Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Keadilan perlu dalam perlaksanaan projek perumahan

LIMBARUH HIJAU 28 JUN 2009 - DALAM masa sama kita bersyukur kerajaan sekarang berusaha mempercepatkan pembinaan rumah untuk rakyat, kita juga berharap inisiatif yang membukakan peluang lebih luas lagi kepada sektor pembinaan dan pekerjaan itu tidak semunya jatuh ketangan orang luar.

Adalah tidak adil jika pengusaha dan pekerja luar sahaja yang dapat menafaat sepenuhnya dari perlaksanaan projek prumahan rakyaat tersebut manakala pengusaha dan anak tempatan pula terpinggir mengigit jari.

Begitulah antaranya mesej Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dalam teks ucapan dasar yang dibacakan oleh Mantan Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman di majlis persamian Kongres Agung Tahunan NDP kali ke-4.

Majlis perasmian berlangsung pada 19 Jun 2009 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

"Satu lagi isu yang sering dibangkitkan oleh NDP selama hampir empat tahun ini ialah soal perumahan rakyat. Di bawah RKN 2007-2012 sebanyak 9,000 unit perumahan dirancang untuk dibina", ujar Presiden NDP.

"Mengikut rekod, dari sejumlah 9,000 unit yang dirancang di bawah RKN 8, cuma sebanyak 969 sahaja yang mampu dibina. Ini bermakna, prestasi pencapaian perumahan negara hanya 10.77 peratus sahaja".

Prestasi yang rendah ini, tegas Presiden NDP, memperlihatkan kepada kita bahawa kaedah dan sistem penyampaian yang diamalkan selama ini tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.

Katanya lagi oleh sebab itulah NDP sentiasa mendesak supaya agensi berkenaan mencari kaedah dan pendekatan baru untuk memastikan apa jua yang dirancang dapat dicapai dengan memuaskan.

Walau bagaimanapun, menurut Presiden, NDP amat berterima kasih kepada kerajaan kerana berani mengambil tindakan yang drastik bagi mengatasi kemelut perumahan negara ini.

"Tindakan yang saya maksudkan itu ialah keputusan kerajaan untuk membina sebanyak 2,000 unit perumahan di bawah skim perintis dalam masa 24 bulan melalui penganugerahan kontrak kepada pihak pemaju swasta yang dikendalikan oleh Lembaga Perancang Pembangunan Ekonomi (BEDB) dan merancang tambahan 2,000 unit lagi menjelang 2012" .

"Keputusan dan perkenan Kebawah DYMM terhadap konsep dan perlaksanan projek ini di bawah BEDB membuktikan bahawa segala seruan dan desakan NDP selama ini supaya dipercepatkan pembinaan rumah bukannya satu usaha yang sia-sia", kata Presiden NDP lagi.

Katanya adalah menjadi harapan NDP sekiranya projek perintis ini memberi hasil yang memberangsangkan, maka pendekatan sedemikian akan diperluaskan dalam aspek-aspek pembangunan negara yang lain.

Dalam hubungan ini, {residen NDP dalam ucapan dasar tersebut merayu kepada kerajaan supaya kepentingan para perunding dan kontraktor tempatan tidak diketepikan.

"Dalam projek yang berskala besar dan ‘fast track’ seperti yang sedang dilaksanakan sekarang, kerajaan perlu menyediakan peluang kepada mereka untuk menimba pengetahuan dan pengalaman melalui pemindahan teknologi, usaha sama dan pemberian kontrak-kontrak kecil mengikut kemampuan masing-masing", tegas Pressiden NDP.

Melalui pendekatan ini, tambahnya, penyiapan projek dapat dipendekkan dan rakyat akan dapat menikmati kemudahan perumahan dalam tempoh yang wajar.

"Di samping itu, kerajaan juga dapat meningkatkan tahap keupayaan, kecekapan dan kemampuan para perunding dan kontraktor tempatan".

"Galakan berupa bantuan kewangan dan kepakaran kepada pengusaha-pengusaha tempatan hendaklah diberi tumpuan yang sewajarnya".

"Kita ingin melihat apa jua bahan mentah yang  boleh diungkayahkan di dalam negeri oleh anak negeri sendiri hendaklah diberi keutamaan, umpamanya batu bata, kuari, kerangka-kerangka tingkap dan pintu dan lain-lain lagi".

"Semua ini akan menjurus kepada pembangunan usahawan tempatan dan pembinaan keupayaan untuk berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada kepakaran dari luar".

Dalam hubungan ini, kata Presiden lagi, kita ingin tahu sejauh manakah penglibatan tenaga-tenaga mahir tempatan yang selama ini telah dilatih oleh institusi-institusi vokasional dan teknik untuk menjadi pekerja mahir dan separuh mahir bagi menampung keperluan tenaga kerja kini?

"Kita juga ingin tahu berapakah perangkaan sebenar tenaga belia Negara yang dapat diserapkan ke dalam pasaran tenaga kerja hari ini khususnya di sektor pembinaan? Jika dirasakan bilangan mereka teramat kurang maka apakah sebab musababnya? Adakah mereka tidak cukup terlatih? Atau adakah mereka terlalu memilih pekerjaan? Dan apa jalan keluarnya? Inilah yang ingin diketahui oleh rakyat memandangkan kadar pengganguran di negara ini adalah masih tinggi", tegas Presiden NDP.

Seterusnya Presiden NDP menyatakan bahawa di dalam Manifesto parti 2006-2016, NDP telah mencadangkan agar pihak-pihak berkenaan menyediakan peluang dan latihan yang lebih luas dalam bidang teknikal dan kemahiran kepada lepasan sekolah menengah bagi mewujudkan pangkalan tenaga mahir yang reliable tanpa terus bergantung kepada kemahiran tenaga kerja asing.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.