Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

SEKITAR KONGRES AGUNG KE-5

KEMISKINAN MENGGUGAT KESEJAHTERAAN

(UCAPAN DASAR PRESIDEN NDP DI KONGRES AGUNG KE-5)

LIMBARUH HIJAU 2 REJAB 1431 (14 JUN 2010) - UCAPAN DASAR Presiden di Kongres Agung Tahunan NDP ke-5 tidak ketinggalan menyentuh mengenai isu kemiskinan di negara ini.

Menyentuh isu kemiskinan ini, Presiden NDP mengambil maklum bahawa di bawah kategori perbelanjaan kesejahteraan sosial dan pembasmian kemiskinan sejumlah lebih BND 327 juta (BND 327, 313,000.00) telah diperuntukkan.

Presiden NDP juga merujuk statistik terkini dari Jabatan Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang mana menunjukkan sehingga Oktober tahun 2009 lepas bilangan asnaf fakir miskin yang berdaftar ialah seramai 16,378.

"Apa yang menarik, menurut Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei pada bulan Oktober 2009, Brunei telah mencapai kemiskinan sifar selepas baki wang zakat dibahagikan kepada Asnaf Fakir dan Miskin di Majlis Penyerahan Agihan Baki Wang Zakat", ujar Presiden NDP.

"Apakah maklumat ini tepat? Wallahuwalam. Mungkin betul sepanjang Oktober 2009 tidak lagi ada orang miskin di Brunei tetapi apa halnya selepas Oktober?"

"Berapa ramai yang kembali miskin? Apa hal dengan fakir miskin dari kalangan rakyat bukan Islam? Apakah masalah mereka tidak diambil kira? Dimana letaknya keadilan dan ehsan yang kita warwarkan?".

Dalam hubungan ini Presiden NDP menekankan harapan agar pihak-pihak berkenaan memberikan perhatian serious terhadap perkara ini dan bukannya mengambil langkah-langkah yang berupa sementara untuk mengabui mata raja dan mata rakyat dan seperti melepas batuk di tangga sahaja.

"Dalam konteks ini kita mengalu-alukan inisiatif baru kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, untuk membuat kaji selidik terperinci mengenai masalah kemiskinan di negara ini. Kerajaan telah melantik pakar perunding Bagi Kaji Selidik Mengenai Kemiskinan di Negara Brunei Darussalam".

"Kita mengambil maklum antara objektif kaji selidik tersebut ialah untuk menyediakan satu pangkalan maklumat atau 'database' yang lengkap mengenai golongan masyarakat yang hidup dalam kemiskinan di negara ini dan menyediakan perancangan kebangsaan bagi membasmi kemiskinan di negara ini", jelas Presiden NDP.

Tambahnya adalah menjadi harapan dengan dapatan-dapatan yang diperolehi dari kaji selidik itu dan juga cadangan-cadangan mengenai pelan tindakan dan strategi-strategi perlaksanaan yang terkandung dalam 'Dasar Kebangsaan Untuk Membasmi Kemiskinan' itu nanti akan membolehkan pihak-pihak yang berkepentingan untuk berganding bahu mengorak langkah dan bertindak dengan lebih teratur dan berkesan untuk membolehkan golongan masyarakat yang 'vulnerable' keluar dari putaran kemiskinan.

"Apa yang kita mahu lihat akan terdapat satu program pembangunan insan dan rohani bercorak menjana diri khusus untuk kumpulan sasaran ini secara berterusan dan dipantau sehingga mencapai objektif mengurangkan kemiskinan dan kebergantungan kepada bantuan pihak berkenaan", tegas Presiden NDP lagi.

Katanya kita juga mahu melihat akan terhasil satu kempen kesedaran berterusan yang bertujuan untuk menanamkan sifat jimat cermat dan membudayakan ‘menabung sebelum jatuh miskin’ atau persediaan awal bagi jangka masa kesusahan di hari mendatang.

"Dalam masa yang sama NDP juga melihat perlunya pihak-pihak berkenaan mewujudkan satu mekanisma pemantauan untuk memastikan pengurusan kebajikan dan kesejahteraan rakyat diselenggarakan dengan adil dan berehsan tanpa ketirisan".

"Kita menyedari sasaran untuk menuju negara aman makmur dan mendapat keampunan Allah (Baldatun Thaiyyibatun Warabbun Ghafuur) tidak akan memberi apa-apa erti sekiranya sekelompok rakyat masih bergelut dan bergelumang dengan kemiskinan walhal kekayaan negara melimpah ruah", jelas Presiden NDP.

NDP sehubungan dengan ini, tambahnya, akan terus maju kehadapan menyokong dan membantu Baginda Sultan dan Kerajaan Baginda dalam segala usaha menggurangkan golongan orang yang tidak bahagia di negara ini.

"Setidak-tidaknya NDP akan membantu dengan mengenalpasti golongan-golongan masyarakat yang masih belum mendapat nikmat pembangunan yang sewajarnya dan bersedia menggenengahkan cadangan-cadangan dan pandangan-pandangan yang bernas yang boleh menyumbang kearah memastikan tidak ada golongan masyarakat yang rasa terpinggir dari arus perdana pembangunan bangsa dan negara. Insya Allah". (Ikuti seterusnya laporan sekitar Kongres Agung Tahunan NDP ke-5)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.