Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

SEKITAR KONGRES AGUNG KE-5

NDP mohon keadilan dan ehsan dalam tuntutan hutang rakyat

(UCAPAN DASAR PRESIDEN NDP DI KONGRES AGUNG KE-5)

LIMBARUH HIJAU 3 REJAB 1431 (15 JUN 2010) - PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) dalam Ucapan Dasar Kongres Agung Tahunan NDP ke-5 telah membangkitkan isu hutang rakyat dan meminta agar keadilan dan ehsan dapat ditegakkan dalam usaha menyelesaikan masalah tunggakan hutang tersebut.

"Menurut laporan masalah bayaran-bayaran tertunggak orang ramai kepada kerajaan seperti bayaran bil-bil air, elektrik, cukai tanah, cukai pintu dan skim perumahan berjumlah BND475.8 juta pada bulan Mac 2008", ujar Presiden NDP.

NDP, katanya, mengambil maklum berbagai langkah telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam usaha menangani masalah ini.

Antaranya ialah dengan memotong gaji orang yang berhutang atau penjamin dan baksis orang yang berhutang; memotong hutang melalui potongan deposit dan sebagainya; memberhentikan kemudahan yang diberikan dengan tidak menyambung apa-apa jua lesen dan permit serta menghadkan operasinya.

Masalah rakyat ini, tambah Presiden NDP, dibebankan lagi dengan peraturan baru berhubung penggunaan kad kredit.

Beliau menyentuh mengenai tunggakan perumahan. Katanya NDP mengambil maklum dalam usaha meningkatkan jumlah pembinaan rumah bagi memenuhi keperluan perumahan di Negara Brunei Darussalam lebih kurang 17,500 buah rumah dan lot-lot tanah telah dirancang dan sedang dilaksanakan di seluruh negara.

"Dari jumlah tersebut, lebih kurang 10,000 unit rumah dan lot-lot tanah adalah di bawah pelaksanaan Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Kerja Raya dan selebihnya dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Negara (BEDB)".

"Kerajaan telah memperuntukkan lebih BND1.5 bilion di bawah Rancangan Kemajuan Negara 2007-2012 bagi projek-projek perumahan di bawah RPN dan STKRJ".

Dalam masa sama, keluh Presiden NDP, tunggakan perumahan dimaklumi sejauh ini berjumlah lebih kurang BND16 juta dan yang terlibat adalah sebanyak 1,493 orang.

Beliau seterusnya mengariskan dapatan dari penyeledikkan yang telah dijalankan menunjukkan antara sebab-sebab berlakunya tunggakan tersebut ialah seperti berikut:

  • Beberapa pemilik rumah tidak lagi bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya menerima pencen tua

  • Pemilik rumah bersara dari perkhidmatan dan hanya berhak menerima baksis tidak berpencen yang tidak mencukupi untuk menjelaskan keseluruhan baki rumah

  • Beberapa pemilik rumah meninggal dunia dan tidak mempunyai simpanan Tabung Amanah Pekerja (TAP) atau baksis untuk menjelaskan baki pinjaman yang mana waris juga tidak berkesanggupan untuk menyambung pembayaran

  • Pembayaran potongan tunai atau potongan gaji tetap terhenti disebabkan pemilik rumah dibuang kerja, muflis atau ada yang bercerai dengan suami atau isteri yang sebelumnya menjadi pembayar

  • Bayaran tunai tidak dapat dibuat dengan konsisten disebabkan oleh komitmen atau beban kewangan yang berat seperti pinjaman-pinjaman dengan bank, pinjaman kenderaan dan pinjaman kad kredit dan penjamin tidak dapat dipotong gaji kerana bersara dari perkhidmatan dan tidak berpencen dan mempunyai gaji yang rendah dan tidak mencukupi untuk dipotong.

Kita dimaklumkan, tegas Presiden NDP, beberapa langkah-langkah secara jangka pendek dan jangka panjang telah diusahakan oleh Kementerian Pembangunan antaranya dengan mencadangkan memberikan tempoh maksima bagi pembayaran balik kepada pinjaman perumahan kepada 25 tahun sahaja bukan 30 tahun yang mana kadar potongan sebulan melonjak naik dan paling malang bagi pekerja syarikat swasta yang telah dikenakan syarat membayar balik dalam tempoh 15 tahun sahaja.

Jabatan Kemajuan Perumahan juga, kata Presiden, dikatakan sedang menimbangkan mengutip keseluruhan baki pinjaman perumahan melalui baksis yang akan bersara. Bukannya secara ansur melalui pembayaran tunai setelah bersara tanpa dipotong baksis.

"Apakah langkah ini adil dan berehsan namanya? Atau suatu penekanan?".

"Akhir-akhir ini kita sering mendengar keluhan orang awam yang terpaksa membayar skim perumahan yang baru dengan harga bayaran hampir $500.00 sebulan".

"Ramai juga yang dikatakan terpaksa mengembalikan kunci rumah mereka kerana telah gagal mendapatkan penjamin selain tidak mampu atas had pembayaran kerana bergaji kecil", jelas Presiden NDP.

Kita melihat masalah-masalah yang dihadapi oleh orang ramai itu seperti tidak dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat dan yang paling ketara ialah keputusan dilaksanakan tanpa membuat penglibatan rakyat untuk bersuara memberikan pandangan yang munasabah, tambanhya.

Sementara itu Presiden NDP juga turut menyentuh mengenai isu alam sekitar.

Tegasnya satu lagi keperluan dalam usaha kita membangun negara ialah keadaan alam sekitar.

Tidak ada maknanya pembangunan pesat jika alam sekitar terjejas teruk, ujar Presiden NDP sambil menambah, "kita memerlukan tanah yang subur, udara yang bersih, air minum yang bersih, malah air laut yang bersih yang tidak tercemar, kerana inilah sumber kesejahteraan yang sebenar-benarnya.

Sehubungan dengan itu Presiden NDP berpendapat sudah tiba masanya pihak Kerajaan menyegerakan penggubalan undang-undang atau peraturan bagi pembangunan lebih terkawal seperti penguatkuasaan mekanisme 'Environmental Impact Assesment' dan lain-lain seumpamanya bagi projek-projek pembangunan. (Ikuti seterusnya laporan sekitar Kongres Agung NDP ke-5)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.