Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Hak wanita dihormati

LIMBARUH HIJAU 29 JUN 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) mahu melihat usaha untuk mempastikan hak wanita dihormati dan terjamin bukan sekadar melepas batuk di tangga sahaja.

"Kita mengiktiraf peranan wanita dan para ibu sebagai golongan istimewa kerana pada adatnya hanya wanita yang mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik di dalam bidang pendidikan dan asuhan keluarga sesuai dengan keyakinan bahawa wanita adalah agen pembangunan kanak-kanak yang penting dan pelindung kepada keselamatan zuriat', tegas Presiden NDP dalam teks ucapan dasar Kongres Agung Tahunan NDP kali ke-4 yang dibacakan oleh sdra Mahmud Morshidi Othman, mantan Timbalan Presiden NDP.

Ucapan dasar tersebut disampaikan di majlis perasmian Kongres Agung Tahunan NDP kali ke-4 di ICC pada 19 Jun baru lalu.

Berdasarkan sumbangan besar mereka ini, tambah Presiden NDP, maka adalah wajar bagi pihak-pihak berkenaan untuk menjamin hak wanita yang sama dengan lelaki dalam soal pembayaran gaji dan layanan yang setaraf di dalam pekerjaan setaraf, bayaran elaun cuti, bayaran elaun keluarga, cuti bergaji semasa menunaikan ibadah fardhu haji, hak persaraan, jaminan keselamatan dalam apa jua keadaan seperti pengganguran, penyakit, uzur disebabkan tua dan sebagainya.

"Pihak-pihak berkenaan juga disarankan agar mengambil langkah ke hadapan bagi menggalakkan penyertaan kaum wanita melalui pelbagai jenis dorongan atau insentif di dalam sektor perniagaan, termasuk menubuhkan koperasi-koperasi di kampung-kampung dan mukim-mukim, khususnya bermuamalat bagi memenuhi keperluaan-keperluan asas penduduk kampung dan mukim masing-masing".

Melalui program yang mantap, bantuan modal dan sokongan pengurusan, Insyaallah, kata Presiden NDP, sektor peruncitan di kampung-kampung akan bertukar wajah apabila ia  dapat diungkayahkan oleh wanita kampung sendiri.

Sementara itu perwakilan Himpunan Wanita (HAWA) semasa membahaskan ucapan dasar Presiden NDP, telah merakamkan penghargaan atas langkah baik Kerajaan untuk menghapuskan amalan yang menghendaki pekerja-pekerja wanita diberhentikan perkhidmatan tetap setelah berkahwin dan di ambil berkhidmat semula secara Month to Month yang dinyatakan melalui surat keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 2/2009 bertarikh 22 Safar 1430 bersamaan Februari 2009.

"NDP melihat langkah tersebut adalah sambutan baik pihak Kerajaan ke atas Usul Parti yang bertajuk Memertabatkan Kaum Wanita dibentangkan pada Kongres Agung tahun lalu yang antara lain mengusulkan bahawa adalah dirasakan perlu hak-hak wanita yang sudah berkahwin berstatus tidak berpendapatan tetap dan wanita yang tidak berijazah yang kini diberikan taraf gaji “Month To Month” dipulihkan semula hak-hak mereka sepertimana yang pernah diberikan kepada pegawai dan kakitangan awam wanita pada tahun 60an", tegas Dayang Hajah saemah Kefli, Ketua HAWA.

Tegasnya lagi, selain daripada anggota wanita NDP juga turut rasa berbangga kerana sejak usul memertabatkan wanita di negara ini diangkat pada kongres ketiga tahun lalu, kita telah sama-sama mengenali di kalangan wanita-wanita yang perlu di banggakan telah diangkat melalui satu Majlis terbesar di selanggarakan oleh beberapa buah badan organisasi dengan kelulusan dan sokongan Kerajaan jua.

Namun demikian, tambah Ketua HAWA, masih banyak lagi usaha dan inisiatif yang perlu diambil untuk benar-benar memertabatkan kaum wanita di negara ini.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.