Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Apparatchik virus dalam kepimpinan

DEWAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA BERAKAS 20 JUN 2009 - Kongres Agung Tahunan Parti Pembangunan Bangsa(NDP) ini adalah wadah bagi kita membaharui ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi dan kecintaan yang setulusnya Kehadapan Majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang  Di-Pertuan dan Ulil Amri bagi Negara Brunei Darussalam, jelas Presiden NDP dalam ucapan dasar beliau di majlis perasmian kongres agung tahunan NDP kali ke-4 yang berlangsung kelmarin di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas (ICC).

"Kongres ini juga adalah wadah bagi kita membaharui ikrar yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Parti iaitu untuk menyokong dan membantu Baginda dan Kerajaan Baginda dan memberikan makna sebenar kepada falsafah Negara Melayu Islam Beraja didalam kehidupan kita bernegara".

Tegas Ayahnda Yasin Affandy lagi, "Saya ingin memberikan jaminan kepada semua bahawa kehadiran NDP ke persada politik tanah air tidak sekali-kali berupa ancaman keselamatan kepada bangsa dan negara. Kehadiran NDP adalah untuk menunaikan tanggungjawab berbangsa, bernegara dan beraja melalui pelantar parti politik seperti yang dimaktubkan di dalam perlembagaan parti".

"Kami berpolitik untuk berdakwah dan dalam masa yang sama berdakwah melalui pelantar parti politik. Kami tiada cita-cita langsung, walau sebesar zarah sekalipun untuk menumbangkan Kerajaan Kebawah DYMM atau bercita-cita untuk menjadi kerajaan menunggu".

Menyentuh mengenai Kongres kali ini, Ayahnda Presiden mennyentuh mengenai pemilihan kepimpinan parti di semua peringkat yang prosesnya telah dimulakan pada awal Januari lagi.

"Ahli-ahli telah diberikan hak seluas-luasnya  untuk dicalon dan mencalonkan, dipilih dan  memilih kepimpian parti bagi tempoh 2009-2012".

"Ini bermakna, selain agenda yang lazim kita lakasanakan dalam kongres-kongres yang lalu, pada kongres kali ini kita melihat ianya sebagai amat penting kerana kita akan menobatkan keputusan pemilihan kepimpinan parti yang akan menentukan nasib parti kita bagi tempoh tiga tahun yang mendatang", ujar Ayahnda Presiden.

Sehubungan dengan itu Ayahnda Presiden meluahkan pandangan berhubung isu kepimpinan.

"Pada umumnya, apabila seseorang itu menjadi pemimpin, sama ada pemimpin kecil atau pemimpin besar, lazimnya kedudukan tersebut membawa bersama-samanya kuasa. Lagi tinggi kedudukan seseorang pemimpin itu, lagilah besar kuasa yang dimilikinya".

"Pada hakikatnya, kuasa bagi seseorang pemimpin itu adalah penting. Tanpa kuasa seorang pemimpin tidak akan boleh memimpin dengan kewibawaan. Membuat keputusan yang tepat dan betul adalah antara tanggungjawab seorang pemimpin.  Apatah lagi jika keputusan itu dibuat oleh seorang pemimpin di peringkat tertinggi yang akan menjadi dasar kepada sesebuah organisasi".

Dalam koneks yang lain, tambah Ayahnda Presiden, tanggungjawab ini ada kaitannya dengan amanah, taqwa dan iman kerana apa jua keputusan yang dibuat lazimnya akan memberi implikasi ke atas orang yang dipimpin, organisasi atau Negara, tidak kira sama ada keputusan itu kecil atau besar.

"Di kalangan kita pada musim ini memang ada yang sudah menjadi pemimpin dan yang bakal menjadi pemimpin. Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemimpin yang akan menerajui NDP bagi tempoh 2009-2012".

"Dalam kesempatan ini sukacita saya mengajak saudara-saudari sekalian untuk mengamat-amati sirah daripada kisah Nabi Daud a.s. seperti mana dirakamkan dalam Al Quran. Dikisahkan bagaimana Nabi Daud a.s. dan anaknya Nabi Sulaiman a.s. yang mencapai keputusan berbeza dalam satu kes yang sama faktanya. Kesah ini telah disebutkan didalam (Surah Al Anbiyaa’, Ayat 78-79)

Ibnu Abbas r.a. mentafsirkan bahawa sekawan kambing telah merosakkan tanaman orang pada waktu malam. Setelah perkara itu dibawa kepada Nabi Daud a.s., dia menghukum supaya kambing-kambing itu diberikan kepada tuan punya tanaman sebagai ganti rugi.

Mendengar yang demikian, anaknya Nabi Sulaiman a.s. yang masih muda remaja berkata: “Kambing-kambing itu hendaklah diserahkan kepada tuan punya tanaman untuk mengambil hasilnya, dan tuan punya kambing itu pula hendaklah menanam semula kebun itu dan mengurusnya sehingga tanamannya menjadi seperti keadaan yang asal, lalu diserahkan kepada tuannya dan dia mengambil balik kambing-kambingnya.”

"Setelah mendengarnya, Nabi Daud a.s. mengakui keputusan anaknya itu lebih tepat. Baginda mengakui hakikat tersebut dan tidak keberatan untuk menerimanya".

"Pengajaran pertama daripada kisah ini ialah bahawa meskipun berdasarkan fakta yang sama, sesuatu kes mungkin membawa kepada lebih daripada satu keputusan yang betul. Justeru seorang pemimpin bertanggungjawab untuk memilih keputusan yang paling tepat dan ini menuntut kepada kebijaksanaan dan ilmu yang tinggi. Di sinilah letaknya asas keadilan".

"Pengajaran kedua ialah, seorang pemimpin tidak sewajarnya bersifat ‘egocentric’ yakni berpendirian bahawa beliau sahaja yang betul dan mesti dipatuhi sepenuhnya".

"Pemimpin yang sejati seharusnya bak ‘resmi padi, semakin berisi semakin tunduk’, iaitu bersifat tawadu’, rendah diri, dan terbuka dalam menerima pandangan dan pendapat walaupun daripada orang bawahannya. Seseorang pemimpin juga harus bersedia dan tidak keberatan mengubah sesuatu keputusan jika terdapat pendapat yang lebih baik".

Seseorang pemimpin, tambahnya lagi, hendaklah sentiasa insaf bahawa ia juga tidak terlepas dari tanggungjawab dan kebertanggungjawaban (akauntabiliti) bukan hanya kepada yang dipimpin tetapi yang lebih menakutkan lagi ialah  terhadap Allah Azawajalla.

"Di zaman moden ini kita mendapati ramai yang mengangap bahawa pemimpin itu seolah-olah terpelihara dari melakukan kesalahan justeru mempunyai imuniti atau kekebalan yang dilindungi oleh undang-undang".

"Lazimnya pegangan ini disuburkan oleh peranan yang dimainkan oleh para apparatchik, malah para apparatchik inilah sering dilihat lebih menonjol dan kebal dari pemimpin itu sendiri".

Katanya lagi, "Kita hendaklah sedar betapa banyaknya kisah dan teguran dari Al Quran yang dengan jelas menyanggah dan menolak sama sekali pandangan yang mengatakan pemimpin itu sentiasa betul dan tidak mungkin melakukan kesilapan".

Saya sentiasa berdoa dan berharap kepada petunjuk Illahi agar NDP tidak terjerumus ke dalam kancah kebatilan kepimpinan seperti ini. Kita harus sedar bahawa fahaman dan pegangan seperti ini sesungguhnya tidak membawa kepada sebarang kebaikan, sebaliknya akan membawa kepada kehancuran".

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.