Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

SEKITAR KONGRES AGUNG KE-5

PEMBANGUNAN BANGSA DAN NEGARA PERLU PERLAKSANAAN BERPRESTASI

(UCAPAN DASAR PRESIDEN NDP DI KONGRES AGUNG KE-5)

LIMBARUH HIJAU 12 JUN 2010 - DALAM Ucapan Dasar Presiden NDP di Kongres Agung Tahunan ke-5, peruntukkan belanjawan pembangunan bangsa dan negara bagi Tahun Kewangan 2010/2011 yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negara yang telah bersidang Mac lalu turut disentuh.

Penekanan ditumpukan kepada pentingnya bajet pembangunan negara tersebut diurus dan ditadbir dengan baiknya agar hasrat untuk menjamin kesejahteraan rakyat menjadi kenyataan.

Ujar Presiden NDP, "Menyentuh kesejahteraan bangsa dan negara ini, Alhamdullilah baru-baru ini diumumkan di Majlis Mesyuarat Negara ke-6 mengenai belanjawan Negara Bagi Tahun Kewangan 2010/2011 termasuk Kumpulan Wang Kemajuan yang berjumlah sebanyak BND4, 985.785, 600.00. (4.98 billion)".


Presiden NDP seterusnya mengambil maklum bahawa dalam Rancangan Kemajuan Negara (RKN) tersebut bagi tahun Kewangan 2010/2011 sejumlah BND1,050 juta (lebih BND 1 billion) telah diperuntukkan sebagai usaha berterusan kearah menjana ekonomi negara yang dinamik dan 'sustainable'.

Peruntukan tersebut, kata Presiden NDP, adalah bagi membiayai sebanyak 1,043 projek-projek pembangunan berpandukan kepada komitmen dan perancangan pelaksanaannya.


"Adalah menjadi harapan Parti Pembangunan dan seluruh rakyat agar peruntukkan yang besar jumlahnya itu akan dapat diurus dan ditadbir dengan baiknya, menurut perancangan dan “timeframe” yang sudah ditetapkan yang akhirnya menatijahkan kesejahteraan yang sebenar-benarnya kepada semua lapisan rakyat tanpa ada ketirisan", tegas Presiden NDP.

Sehubungan dengan itu Presiden NDP dalam Ucapan Dasar beliau mengingatkan kembali titah KDYMM Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-26.


Dalam Titah baginda, tambah Presiden NDP, baginda telah menekankan betapa kita memerlukan prestasi perlaksanaan yang berterusan agar apa yang dirancang itu dilaksanakan dengan menepati jadual, bukan sekadar rancangan di atas kertas saja. Dan adapun anak kunci kepada semua ini, ialah “cara” kita melaksanakannya”, ujar Presiden NDP mengungkapkan semula titah baginda Sultan.

Dalam titah tersebut, kata Presiden NDP, baginda telah menekankan bahawa 'cara' paling efektif ialah, perundingan yang berkesan di antara agensi-agensi berkaitan.

"Misalnya, titah baginda, ada rancangan untuk membangun sekolah atau masjid, kadang-kadang yang dijadikan alasan mengapa 'lambat', ialah, kerana ada halangan berkaitan dengan syarat-syarat tanah, atau tanah belum digezit dan seumpamanya".

Baginda seterusnya bertitah kata Presiden, “Jika inilah alasannya, bukankah semua itu dari kerajaan jua? Sepatutnya kalau kerajaan sendiri yang berkehendak, tentu saja masalah itu tidak akan jadi sukar lagi. Tetapi kelambatan tetap juga berlaku, mengapa? Adakah kita betul-betul serius ataupun tidak? Jika lambat di peringkat bawah, adakah peringkat atas mahu turun padang, berunding? Inilah masalah kita”.

“Dan inilah makanya mekanisme penyukat prestasi (key performance indicators) telah dibentuk untuk dipakai sebagai panduan oleh setiap agensi kerajaan”, titah baginda lagi ujar Presiden NDP.

"Saya rasa tidak perlu dihuraikan lagi maksud titah baginda Sultan tersebut. Ia sudah jelas mengambarkan sesungguhnya baginda masih kecewa dengan prestasi Perkhidmatan Awam sejauh ini", tegas Presiden NDP.

Negara, tambahnya, sebenarnya sangat-sangat memerlukan jentera pengurusan dan pentadbiran yang dipandu oleh Perkhidmatan Awam yang beretika, tulus dan telus tanpa pilih kasih dan bebas dari perbuatan rasuah.

"Jika ini ada, apa jua yang dirancang dan diusahakan akan berjalan dengan lancar dan negara akan lebih berdaya maju dan berdaya saing yang tinggi, tidak ketinggalan dibelakang!"

Kearah itu, jelas Presiden NDP, Perhidmatan Awam perlu terus dianggotai oleh para pegawai dan kakitangan Kerajaan Kebawah DYMM yang berkecuali, bersih, cekap, amanah, memiliki integriti dan hemah yang tinggi, mengutamakan meritokrasi dan tidak melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan Syariat Islam dan undang-undang negara.

"Dalam konteks ini NDP melihat perlunya penubuhan sebuah Tribunal Perkhidmatan Awam yang mempunyai kuasa melampaui mana-mana kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang sedia ada".

"Dengan adanya badan tribunal ini, aduan rakyat sebagai “endusers” dapat didengarkan dan diadili. Tribunal ini akan berfungsi bagi mengadili kes-kes pelanggaran tatatertib yang dilakukan oleh kakitangan Perkhidmatan Awam seperti membelakangkan tugas-tugas awam, tidak bertanggungjawab, cuai, mencemarkan nama baik Perkhidmatan Awam, tidak jujur, kurang cekap, ingkar perintah dan seumpamannya".

Kata Presiden NDP, "Kita yakin dengan adanya badan tersebut kita akan dapat membentuk birokrasi yang bersemangat tinggi dan sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan dan membantu orang awam bagi pihak Kerajaan Kebawah DYMM, yang berpegang kepada objektif utamanya untuk menegakkan keadilan".

UNDANG-UNDANG

Tambah Presiden NDP, "Kita mengambil maklum bahawa Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Bahagian Undang-undang dan Kesejahteraan kini sedang meneliti dan merancang bagi penubuhan sebuah jawatankuasa yang akan meneliti undang-undang dalam memastikan undang-undang yang ada akan terkemas kini, teratur dan responsif kepada keperluan semasa".

"Menurut maklumat, ujar Presiden NDP, Pejabat Peguam Negara telah mengambil langkah-langkah yang tertentu ke arah membaharui undang-undang iaitu dengan membuat 'law reform'.

"Kita berharap cadangan NDP agar ditubuhkan sebuah Tribunal Perkhidmatan Awam ini akan diberikan perhatian oleh Jawatankuasa yang akan ditubuhkan demi menegakkan keadilan dan kesejahteraan rakyat." (Ikuti seterusnya laporan sekitar Kongres Agung Tahunan NDP ke-5)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.