Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

SEKITAR KONGRES AGUNG KE-5

Betulkan Persepsi Sejarah Perjuangan Rakyat

LIMBARUH HIJAU 9 REJAB 1431 (21 JUN 2010) - PRESIDEN Parti Pembangunan Bangsa, Ayahnda Yasin Affandy menyeru agar langkah-langkah segera diambil oleh semua pihak yang berkepentingan terutama Pusat Sejarah bagi membetulkan dengan lebih jujur, telus dan ikhlas persepsi sejarah perjuangan rakyat mendaulatkan raja, bangsa dan negara sejak 1950an dan sebelumnya hingga sekarang.

Presiden NDP membuat seruan tersebut dalam ucapan penggulungan beliau diakhir Kongres Agung Tahunan NDP ke-5 pada 5 Jun 2010 lalu. Ianya dibangkitkan Ayahnda Presiden sebagai respon kepada usul yang dibentangkan oleh perwakilan dari Belait yang menyentuh sejarah penglibatan Parti Rakyat Brunei (PRB) dalam perudingan di PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) untuk mengembalikan kedaulatan dan kemerdekaan penuh Negara Brunei Darussalam.

Ayahnda Yasin Affandy sebagai seorang yang berautoroiti untuk respon kepada perkara tersebut memandangkan beliau terlibat secara langsung selaku Setiausaha Agung PRB ketika itu, menjelaskan PRB hingga di sa'at-sa'at akhir perundingan terus menunjukkan kesetia'an kepada KDYMM.

"PRB ketika itu mencadangkan supaya diadakan seberapa segera persidangan tiga penjuru antara Kuasa Pentadbir, Sultan Brunei dan PRB bagi tujuan menentukan satu tarikh bagi kemerdekaan Brunei dan bagi mengadakan pilihan raya yang bebas dan demokratik di bawah penyeliaan PBB. Persidangan tiga penjuru ini tidak berlaku dan peluang untuk PRB mengadakan rundingan dua hala dengan pihak British di PBB ketika itu terbuka luas tetapi kami menolak kerana tidak mahu membelakangi KDYMM dalam perkara yang sangat penting bagi negara dan bangsa itu".

Dalam lain perkataan, tambah Presiden NDP, apa yang perlu diketengahkan dan diangkat dalam sejarah tersebut ialah semangat perjuangan rakyat untuk membela raja, bangsa dan negara dan kesetiaan rakyat kepada raja yang masih utuh hingga ke hari ini.

Beliau seterusnya mencadangkan agar langkah-langkah segera dapat diambil oleh semua pihak seperti mengadakan forum sejarah (dengan meglibatkan pelaku-pelaku yang masih hidup seperti beliau sendiri), untuk membetulkan sebarang persepsi salah mengenai perjuangan rakyat membela raja, bangsa dan negara.

Dalam konteks ini NDP melihat ianya sangat penting dan melihat gagasan untuk menghurai nilai-nilai sejarah yang seimbang kian mendesak.

Bukan maksud kita untuk mengagungkan PRB atau mana-mana individu, tetapi semata-mata untuk menjulangkan dan mengemilangkan semangat pengorbanan dan perjuangan rakyat ketika itu dan sebelumnya sebagai salah satu elemen penting ke arah perpaduan nasional sejati.

NDP berpendapat nilai-nilai sejarah yang positif hendaklah dikaji, di hurai dan digarap untuk tatapan dan dihayati oleh generasi sekarang dan yang akan datang sebagai elemen pengukuh nilai-nilai jati diri kebangsaan.

Melalui sejarah kita boleh mengambil contoh bagaimana kesepakatan antara istana dan rakyat boleh menjana kekuatan bangsa.

Sebaliknya penderhakaan, pengkhianatan dan salah guna kuasa dan pecah amanah boleh menghancurkan negara. Sejarah 500 tahun Kesultanan Brunei banyak mempamerkan peristiwa-peristiwa getir ini.

Sehubungan dengan pendekatan yang kita ketengahkan ini, kita mengambil contoh nilai persamaan pendekatan politik yang boleh disuburkan antara istana dan rakyat,  iaitu kes tuntutan penentuan nasib masa depan sendiri dan kemerdekaan Brunei yang diketengahkan oleh Parti Rakyat Brunei(PRB) di Badan Dunia pada tahun 1975.

Pada tahun 1975 PRB (dalam buangan) telah mendesak British selaku kuasa pentadbir di Brunei supaya memberikan rakyat Brunei hak untuk menentukan masa depan sendiri dan kemerdekaan (Self Determination and Independence) kepada Brunei.

Delegasi PRB diketuai oleh A.M. Azahari telah membentangkan kes tuntutan tersebut di sidang sub-komiti II dari Komiti 24 PBB yang kemudiannya telah meluluskan sebuah ketetapan seperti dalam dokumen no: A/AC 109/L 1009 yang menyebutkan:

Bahawa Jawatankuasa Khas, setelah meneliti suatu petisyen berhubung dengan suasana di Brunei, dan telah mendengar satu kenyataan penting dari A.M.Azahari, Presiden Partai Rakyat Brunei(PRB), yang dalam Pilihan Raya 1962 telah mendapat 98 peratus dari undi mereka yang keluar mengundi, menerima cadangan dari PRB supaya diadakan seberapa segera persidangan tiga penjuru antara Kuasa Pentadbir, Sultan Brunei dan PRB bagi tujuan menentukan satu tarikh bagi kemerdekaan Brunei dan bagi mengadakan pilihan raya yang bebas dan demokratik di bawah penyeliaan PBB, dan memutuskan, tertakluk kepada sebarang arahan yang mungkin dibuat oleh Perhimpunan Agung dalam hubungan yang berkaitan dalam sessinya yang ke 30 dan mengambil kira hasil-hasil rundingan antara Pengerusinya dan Kuasa Penadbir berkenaan, bagi membuat pertimbangan seterusnya mengenai persoalan ini dalam sidang akan datang dengan tujuan untuk melaksanakan resolusi 1514 (XXV).

Ketetapan tersebut telah diangkat ke Komiti Empat Perhimpunan Agung PBB dan kemudiannya meluluskan ketetapan tersebut pada 12 November 1975. Ketetapan tersebut telah dibawa lagi ke Perhimpunan Agung PBB pada 8 Disember 1975 dan diluluskan sebulat suara oleh Badan Dunia itu, di bawah dokumen no. 3424 (XXX). Resolusi 3424 itu diperakui semula oleh Badan Dunia itu tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1975, 1976 dan 1977 (resolusi-resolusi no. 3424 (XXX), 31/56 (XXXI) dan 32/27 (XXXII).

Resolusi 3424 (XXX) berbunyi::

1. “Membaharui pengakuan hak yang tidak berbelah-bagi bagi rakyat Brunei untuk menentukan nasib mereka sendiri dan untuk kemerdekaan sesuai dengan Deklarasi bagi memberikan kemerdekaan kepada negeri-negeri dan rakyat yang terjajah yang terkandung dalam resolusi Perhimpunan Agong resolusi 1514 (XV);

2. Meluluskan fasal dari laporan Panitia Khas mengenai hal keadaan yang melibatkan perlaksanaan Deklarasi bagi memberikan kemerdekaan kepada negeri-negeri dan rakyat yang terjajah yang bersangkutan dengan Brunei;

3. Menyeru kepada Kuasa Pentadbir, selaras dengan tangung jawabnya selaku Kuasa Pentadbir, supaya mengambil segala langkah yang layak dilakukan untuk memudahkan supaya diadakan pilihanraya yang bebas dan demokratik oleh pihak yang berkenaan di Brunei dengan bermuafakat dengan Persyarikatan Bangsa-Bangsa Bersatu dan dibawah kelolaan Persyarikatan Bangsa-Bangsa Bersatu sesuai dengan hak yang tidak berbelah-bagi dari rakyat Brunei untuk menentukan nasibnya sendiri dan untuk merdeka, dan selanjutnya menyeru, sebelum diadakan pilihanraya itu, supaya dibatalkan larangan ke atas semua parti-parti politik dan supaya dibenarkan semua pejuang-pejuang politik yang berada dalam buangan diluar negeri pada masa ini untuk pulang ke Brunei supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam pilihanraya itu dengan bebas dan dengan sepenuhnya;

4. Menyeru Kuasa Pentadbir, sesuai dengan peruntukan-peruntukan dari keputusan-keputusan Perhimpunan Agong yang berkenaan memberikan kerjasama sepenuhnya Panitia Khas;

5. Meminta Panitia Khas supaya terus mengkaji kedudukan wilayah tersebut dan melaporkan kepada Perhimpunan Agong di Sidangnya yang ketiga puluh satu.”

Ini adalah gambaran perjuangan di pihak rakyat Brunei yang memberikan tekanan kepada kuasa pentadbir British melalui badan dunia tersebut.

Dalam masa yang sama, dari dalam negeri  Kebawah DYMM juga menggunakan segala diplomasi Baginda untuk meyakinkan British bahawa Baginda juga mahukan kemerdekaan.

Hasil desakan kedua-dua pihak maka pada 7 Januari 1979 termeterilah  sebuah perjanjian yang ditandatangani oleh Lord Goronway Roberts, Setiausaha Luar British, bagi pihak Kerajaan British dan Ke bawah DYMM bagi menentukan tarikh kemerdekaan Brunei yang ditetapkan pada 1 Januari 1984.

KDYMM pada 15 Julai 1979 sempena hari Keputeraan Baginda antara lain bertitah     kemerdekaan negeri Brunei itu bukan hanya dari segi nama atau sebutan sahaja akan tetapi dengan izin Allah benar-benar merdeka yang tulen yang akan memberikan bukan sahaja kebanggaan dan kemegahan akan tetapi yang lebih-lebih mustahak lagi ialah kemerdekaan yang akan menjamin keselamatan dan ketenteraman serta kemakmuran dan kebahagiaan yang berkekalan kepada negara, rakyat dan penduduk dan segala isi di dalamnya.

Atas semangat kesatuan fikrah dan cita-cita antara Istana dan rakyat inilah, Manifesto Parti Pembangunan Bangsa (NDP) 2006 - 2016 di bawah tajuk Keselamatan Nasional menggarapkan bahawa Parti Pembangunan dengan penuh iltizam berusaha untuk antara lain:

. Memelihara dan mempertahankan kemerdekaan negara agar menepati makna Negara Brunei Darussalam, iaitu wilayah yang selamat dan sejahtera;

. menjulang dan menghargai perjuangan membebaskan negara dari penjajahan sebagai perjuangan suci dan para pejuangnya diiktiraf sebagai Pahlawan Nasional untuk merangsang jati diri dan semangat patriotisme yang tulus;

. melakukan kajian dan pensejarahan alternatif perjuangan menentang penjajahan dan mempertahankan kemerdekaan Negara Brunei Darussalam dari sejak mula tertubuhnya negara, secara ikhlas dan jujur, agar ianya dijadikan pengajaran dan iktibar yang sahih untuk pedoman generasi sekarang dan akan datang, supaya timbul kesedaran betapa elemen-elemen negatif sepanjang sejarah boleh memudaratkan institusi Kesultanan Melayu Brunei, negara dan rakyatnya;

. memperkukuh suasana harmoni dan rukun antara Istana dan rakyat justeru kesepakatan kedua pihak adalah landasan kepada sistem pertahanan yang berkesan;

(Nota: maklumat-maklumat dalam artikel ini dipetik dari Ucaptama Sdr Mahmud Morshidi Othman di seminar bertajuk Iltizam Memperkasa Keupayaan Bangsa pada 12 Mac 2007 yang diadakan di Limbaruh Hijau Jerudong).

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.