LIMBARUH HIJAU 20 REJAB 1431 (2 JULAI 2010) - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) kelmarin membuka tirai Bulan Perayaan Memperingati Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-64 tahun dengan Majlis Tahlil.
Majlis Tahlil anjuran Biro Hal Ehwal Ugama diadakan di Surau Limbaruh Hijau Markas Pusat NDP di Jerudong.
Sdr Malai Hassan Othman, Timbalan Presiden NDP, sdr Haji Mohiddin DP Pengarah Haji Othman, Naib Presiden NDP Brunei-Muara, sdr Haji Abdul Rahman Yusop, Pengerusi Tetap NDP, serta beberapa ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP dan ahli-ahli yang lain dari Brunei-Muara turut hadir memeriahkan majlis.
Majlis Tahlil dipimpin oleh sdra Haji Zaffar Shamsudin, Ketua Biro Hal Ehwal Ugama.
Majlis Tahlil tersebut diadakan sempena menyambut kedatangan bulan perayaan memperingati hari keputeraan baginda Sultan pada 15 Julai depan ini. NDP telah menyususn berbagai program dan aktiviti untuk dikendalikan sepanjang bulan perayaan ini antaranya Seminar Sejarah dan Seminar Kefahaman Perlembagaan Parti dan Manifesto Politik parti.
Juga turut diatur ialah program menyusur desa yang akan memberikan peluang kepada barisan kepimpinan parti berinteraksi dengan ahli-ahli akar umbi di mukim-mukim dan kampong-kampong.
Sementara itu sebaik selesai Majlis Tahlil, Ketua Pemuda NDP, Ak Sahrilan Pg Ahmad bersama beberapa ahli-ahli Himpunan Pemuda dengan dibantu oleh warga JASA beredar ke perkaranagan Limabruh Hijau untuk menghias markas dengan deretan bendera-bendera Kebangsaan Negara.
Bendera-bendera Sang Setia, bendera rasmi parti yang melambangkan keta'at setiaan warga NDP kepada KDYMM Baginda Sultan, kepada bangsa dan negara dan kepada perjuangaan menjunjung titah membangun bangsa juga sudah siap untuk dikibarkan bersama bendera Kebangsaan Negara.
Malangnya di sa'at akhir petang semalam, NDP menerima panggilan telefon dari pihak Pendaftar Pertumbuhan (ROS) untuk menyatakan bahawa permohonan parti untuk menghias markas dengan deretan bendera Sang Setia bersama Bendera Kebangsaan sekali lagi tidak dibenarkan. NDP hanya dibenarkan menghias markas dengan bendera-bendera Kebangsaan dan cuma sehelai bendera Sang Setia sahaja dibolehkan untuk dikibarkan.
Ahli-ahli NDP yang berada di markas kelmarin rasa kecewa dengan berita tersebut. Tegahan tersebut bukan perkara baru. Ia sudah meruapakan sabagai satu 'standing order' yang kurang jelas kenapa ianya tidak dibolehkan. Apakah yang ditakutkan dan dibimbangkan oleh pihak-pihak tertentu hingga tidak membenarkan NDP mengunakan lebih dari satu bendera Sang Setia, wallahuwalam dan mereka sahaja yang mengetahui akan alasannya!!!
Untuk mengobat kekecewaan yang dirasai kelmarin beberapa orang ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP dan ahli-ahli yang lain bergambar ramai dengan mempamerkan tiga helai bendera Sang Setia. Mudah-mudaha ROS tidak akan megirim surat minta tunjuk sebab kenapa kami berbuat demikian.
|