Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Brunei 'berhasrat' menjadi ahli
Persatuan Parlimen Komanwel (CPA)

LIMBARUH HIJAU 12 REJAB 1431 (24 JUN 2010) - NEGARA Brunei Darussalam sudah dapat memenuhi 60 peratus kelayakkan untuk menjadi ahli Persatuan Parlimen Komanwel atau Commonwealth Parliamentary Association (CPA).

CPA merupakan sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh parlimen kebangsaan negara-negara anggota Komanwel.

Pertubuhan yang diilhamkan oleh Kerajaan British bagi tujuan membantu negara-negara anggota mewujudkan Tadbir Urus Yang Baik (Good Governance), pengamalan sistem demokrasi dan menhghormtai Hak Asasi Manusia, awalnya dikenali sebagai Empire Parliamentary Association apabila ia ditubuhkan pada tahun 1911. Ia kemudian ditukar nama kepada Commonweaalth Parliamentary Association (CPA) pada tahun 1948.

CPA dianggotai oleh sejumlah 66 buah negara Komanwel yang terdiri dari Alderney, Antigua and Barbuda, Australia, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belize, Bermuda, Botswana, British Virgin Islands, Cameroon, Canada, Cayman Islands, Cook Islands, Cyprus, Dominica, Falkland Islands, Fiji, Gambia, Ghana, Gibraltar, Grenada, Guernsey, Guyana, India, Isle of Man, Jamaica, Jersey, Kenya, Kiribati, Lesotho, Malawi, Malaysia, Maldives, Malta, Mauritius, Montserrat, Mozambique, Namibia, Nauru, New Zealand, Nigeria, Niue, Pakistan, Papua New Guinea, Samoa, Seychelles, Sierra Leone, Singapore, Solomon Islands, South Africa, Sri Lanka, St Helena, Saint Kitts and Nevis, St. Lucia, St. Vincent, Swaziland, Tanzania, Tonga, Trinidad and Tobago, Turks and Caicos Islands, Tuvalu, Uganda, United Kingdom, Vanuatu dan Zambia.

Brunei yang juga merupakan negara anggota Komanwel berhasrat untuk menjadi ahli CPA.

Baru-baru ini Setiausaha Agung CPA, Dr William Shija telah membuat lawatan ke Brunei bagi tujuan mempelajari dengan lebih dekat lagi sama ada Brunei sudah dapat memenuhi kriteria kelayakkan untuk menjadi anggota CPA atau sebaliknya.

Menurut pengamatan beliau seperti yang dilaporkan dalam akhbar Borneo Bulletin keluaran 22 Jun 2010, Brunei sudah dapat mencapai 60 peratus kelayakkan masuk menjadi ahli CPA.

"Kami masih perlu mempelajari dengan lebih dekat lagi bagaimana Majlis Mesyuarat Nagara (LegCo) berfungsi", kata Dr Williams kepada pemberita Borneo Bulletin.

Menjelaskan pengamatannya, Dr Williams berkata penilaian peratus yang dinyatakan adalah berdasarkan terdapatnya tahap (sistem) perwakilan rakyat di Brunei yang agak berpatutan.

Pada hakikatnya, menurut Dr Williams, Kebawah Duli Yang Maha Mulia sendiri merupakan perwakilan rakyat.

Ini, katanya, dengan mengambil kira bahawa baginda selaku kepimpinan teratas berkhidmat untuk rakyatnya, punya aspirasi untuk rakyat, memberikan perlindungan dan memerintah serta memberikan banyak sumbangan kepada aktiviti-aktiviti pembangunan bangsa dan negara.

Oleh kerana itulah dapat dilihat dan dikenali segala pembangunan sumber-sumber di Brunei (dikaitkan) dengan pemimpin negara yang memeduli rakyatnya dan mengurus (dengan baik) pembangunan sumber manusia dan sumber-sumber material yang lain.

Dalam lain perkataan 'perwakilan' rakyat yang telah dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat (jelas) telah memeduli keperluan penduduk dan rakyat, harapan dan kebajikkan mereka dan dalam masa sama terus meneroka sumber-sumber asli bagi kepentingan bangsa dan negara.

Beliau seterusnya berpendapat segala yang berpunca dari akar umbi dapatlah dilihat sebagai sebuah kerajaan yang berperwakilan.

Beliau juga mengambil kira langkah KDYMM melantik anggota-anggota Majlis (Majlis Mesyuarat Negara, Majlis Menteri Kabinet?)

Dari pengamatan Dr Williams (dalam lawatan singkat itu), kampong-kampong, mukim-mukim dam daerah-daerah di negara ini juga mempunyai perwakilan masing-masing dan walaupun pada hakikatnya KDYMM merupakan kuasa tertinggi, baginda, mendengarkan (suara) rakyat dan rakyat tidak 'pernah' salah.

Elemen ini sendiri, meurut pandangan Dr Williams, merupakan anatra kriteria untuk menjadi ahli (CPA).

Mengenai 40 peratus kelayakkan yang belum dicapai Brunei, menurut Dr Williams, perkara ini dapat dipenuhi dengan mewujudkan proses pemilihan perwakilan rakyat dan pemimpin-pemimpin melalui peti undi.

Dalam proses ini, katanya lagi, parti-parti politik akan dapat bersaing dan keputusan dapat dibuat melalui peti undi dan pemilihan tersebut dapat disahkan sebagai bersih dan adil oleh sebuah badan bebas yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

Merumuskan lawatan beliau yang singkat itu, Dr Williams berkata apa yang dapat dibawanya pulang ialah kenyataan yang jelas bahawa KDYMM memberikan ruang kepada rakyatnya untuk bersuara dengan bebas. Ini satu aspek yang penting dalam sebuah masyarakat (yang bertamadun).

Contihnya beliau teruja dengan maklumat bahawa ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (LegCO) bebas bersuara dalam Dewan Mesyuarat. Ini sangat mengalakkan, katanya.

Beliau yakin tren ini akan terus berkembang.

Menyentuh perkembangan demokrasi di Brunei, beliau mengambil kira langkah menghidupkan semula Majlis Mesyuarat Negara pada tahun 2004 sebagai satu petanda baik dan ini, katanya, dengan sendirinya menunjukkan bahawa demokrasi itu bukan satu benda yang statik.

Ia bergerak dan melalui proses evolusi dan apa yang penting ia perlu dipandu dan rakyat perlu diberikan ruang untuk sama-sama memandu perjalanan demokrasi itu dengan mengikut landasan-landasan falsafah negara dan identiti bangsa.

Diakhir kalam, beliau menyatakan betapa rakyat Brunei beruntung kerana kekayaan sumber asli yang dimiliki bumi Brunei dimenafaatkan bagi kepentingan rakyat.

"Ini satu perkara yang demokratik yang dilakukan oleh KDYMM. Baginda sangat demokratik dalam jiwa dan cara berfikirnya", jelas Dr Williams.

Sementara itu semasa lawatan, Dr Williams juga dibawa bersiar-siar ke tempat-tempat menarik di Brunei, termasuk Kampong Ayer dan mungkin juga berkesempatan melihat dengan lebih dekat lagi Proboscis Monkeys dipersekitaran pulau-pulau hutan bakau berdekatan Kampong Ayer (Monyet Proboscis ialah spesi monyet yang dikenali sebagai 'Monyet Belanda' di Inodensia kerana hidungnya yang mancung atau dalam bahasa Brunei Bangkatan. Spesi ini hanya terdapat di Pulau Broneo).

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.