirman, “Puji syukur kepada Allah atas musibah-Nya yang menyedihkan dan atas nikmat-Nya yang membahagikan’ (Maksud Al-Hadis) (Dipetik dari Berita Harian)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.