LIMBARUH HIJAU 7 REJAB 1431 (19 JUN 2010) - SEBANYAK 3 usul khas, 12 usul dibahas, 9 usul dibentang tanpa bahas serta 40 usul daerah telah sebulat suara diluluskan oleh perwakilan-perwakilan di hari kedua Kongres Agung Tahunan NDP ke-5 pada 5 Jun 2010 lepas.
Juga turut diangkat semual semua usul-usul yang telah dibentangkan dan disahkan di kongres-kongres yang lalu yang belum lagi diberikan perhatian oleh pihak-pihak berkenaan dalam Kerajaan.
Sementara itu semua usul-usul yang diangkat termasuk perbahasan-perbahasan di hari pertama (4 Jun 2010) di sesi perbahasan Ucapan Dasar Presiden dan di hari kedua (5 Jun 2010) Kongres berkisar masa depan survaviliti dan kesejahteraan bangsa dan negara dari berbagai sudut.
Antaranya dari sudut pembaharuan politik kearah mempertingkat 'Good Governance' atau 'Tadbir Urus Yang Baik'; Rekonsiliasi Nasional dan Pembetulan Sejarah bagi tujuan menamamkan dan memantapkan jati diri bangsa serta semangat nasionalisme dan partiorisme rakyat terutama golongan genarasi baru; Kesatuan Bangsa; Kedaulatan Bangsa dan Negara, Integriti Wilayah (Isu Limbang, Blok L&M), Pendidikkan Rohani, Kesejahteraan Rakayt (spt. perumahan, kemsikinan, zakat) dan Pekerja Tempatan termasuk para nelayan, peladang, peniaga bumiputera kecil dan sederhaha, Kesejahteraan Wanita dan seterusnya Kesejahteraan Masyarakat Non-Muslim.
|

Perwakilan dari Ranting Kg Sungai Teraban yang terdiri dari nelayan-nelayan bergambar ramao bersama Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP.
|

Perwakilan dari Ukong dan bebuloh
|
Dalam erti kata yang lain, Kongres Agung tahunan NDP ke-5, seperti juga di kongres-kongres yang telah lalu tidak kurang memberikan perhatian kepada isu pokok yang sangat dekat di hati Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu survivaliti Negara Brunei sebagai sebuah Negara Melayu, Islam, Beraja dan kesejahteraan abadi rakyat dan negara yang bernaung dibawahnya.
Mudah-mudahan apa yang disuarakan di Kongres Agung ke-5 itu akan didengarkan dan diberikan perhatian sewajarnya.
|