|
LIMBARUH HIJAU 10 JUN 2010 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) selesai mengadakan Kongres Agung Tahunan parti kali ke-5 pada 4 dan 5 Jun 2010 kelmarin.
Kongres Agung Tahunan ke-5 yang berjalan selama 2 hari telah berlangsung di Dewan Utama Bangunan Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) yang terletak di ibu negara Bandar Seri Begawan.
Lebih 400 ahli-ahli-ahli parti telah menghadiri perasmian Kongres yang didakan disebelah pagi hari pertama kongres iaitu pada pagi Juma'at 4 Jun 2010. Juga turut hadir di majlis perasmian Kongres Agung Tahunan tersebut ialah ahli-ahli Lembaga Penasihat Parti, perwakilan-perwakilan ranting dan perwakilan-perwakilan dari 3 Himpunan parti serta ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP. NDP juga mendapat penghormatan dengan kehadiran wakil dari tujuh kedutaan asing di Brunei iaitu dari Kedutaan Amerika Syarikat, Jerman, Malaysia, Indonesia, Laos, Vietnam dan Iran.
Kongres Agung Tahunan NDP ke-5 dirasmikan oleh Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP.
Majlis perasmian dimulakan dengan perarakkan masuk penuh istiadat alat-alat kebesaran kongres yang terdiri dari Mushaf Al-Quran Brunei, Cokmar dan Amar persidangan.
Selesai istiadat perarakkan masuk alat-alat kebesaran kongres, hadirin terus berdiri tegak untuk menghayati lagu kebangsaan dan lagu rasmi NDP yang dikemundanggkan untuk mendandakan bermulanya majlis perasmian kongres. Ini dikikuti dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Panitia Kongres sdra Haji Zaffar Shamsuddin sebelum Ayahnda Yasin Affandy dijemput untuk menyampaikan ucapan dasar beliau. (Ikuti seterusnya laporan sekitar Kongres Agung Tahunan NDP ke-5)
|