Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

KERAJAAN PERPADUAN – ANTARA HARAPAN DAN REALITI

Perjalanan politik yang dilalui oleh sebuah negeri di Malaysia, iaitu di Perak dalam tempoh seminggu dua ini sudah pastinya menarik perhatian kita untuk mengikutinya dengan lebih dekat.

Sebuah kerajaan negeri dengan parti Pas menjadi penerajunya dibentuk sebaik sahaja Pakatan Rakyat berjaya dalam pilihan raya umum dalam bulan Mac 2008 lalu. Bagaimanapun tempoh hayat kerajaan ini yang dibentuk atas kemenangan majoriti yang kecil tidak berupaya untuk bertahan lama. Selang beberapa bulan kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa berpindah menduduki barisan kerusi pembangkang ekoran adanya tindakan tiga anggota dewannya bertindak meninggalkan parti untuk menyokong Barisan Nasional yang ketika itu merupakan pembangkang di dewan.

Atas perkenan Ke Bawah Duli Sultan Perak yang berpuas hati bahawa Barisan Nasional berjaya membuktikan parti itu menerima sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak, kerajaan negeri kemudiannya bertukar tangan dari Pakatan Rakyat ke parti Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang ada kemudiannya membawa kes ke mahkamah. Mahkamah tinggi dalam keputusannya pada pertengahan Mei lalu membuat keputusan bahawa Menteri Besar dari parti Pas, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kekal sebagai Menteri Besar yang sah kerana tidak berlaku pengemukaan usul tidak percaya terhadap beliau di Dewan Undangan Negeri Perak. Beliau selain itu didapati tidak meletakkan jawatan yang akan membolehkan seorang yang lain dilantik mengambil alih tempat beliau.

Bagaimanapun, selang sehari dari adanya keputusan mahkamah tinggi berkenaan, Menteri Besar yang memerintah negeri Perak pada masa itu, Datuk Zambry Abdul Kadir telah berjaya mendapatkan perintah penangguhan perlaksanaan keputusan mahkamah tinggi di mahkamah rayuan. Mahkamah rayuan dalam sidangnya beberapa hari kemudiannya membuat keputusan bahawa kedudukan Menteri Besar, Datuk Zambry  dari kerajaan Barisan Nasional adalah kekal sah kerana beliau didapati mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri  berdasarkan kepada Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Dengan itu juga, kedudukan kerajaan Barisan Nasional di negeri Perak terselamat. Namun ianya diperhatikan tidak banyak membantu meredakan suasana hangat yang ada dalam tubuh politik negeri Perak. Pakatan Rakyat yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah rayuan itu pada tahap ini sedang berusaha untuk memperjuangkan hak mereka untuk mentadbir negeri itu berdasarkan dakwaan bahawa hanya parti itu yang menerima sokongan majoriti rakyat Perak untuk memerintah.

Mereka dengan itu menggesa supaya Dewan Undangan Negeri Perak segera dibubarkan bagi membolehkan satu pilihan raya baru diadakan bagi menentukan siapakah yang sebenarnya mendapat mandat rakyat untuk memerintah negeri Perak.

Persoalannya, jikapun pilihan raya diadakan semula dan kelak mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan hanya memperolehi majoriti yang kecil, apakah suatu suasana yang stabil akan dapat diwujudkan. Inilah antara persoalan yang banyak diperkatakan oleh pemerhati-pemerhati politik di sini sekarang dengan mereka rata-ratanya berpandangan bahawa sebuah “Kerajaan Perpaduan” membabitkan kerjasama parti Barisan Nasional dan Pas mungkin boleh menjadi jawapan kepada penyelesaian masalah yang ada.

Dengan kata lain, mereka berminat untuk melihat tertubuhnya kerjaan campuran di negeri Perak dengan portfolio perjawatan dibahagikan secara sama adil di antara parti Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Kumpulan ini cenderung untuk mempersoalkan bahawa sekiranya di negeri Selangor parti Pas boleh berkerjasama dengan parti DAP untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu, mengapa kerjasama yang serupa tidak boleh dibuat antara UMNO dengan Pas di negeri Perak?

Sementara itu, wujud juga pandangan bahawa walaupun Pas telah membuat kenyataan menolak sebarang cadangan kerjasama dengan UMNO, tidak salah sekiranya kerjasama di antara kedua-dua parti dimulai dari sebuah negeri seperti Perak untuk melihat kemungkinan adanya kesesuaian di antara kedua-dua parti ini untuk berkerjasama demi kepentingan umat Melayu pada masa depan.

Justeru atas adanya kesedaran seperti ini, boleh dikatakan saban hari ada sahaja pihak tertentu baik dari kalangan pemimpin politik Melayu, mahupun pertubuhan-pertubuhan pemikir Melayu yang berusaha untuk menghidupkan kembali agenda perpaduan Melayu, yang mencakupi antaranya, kemungkinan Barisan Nasional berkerjasama dengan parti Pas di bawah konsep “Kerajaan Perpaduan” itu.

Matlamatnya tidak lain, adalah untuk melihat wujudnya pengukuhan politik umat Melayu yang kebelakangan ini kelihatan tercalar dengan teruk dek adanya pertelingkahan antara mereka sendiri. Apa yang jelas, keputusan pilihan raya umum lalu, juga beberapa pilihan raya kecil yang berlangsung setakat ini memperlihatkan suatu kedudukan seolah-olah pengundi bukan Melayu kini semacam menjadi undi (kuasa) penentu dalam pembentukan mana-mana kerajaan.

Perkara ini, menurut mereka, tidak akan berlaku sekiranya pemimpin parti-parti politik Melayu itu sendiri dapat berkerjasama dengan ikhlas dengan mengutamakan agenda perjuangan bangsa dan agama melebihi kepentingan peribadi mahupun agenda parti masing-masing. Wallah hu A’alam - (mmo).

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.