Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

HARAPAN BARU DALAM RUNDINGAN DAMAI PALESTNE – ISRAEL

Pihak berkuasa Israel pada minggu lepas telah mengumumkan langkah bagi mengundurkan pasukan keselamatannya dari empat buah bandar di kawasan Tebing Barat dalam apa yang dikatakan bertujuan membolehkan pasukan keselamatan Palestine menguruskan sendiri pentadbiran keselamatan di bandar-bandar berkenaan.

Langkah ini bagaimanapun dibuat secara bersyarat iaitu tentera Israel berhak untuk masuk balik ke bandar-bandar tersebut pada bila-bila masa sekiranya sesuatu keadaan memaksa berlaku. Antara keadaan memaksa yang dimaksudkan itu ialah ancaman militan.

Pengumuman Israel ini ditafsirkan, antara lain, bertujuan untuk meredakan perbalahan yang sedang dilalui oleh Israel ekoran adanya tekanan pentadbiran Barack Obama supaya regim tersebut menghentikan sebarang bentuk pembinaan penempatan baru di kesemua wilayah Palestine yang didudukinya.

Bagi Obama, langkah tersebut penting ke arah menghidupkan semula rundingan damai Israel – Palestine yang buntu sejak sekian lama ekoran adanya penentangan Palestine terhadap tindakan Israel memperluaskan penempatan mereka di wilayah-wilayah Palestine yang diduduki.

Israel, di samping itu, dikatakan akan mengutus Menteri Pertahanannya, Ehud Barak ke Washington dalam masa terdekat bagi menemui rakan sejawatannya di sana dengan tujuan bagi membincang dan meredakan perselisihan yang berlaku antara Amerika dengan Israel ekoran adanya gesaan Obama itu.

Regim Israel sebelum ini dikatakan menentang gesaan Obama itu dengan menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak masuk akal bagi Israel untuk menghentikan pembinaan penempatan baru dalam keadaan penduduk Israel terus bertambah setiap tahun.

Pihak berkuasa Palestine dikatakan tidak begitu tertarik dengan pengumuman penarikan balik pasukan tentera Israel dari beberapa bandar di wilayah Tebing Barat itu. Sebabnya, Israel pada bila-bila masa boleh masuk kembali ke bandar-bandar berkenaan dengan menggunakan alasan-alasan tertentu yang akan ditimbulkan sendiri oleh mereka.

Apa yang pihak Palestine mahu ialah supaya tentera Israel diundurkan dari semua wilayah Palestine yang diduduki semasa kebangkitan intifada dalam tahun 2000 lalu tanpa syarat dan menyerahkan sepenuhnya urusan keselamatan di kawasan-kawasan berkenaan kepada pihak berkuasa Palestine untuk menguruskannya.

Pihak berkuasa Palestin juga kecewa ekoran adanya kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak keselamatan Israel bahawa tanggung jawab bagi menguruskan hal ehwal keselamatan di keempat-empat bandar di wilayah Tebing Barat itu tidak diserahkan secara rasmi kepada pihak berkuasa Palestine.

Mereka juga sangsi dengan adanya maklumat yang diperolehi oleh beberapa diplomat Barat bahawa keputusan Israel itu mungkin akan disemak balik pada bila-bila masa apabila keadaan memerlukan nanti.

Rakyat Palestine juga dikatakan telah menyaksikan sebelum ini bagaimana adanya helah di pihak keselamatan Israel dengan menutup beberapa pusat pemeriksaan atas tekanan rakyat Palestine tetapi kemudiannya membuka kembali pusat pemeriksaan berkenaan apabila tekanan mulai reda.

Atau, mereka akan membuka sesuka hati pusat pemeriksaan baru di kawasan lain bagi menggantikan pusat pemeriksaan yang ditutup. Maka itu, dalam pendirian terbaru yang diumumkan oleh regim Israel itu, mereka lebih cenderung untuk mengambil sikap tunggu dan lihat.

Sementara itu, di kalangan penganalisis politik di Timur Tengah, mereka cenderung untuk melihat langkah terbaru di pihak pentadbiran Netanyahu itu sebagai lebih bertujuan untuk menjaga hubungannya dengan pentadbiran Obama. Mereka percaya, wujud unsur-unsur untuk mengalihkan isu sebenar yang wujud dalam permasalahan Israel – Palestin dengan isu lain yang tidak ada kena mengena dengannya.

Isu sebenar yang ditimbulkan oleh Obama ialah agar Israel menghentikan pembinaan kawasan penempatan baru di semua kawasan Palestine yang diduduki yang mana ianya diperlukan bagi membuka jalan rundingan damai Israel – Palestine dihidupkan kembali.

Dalam konteks ini, Israel dipercayai mengambil langkah mengundurkan tenteranya itu dengan tujuan untuk melembutkan pendirian pentadbiran Obama terhadap regim tersebut atau setidak-tidaknya untuk cuba mengalih tumpuan Obama daripada terus menekan Israel berhubung isu pembinaan penempatan baru berkenaan.

Sekadar fakta, sejak Israel menduduki kawasan Tebing Barat dan Jurusalam Timur melalui Perang Arab – Israel dalam tahun 1967, beberapa penempatan haram telah dibuat di wilayah-wilayah berkenaan sehingga menyaksikan sejumlah 450,000 rakyat Yahudi telah berjaya ditempatkan di sana hingga sekarang.

Sementara itu, dalam suatu perkembangan lain, isu rundingan damai Israel – Palestine dikatakan mungkin akan dijuruskan kepada suatu fasa baru apabila kesemua pihak yang terlibat dengannya bersetuju untuk mengorak langkah menghuraikan beberapa masalah yang terbuntu sejak sekian lama.

Selain soal pengembalian semua wilayah Arab yang diduduki Israel sejak tahun 1967, pemberhentian semua kegiatan penempatan Israel di semua wilayah Palestine, dan pengunduran semua tentera dan rakyat Yahudi dari bumi Arab yang diduduki, isu utama yang hangat diperkatakan pada masa ini ialah kesediaan kedua-dua pihak, Israel dan Palestine untuk mengiktiraf kewujudan negara masing-masing yang akan hidup sebagai dua buah negara yang berdaulat, berjiran dan berkerjasama di antara satu sama lain.

Walaupun wujud beberapa penentangan dari elemen dalaman kedua-dua belah pihak yang melihat isu tersebut sebagai suatu perkara dasar yang tidak seharusnya dikompromi, banyak pihak, termasuk kerajaan kuasa-kuasa besar yang melihat hanya melalui cara itulah sahaja masalah Israel – Palestin akan dapat diselesaikan.

Justeru itu juga, pentadbiran Obama dan pasukan pengendali keamanan antarabangsa bagi rundingan damai Timur Tengah pada tahap ini dikatakan sedang berusaha keras untuk mendapatkan sokongan dunia Arab dan Palestine terhadap idea pembentukan negara Israel dan Palestine itu dengan harapan melaluinya, keamanan di rantau Timur Tengah akan dapat dikembalikan. Wallaha’alam - (mmo).

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.