LIMBARUH HIJAU 24 JUN 2009 - AHLI-AHLIi Parti Pembangunan Bangsa (NDP) jelas cukup selesa dengan sistem syura dan demokrasi yang diperkenalkan parti dalam pemilhian umum barisan kepimpinan baru-baru ini.
Sistem syura dan demokrasi teresebut mula diperkenalkan melalui perlaksanaan Aturan dan Peraturan Kaedah Pemilihan Kepimpinan Parti (AP004/08) pada penghujung tahun 2008. AP004/08 sebagai prosedur dan kaedah pemilihan umum parti diimplementasikan oleh Suruhanjaya Pemilihan Umum (SPU).
Sebaik sesi penamaan calun dibukakan oleh SPU pada awal Januari lepas, seramai hampir empat ratus calun-calun dinamakan untuk menduduki 342 kerusi kepimpinan diperingkat ranting dan pusat.
Dalam perkembangan awal proses pemilihan umum 2009 itu, calun-calun yang bakal bertanding untuk menduduki kerusi peringkat ranting mencapai kesefahaman untuk menggunakan kaedah syura bagi menentukan barisan kepimpinan di ranting masing-masing bagi sesi 2009-2012.
Begitu juga diperingkat pusat. Pemilihan barisan kepimpinan bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi bagi kerusi Daerah Belait, Tutong dan Temburong, termasuk jawatan Ketua Himpunan Non-Muslim, Pemuda dan Wanita tidak menyaksikan sebarang pertandingan.
Ini berikutan keputusan ahli-ahli yang dicalunkan bagi jawatan-jawatan tersebut mencapai kesefahaman dan konsensus untuk memberikan laluan kepada saingan-saingan mereka menduduki kerusi-kerusi bagi jawatan-jawatan tersebut untuk menang tanpa bertanding.
Seperti yang diumumkan di Kongres Agung Tahunan NDP kali ke-4 Ayahnda Yasin Affandy kekal menduduki kerusi presiden untuk satu penggal lagi iaitu bagi sesi 2009-2012 berikutan keputusan sdra Mahmud Morshidi Othman untuk tidak menerima pencalunan beliau sebagai presiden.
Sdra Morshidi juga menolak pencalunan bagi kerusi Timbalan Presiden. Begitu juga dengan sdra Haji Antin Ahad dan sdra Haji Mohiddin bin DP Pengarah Haji Othman. Mereka telah mengambil kata sepakat dan mencapai kesefahaman untuk tidak mencabar Malai Hassan Malai Haji Othman. Ini memberikan laluan kepada sdra Malai untuk menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden bagi sesi 2009-2012.
Bagi kerusi Ketua Himpunan Non-Muslim pula Awang Serudin Pungut kekal dalam jawatan tersebut apabila tidak ada calun yang diketengahkan untuk bertanding. Begitu juga dengan kerusi Ketua Himpunan Pemuda yang sekarang diisikan oleh Ak Haji Shahrilan bin Pg Haji Ahmad yang juga menang tanpa bertanding. Hajah Saemah Kefli kekal dalam jawatan beliau selaku Ketua Himpunan Wanita.
Bagi kerusi Majlis Tertinggi Belait, proses syura telah menampilkan Awang Haji Mohd Ali bin Haji Mohd Yusuf, Awang Haji Ismail Kasim, Awang Embran Duraman, Awang Mohd Iskandar bin Haji Yahya, Awang Majini bin Janai dan Awang Haji Metali.
Sementara bagi Daerah Tutong, sistem syura telah meberikan laluan kepada Awang Haji Aminorashid bin Haji Ghazali, Awang Haji Ismail bin Ibrahim, Awang Haji Mustapa bin Haji Abidin dan Awang Haji Jeffry bin Haji Mohd Daud untuk menang tanpa bertanding bagi kerusi Majlis Tertinggi Tutong manakala kerusi Majlis Tertinggi Temburong diberikan secara syura kepada Awang Gelawat bin Okang dan Awang Haji Tajuddin bin Umar.
Dalam pemilihan umum barisan kepimpinan parti bagi sesi 2009-2012 ini hanya Brunei-Muara menyakisakan proses pengundian bagi memilih 7 calun ahli Majlis Tertinggi dari 10 calun yang bertanding.
Seramai 907 ahli NDP telah keluar mengundi untuk memilih barisan ahli Majlis Tertinggi Brunei-Muara yang terdiri dari Awang Haji Juned Ramlee, Awang Mantar Perayam, Mejor (B) Haji Jafar bin Jeludin, Haji Md Zafar bin Shamsuddin, Hj Hidup bin Lamit, Haji Metusssin bin Ibrahim, Hj Abd Kasim bin Safar, Hj Abd Halim bin Jumat, Pg Haji Metrasat bin Pg Haji Metassan dan Haji Azahari bin Jais.
Keputusan akhir yang telah diumumkan di hari ketiga Kongres Agung Tahunan NDP iaitu pada 21 Jun 2009 adalah seperti berikut:
1- Haji Juned bin Haji Ramlee memperolehi sejumlah 79.16 % undi
2- Awang Mantar Perayam memperolehi sejumlah 76.96 % undi
3- Mejor (B) Haji Mohd Jafar bin Jeludin memperolehii sejumlah 70.12% undi
4- Hj Md Zafar bin Shamsuddin memperolehi sejumlah 64.06 % undi
5- Hj Hidup bin Lamit memperolehii 62.73% undi
6- Haji Metussin bin Ibrahim memperolehi sejumlah 59.54 % undi
7- Haji Abd Kasim bin Safar memperolehi sejumlah 46.20% undi
8- Awang Haji Abd Halim bin Jumat memperolehi sejumlah 20.73% undi
9- Pg Metarsat bin Pg Hj Metassan memperolehi sejumlah 14.33% dan
10- Haji Azahari bin Jais memperolehi sejumlah 12.24% undi.
Dari keputusan tersebut berikut disenaraikan nama-nama barisan kepimpinan peringkat pusat bagi sesi 2009-2012:

PRESIDEN
Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy |

TIMBALAN PRESIDEN
Malai Hassan Malai Haji Othman |

NAIB PRESIDEN BRUNEI MUARA
Awang Haji Mohiddin Pengarah DP Haji Othman |

NAIB PRESIDEN BELAIT
Awang Haji Sulaiman Metrasad |

NAIB PRESIDEN TUTONG
Awang Haji Hanafi bin Haji Mohd Daud
|

NAIB PRESIDEN TEMBURONG
Awang Haji Zaini bin Bakar |
| |

MT BRUNEI-MUARA
Haji Juned bin Haji Ramlee |
MT BRUNEI-MUARA
Awang Mantar Perayam
|

MT BRUNEI-MUARA
Mejor (B) Haji Mohd Jafar bin Jeludin
|

MT BRUNEI-MUARA
Hj Md Zafar bin Shamsuddin
|
MT BRUNEI-MUARA
Hj Hidup bin Lamit
|

MT BRUNEI-MUARA
Haji Metussin bin Ibrahim
|

MT BRUNEI-MUARA
Haji Abd Kasim bin Safar |
MT BELAIT
Awang Haji Mohd Ali bin Haji Mohd Yusop
|

MT BELAIT
Awang Haji Ismail Kasim
|

MT BELAIT
Awang Iskandar bin Hj Yahya
|

MT BELAIT
Awang Embran Duraman
|

MT BELAIT
Awang Haji Metali bin Ibrahim
|

MT Belait
Majini bin Janai
|

MT Tutong
Awang Haji Aminorashid bin Haji Ghazali |

MT Tutong
Awang Haji Ismail bin Ibrahim
|

MT Tutong
Awang Haji Mustapa bin Abidin |

MT Tutong
Awang Haji Jeffry bin Haji Mohd Daud
|

MT Temburong
Awang Gelawat bin Okang
|

MT Temburong
Awang Tajuddin bin Umar
|
| |

KETUA HIMPUNAN NON MUSLIM
Awang serudin bin Pungut
|

KETUA HIMPUNAN PEMUDA
Ak Hj Shahrilan bin Pg Ahmad
|

KETUA HIMPUNAN WANITA
Hajah saemah Kefli
|