Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

SEKITAR KONGRES AGUNG KE-5

KEADILAN POLITIK DALAM ISLAM

(UCAPAN DASAR PRESIDEN NDP DI KONGRES AGUNG KE-5)

LIMBARUH HIJAU 4 REJAB 1431 (16 JUN 2010) - UCAPAN DASAR Presiden NDP di Kongres Agung Tahunan ke-5 bertemakan Keadilan dan Ehsan Teras Kesejahteraan Rakyat.

Tema dipilih demi menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar keadilan terus ditegakkan dan dibuktikan ianya tidak mati di Brunei.

KDYMM bertitah demikian ketika mengumumkan perlantikkan barisan kepimpinan baru dalam Majlis Mesyuarat Menter Kabinet.

Dalam lain perkataan mesej titah ditujukan kepada barisan kepimpinan baru dalam Majlis Mesyuarat Menteri Kabinet.

Dalam konteks ini NDP rasa terpanggil untuk membantu baginda mempastikan seruan baginda tidak diabaikan dalam keghairahan kita melaksanakan Rancangan Kemajuan Negara kearah mencapai Wawasan 2035.

Ia juga mengambarkan pendirian NDP akan pentingnya keadilan dan ehsan terus ditanai dalam perlaksanaan rancangan-rancangan pembangunan bangsa dan negara demi kesejahteraan rakyat di semua peringkat dan lapisan.

Apabila terdapat sekelompok masyarakat yang terpinggir dari arus perdana pembangunan bangsa dan negara ia akan boleh saja menjejaskan kesejahteraan negara. Keadaan ini boleh dielakkan jika keadilan dan ehsan bukan sahaja dituliskan dan dicakapkan tetapi dilihat berlaku dalam sistem delivery, diperingkat perlaksanaan dasar, rancangan-rancangan dan projek-projek pembangunan.

Presiden NDP di akhir Ucapan Dasar beliau memperkatakan lagi konsep keadilan ini dari aspek keadilan politik dalam Islam.

Islam katanya, menganjurkan ianya sebagai khilafah dan amanah yang diwajibkan oleh Allah kepada hambaNYa dan tidak boleh diasingkan daripada perkara hukum Allah Yang Maha Adil.

"Politik bukanlah peluang untuk mendapat kuasa dan kesempatan untuk melakukan apa sahaja sesukanya tetapi politik adalah amanah Allah yang sangat besar hanya hambaNya yang diberi kekuatan berpegang teguh dengan ajaran Allah dapat menegakkan keadilan dalam dirinya dan orang yang dibawah pimpinannya. Fadilatnya sangat besar di dunia dan di akhirat". jelas Presiden NDP sambil merujuk fFirman Allah yang berbunyi, “Sesunguhnya Kami pernah membentangkan amanah kepada langit, bumi, bukit bukau dan gunung ganang. Lalu mereka tidak bersedia untuk memikulnya dan berasa berat, tetapi manusia sedia untuk memikulnya. Sesungguhnya ia sangat zalim lagi jahil” (Surah Al Ahzab -72)

Presiden NDP seterusnya menekankan bahawa politik tidak dapat dipisahkan dari ugama kerana apabila dipisahkan dari ugama seperti dalam ajaran sekularisme maka politik menjadi barang yang diniagakan serta boleh dijual beli.

Beliau juga menekankan keadilan dan hak asasi bukanlah hanya untuk dicakapkan tetapi hendaklah dilaksanakan dengan jelas.

Keadilan, jelas Presiden NDP, membawa makna meletakkan sesuatu pada tempatnya dalam semua urusan termasuk hak rohani dan kebendaan serta layanan dan bantuan.

"Keadilan Islam adalah mutlak dan menyeluruh tidak berbelah bahagi dan tidak ada pengecualian kerana keadilan juga wajib diberi kepada musuh".

"Adalah menjadi kewajipan ke atas sesiapa yang diberikan kekuasaan oleh Allah memerintah hamba-hambaNya dan mentadbir sebahagian daripada bumiNya untuk menjadikan keadilan sebagai asas pegangannya, tonggak sandarannya kerana ia membawa kepada kebaikan ummah dan kemakmuran Negara. Keadilan adalah sebab kepada berkembangnnya keberkatan dan bertambahnya kebajikan manakala kezaliman sebaliknya".

Presiden NDP mengakhiri Ucapan Dasar beliau dengan sabda Nabi “Pemimpin kamu yang terbaik ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihi kKamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, dan pemimpin kamu yang paling jahat ialah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu (riwayat Muslim). (Ikuti seterusnya laporan sekitar Kongres Agung Tahunan NDP ke-5)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.