Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Islam tidak menghalang politik

LIMBARUH HIJAU 10 JUN 2009 - Kehadiran ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) di pesada politik tanah air adalah jelas berunsur kebajikan, ingin meningkatkan usaha kita untuk meneroka dan menyedarkan diri kita untuk mengerakkan politik siasah yang sihat di kalangan kita sebangsa dan senegara.

Pandangan ini ditekankan oleh Awang Haji Antin Ahad, Timbalan Naib Presiden NDP Brunei-Muara baru-baru ini ketika berucap di majlis perasmian Kongres Tahunan Badan Perhubungan NDP Brunei-Muara.

Bercakap mengenai politik beliau menegaskan ianya adalah ciri ilmu pemerintahan, justeru Islam tidak menghalang dan merintanginya apatah lagi ianya didorong oleh semangat nasionalisme yang sejati tetapi memabangun.

Rasulullah S.A.W juga, jelas beliau, menggalakkan musyawarah untuk mencari keputusan bijaksana.

"Apa tidaknya, usaha–usaha yang berkebajikan yang mulia menimbulkan semangat cinta pada bangsa dan cinta pada tanah air demi keselamatan sesama warga bangsa adalah sangat mulia di sisi Allah S.W.T"

Ini, tegasnya terdapat dalam hadis junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w seperti berikut :

“Keluar seorang daripada kamu itu berjalan kerana kehendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya ia beriktikaf selama sebulan dalam masjid aku”.

"Begitu juga menubuhkan mana–mana bentuk persatuan atau kesatuan dikalangan sesama kita untuk membantu keutuhan kemashalatan semua umatNYA, junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud :

  1. Orang –orang mukmin (yang betolongan) bagi orang mukmin itu laksana bangunan yang sebahagian perlu kepada sebahagian yang lain.

  2. Perbandingan orang–orang mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka dan dalam bersimpatian adalah laksana badan yang satu.

Dalam cara Rasuulullah bermesyuarah juga baginda tidak hanya bertanya atau berdialog dengan orang–orang terdekat dengannya atau orang–orang yang dipercayai, tetapi yang sangat penting kita contohi ialah baginda juga berdialog dan bertanya pendapat daripada akar umbi umatnya untuk mendapatkan situasi sebenarnya (first hand information bukan maklumat yang direka atau di dramatisekan)".

"Dari itu peristiwa daripada seluruh sejarah Islam bukan sahaja difahami dan tetapi di ikuti dan di hayatidan yang tidak kurang penting juga ialah pelajaran moral di sebalik cerita dalam peristiwa sejarah Islam yang bersifat edukatif tersebut sangat–sangat wajar difahami dan diteladani juga".

"Saya paparkan lagi contoh melalui sabda Rasulullah s.a.w  mengenai dengan apa yang diungkapkan di atas iaitu sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya sifat kebajikan itu membawa ke syurga. Seorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah ia dicatat disisi Allah seorang bersifat benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka…..”.

Sehubungan dengan itu AWang Haji Antin mengajak semua ahli-ahli parti untuk sama–sama dengan KDYMM Sultan dan yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam membangun bangsa, ugama dan negara sebaik-baiknya mengikut landasan dan belajar daripada sejarah silam terutama semasa zaman kegemilangan Islam dibawah pimpinan junjungan besar kita dan keempat–empat khalifah memerintah.

"Belajarlah daripada sejarah yang silam. Justeru itu marilah kita sama–sama menjunjung titah membangun bangsa, walaupun peranan NDP hanya bergiat dalam ruang lingkup kegiatan yang terhad, tidak salahnya meluaskan kegiatan kita dibidang skop yang lebih luas agar lonjakkan paradigma kita sejajar dengan zamannya dan tidak obsolete", tegas Awang Haji Antin.

"Justeru itu marilah kita menjunjung falsafah MIB dengan jiwa dan raga kita ahli –ahli NDP. NDP tidak sekali–sekali rela jika mana–mana abjat dalam MIB diganti dengan abjat selain daripada MIB", tambah beliau.

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.