Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

NDP Belait bertedarus sempena bulan perayaan

BELAIT 25 REJAB 1431 (7 JULAI 2010) : PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) cawangan Daerah Belait kelmarin mengadakan Majlis Bertedarus sempena Bulan Perayaan Memperingati Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-64 tahun.

Majlis Bertedarus dianjurkan oleh Biro Hal Ehwal Ugama Badan Perhubungan NDP Daerah Belait dengan kerjasama Jabatan Setiausaha Agung NDP.

Majlis diadakan di rumah Awang Haji Sulaiman Duraman, Ketua Biro Hal Ehwal Ugama Belait.

Turut hadir menjayakan majlis yang berkebajikkan tersebut Timbalan Presiden NDP, sdra Malai Hassan Othman, Setiausaha Agung NDP, sdra Haji Juned Ramli, sdra Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait, sdra Haji Taib, Pemangku Ketua Perhubungan Belait serta ahli-ahli Badan Perhubungan NDP Belait dan ahli-ahli yang lain.

Majlis Bertedarus yang diadakan kelmarin menandakan bermulanya seramai 28 ahli-ahli NDP yang terpilih dari seluruh negara membacakan surah-surah tertentu disepanjang bulan perayaan ini sebagai tanda syukur atas keredhaan Allah jua yang telah mengurniakan Negara Brunei Darussalam seorang raja yang dapat megurus dan mentadbir negara dengan adil dan berehsan serta berterusan menegakkan syiar Islam di bumi bertuah ini.

Adalah juga menjadi matlamat NDP dengan mengadakan program bertedarus ini akan dapat memupuk budaya membaca Al-Quran dikalangan ahli-ahlinya. Dan diharapkan melalui program tersebut dapatlah ahli-ahli secara berjemaah merebut peluang mendapatkan keredhaan Allah dengan amalan membaca Al-Quran. Dalam masa sama inisiatif ini jugai menjurus kearah usaha membantu merealisasikan hasrat Baginda Sultan agar Negara Brunei menjadi sebuah Negara Zikir dimana penduduknya yang beragama Islam celiak Al-Quran.

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.