Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

MENEROKA LEMBAH TERBIAR - USAHA PENANAMAN RUMBIA

LIMBARUH HIJAU 30 JUN 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) mencadangkan agar pihak-pihak berkenaan mengambil inisiatif menerokai penanaman pokok sagu atau rumbia sebagai tanaman sampingan kepada padi.

NDP yakin usaha ini tidak sia-sia dan boleh menyumbang kearah jaminan keselamatan permakanan negara selain peluang mentransformasi lembah terbiar mejadi kawasan yang produktif.

"Cadangan ini dibuat memandangkan terdapat kawasan-kawasan lembah terbiar seperti Lembah Ukong, Rambai dan Kuala Balai yang boleh dimanfaatkan sebagai kawasan tanaman rumbia", jelas Presiden NDP dalam teks ucapan dasar Kongres Agung Tahunan kali ke-4 yang dibacakan oleh sdra Mahmud Morshidi Othman, Mantan Timbalan Presiden NDP. Ucapan dasar disampaikan di majlis perasmian kongres pada 19 Jun 2009 di ICC Berakas.

"Projek penanaman rumbia ini merupakan projek jangka panjang kerana tempoh tuaiannya sekitar 15 tahun".

"Oleh itu jika projek ini dapat dilaksanakan secara meluas mulai 2010 misalnya, hasilnya akan diperolehi menjelang 2025. Kelebihan penanaman rumbia terletak pada strategi 3T iaitu: Tanam, Tinggal dan Tuai", jelas Presiden NDP.

Katanya lagi penanaman rumbia tidak memerlukan kepada peruntukan kerajaan yang besar kecuali jika ia diusahakan secara perladangan. Sebaliknya dari segi penyenggaraan, tanaman rumbia adalah hampir ‘zero maintenance.’

"Sebagai rangsangan dan galakan kepada cadangan ini, kita boleh melihat potensi yang boleh dihasilkan oleh sagu selain daripada penggunaan yang lazim iaitu ambulung dan kuih muih berasaskan tepung sagu. Ruyungnya pula boleh dijadikan papan lapis dan berbagai jenis kraf tangan, kanji, gam dan lain-lain lagi".

"Rumbia juga memiliki potensi untuk menjadi sumber tenaga baru menerusi penghasilan etanol. Mengikut kajian, rumbia adalah tanaman sumber tenaga yang sangat cekap kerana berupaya menghasilkan kadar etanol per hektar yang tinggi berbanding mana-mana tanaman biofuel yang lain", tambah Presiden NDP lagi.

Menurut beliau kajian juga menunjukkan rumbia yang tumbuh meliar boleh menghasilkan kira-kira 5 tan kanji per hektar. Manakala rumbia yang diusahakan secara perladangan mampu menghasilkan sehingga 30 tan kanji per hektar.

"Dari segi pasaran pula satu metrik tan sagu boleh menjana pendapatan sehingga BND 400. Ini bermakna penanaman rumbia, jika dikendalikan dengan terancang dan bijaksana mampu muncul sebagai industri sampingan yang lumayan. Mukah di Sarawak dan Bengkalis di Sumatera adalah dua kawsan contoh tanaman rumbia secara perladangan yang boleh kita saksikan", tambah Presiden NDP.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.