DEWAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA BERAKAS 20 JUN 2009 - MAJLIS perasmian Kongres Agung Tahunan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kali ke-4 berlangsung dengan jayanya kelmarin di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas (ICC).
Majlis perasmian disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP.
Lebih 500 ahli-ahli NDP termasuk lebih 250 perwakilan hadir di majlis yang penuh adat istiadat itu. Juga turut hadir menyaksikan hari gemilang tersebut ialah 14 perwakilan dari kedutaan-kedutaan asing di negara ini antaranya dari Kedutaan Peranchis, Amerika Syarikat, Germany, Laos, Saudi Arabia, Jepun, Indonesia, Malaysia dan Thailand.
Ahli-ahli Lembaga Penasihat NDP juga tidak ketinggalan menghadirkan diri untuk sama-sama memeriahkan majlis perasmian tersebut.
Beberapa pemimpin-pemimpin dari persatuan-persatuan bukan kerajaan serta beberapa penuntut-penuntut University Brunei Darussalam juga hadir menyaksikan acara perasmian untuk menandakan bermulanya Kongres Agung Tahunan NDP ke-4.
Majlis dimulakan dengan perarakkan masuk alat-alat kebesaran kongres diikuti dengan bacaan ayat-yata suci al-quran serta do'a kesyukuran.
Malai Hassan Othman selaku Pengerusi Panitia Kongres tahun ini menyampaikan kata alu-aluan sebaik selesai doa dibacakan.
Ucapan alu-aluan pengerusi dikiuti dengan penyampaian ucapan dasar presiden. |