LIMBARUH HIJAU 8 JUN 2008 - LAPORAN di dada akhbar media tempatan baru-baru ini (Discussion on Brunei's diversification- Bulletin Weekend 07 Julai 2008) berhubung dapatan dua perunding, Manu Bhaskaran dari Centennial Asia Advisors Pte Ltd, Singapore dan Dr Mark Crosby dari Melbourne Business School, Australia mengajak kita mempersoalkan kefahaman kita mengenai apa definisi sebenar 'Good Governance' (Tadbir urus yang baik).
Menurut kedua-dua perunding yang 'pakar' di bidang ekonomi dan tadir urus, masalah yang di hadapi negara dalam usaha mempelbagai ekonomi selama ini bukan berpunca dari tadbir urus yang kurang baik (poor governance).
Mereka mengongsikan dapatan pengkajian mereka keatas usaha mempelbagai ekonomi negara di sesi perbincangan mejabulat yang di adakan di Empire Hotel and Country Club.
Mereka berdua bersetuju isu set minda (mindsets), birokrasi dan reformasi perkhidmatan awam, termasuk redtapes, perkadaran tidak seimbang kepakaran dalam sektor awam, gaji dan penurunan faedah sebagai antara masalah yang di hadapi dalam usaha mempelbagai ekonomi negara.
Kedua-dua perunding manyarankan perlunya langkah yang lebih agresif di ambil dalam usaha membina modal insan bagi mempastikan peningkatan tinggi bilangan tenaga kerja memasuki dunia pekerjaan di peringkat tinggi dan peringkat profesional.
Mereka juga menyarankan perlunya memajukan bidang pendidikan keusahawan yang boleh menyumbang dalam usaha mempelbagai ekonomi.
Juga turut di tekankan oleh kedua-dua pakar tersebut ialah pentingnya keseimbangan antara pemberian perkhidmatan awam yang di perlukan dengan perlunya melibatkan sektor swasta dalam bidang penghasilan dan usaha memperbanyak peluang pekerjaan.
Bhaskaran di sesi mejabulat tersebut percaya kegagalan negara dalam usaha mempelbagai ekonomi bukan berpunca dari kurang usaha atau kelemahan urus tadbir (poor governance).
Kunci masalah ialah suasana yang tidak mengizinkan. Beliau mendapati suasana yang tidak mengizinkan tidak dapat memberikan ruang secukupnya kepada perlaksanaan sepenuhnya dasar-dasar (mempelbagai ekonomi).
Elemen penyumbang masalah, katanya, termasuk matlamat yang kurang jelas, hambatan birokrasi di lapisan tengah dan bawah birokrasi, kekurangan sektor koporat yang maju, kurang skala dan pembangunan modal insan yang lemah; kurang pelaburan asing langsung (FDI) di luar sektor tenaga; sektor-sektor ekonomi yang berpotensi untuk di kembangkan tetapi tidak di eklpoitasi, dan struktur kos yang tinggi.
Sarannya, untuk melihat penigkatan baik dalam usaha mempelbagai ekonomi, kerajaan perlu bertindak sebagai pemudahcara yang pro aktif.
Usaha mengreformasi kerajaan mestilah melibatkan perubahan minda melalui pelbagai penggalak dan penanaman/pembiakkan sikap yang cendrung kepada perkembangan ekonomi.
Sektor koporat mestilah di perkukuhkan melalui sistem akauntabiliti dan penguditan yang kemas.
Terdapat keperluan untuk membangunkan modal insan yang berdayasaing dan komited serta strategi yang efektif untuk menarik pelabur asing lansgung (FDI) ke Brunei.
Dia menyarankan agar penyeledikkan terperinci akan dapat di laksankan untuk mempelajari pekembangan sektor pembanguinan modal insan dan Perusahaan Kecil dan Sedrehana (PKS)
Dr Crosby berkata isu yang menghambat usaha mempelbagai ekonomi ialah kurangnya orientasi pasaran dan inisiatif sektor swasta bukan kurangnya usaha mempelbagai ekonomi.
Penawar isu ini, katanya ialah perubahan set minda dan juga sektor awam yang terlalu meluas sehingga memberikan kesan kepada pertumbuhan sektor swasta justeru ianya perlu di kaji semula.
Beliau percaya kekayaan negara harus di pergunakan untuk menggalakkan perusahaan dan juga perlu adanya keberanian mengahadap risiko sambil mengambil kira perlunya menyediakan jaringan jaminan sosial yang mantap.
Dr Crosby mengusulkan beberapa cadangan dasar iaitu perlunya perubahan keatas sistem birokrasi dan sektor awam termasuk redtapes, pengkadaran pakar dan pengalaman yang seimbang dalam sektor awam, serta penurunan gaji dan faedah.
Begitu lah kiranya secara ringkas dan padat dapatan dua perunding tersebut mengenai 'penyakit' yang di alamai negara dalam usaha mempelbagai ekonominya dan penawar yang di usulkan utuk mengubati penyakit yang sudah sekian lama di alami ini.
Seperti yang di katakan di awal pembuka kata artikel ini, dapatan-dapatan kedua-dua pakar perunding ini, mahu tidak mahu, mengajak kita meninjau semula apa kah selama ini kita tersilap mengdefinasikan perkataan 'governance' ini.
Menurut dua pakar tersebut masalah yang di hadapi negara bukan berpunca dari kelemahan tadbir urus (poor governance).
Tapi dalam masa yang sama kata mereka masalah yang di hadapi ialah masalah birokrasi, masalah red tape, masalah perkhidmatan awam yang perlu pembaharuan, masalah kurang orientasi pasaran, kurang matlamat yang jelas, kurang usaha membangun modal insan dan lain-lain lagi yang kurang.
Elit-elit pentadbir, ahli-ahli koporat dan peserta-peserta cerdik pandai yang hadir di sesi mejabulat di Empire and Country Club Hotel semua angguk-anggik saja tanda bersetuju.
Kita yang di luar ini yang bodoh dan jahil dalam bidang ekonomi tinggal terpinga-pinga apa nya yang betul ini, apa nya yang tepat ini?.
Bukankah sebelum ini kita di asakkan dengan pandangan-pandangan pemimpin-pemimpin negara dan konsultan-konsultan luar bahawa kunci bagi sesuatu kejayaan membangun sesebuah negara maju itu terletak dalam konsep 'good governance'.
Walhal konsep 'good governance' (urusbtadbir yang baik) telah menjadi prasyarat bagi sebuah negara untuk maju dan membina tamadun selaras dengan kehendak semasa di era globalisasi ini.
Merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Perpustakaan Malaysia terdapat ada 17 definasi 'governance' dalam istilah MABBIM (Brunei, Indonesia, Malaysia).
'Governance' antaranya membawa makna menurut istilah MABBIM ialah pentadbran tadbir urus, kepemerintahan, administrasi kepemerintahan dan tataurus/tatakelola pemerintahan.
Wikepedia, laman web encyclopedia internet pula memberikan penjelasan seperti berikut:
"Governance describes the process of decision-making and the process by which decisions are implemented (or not implemented). Hereby, public institutions conduct public affairs, manage public resources, and guarantee the realization of human rights. Good governance accomplishes this in a manner essentially free of abuse and corruption, and with due regard for the rue of law".
Seterusnya Wikepedia menjelaskan, "Good governance can be understood as a set of 8 major characteristics:
- participation,
- rule of law,
- transparency,
- responsiveness,
- consensus orientation,
- equity and inclusiveness,
- effectiveness and efficiency
- accountability.
Dalam perkataan lain 'governance' dapat di huraikan sebagai satu proses urus tadbir, tataurus dan tatakelola pentadbiran dan pengurusan kerajaan, sumber-sumber kekayaan negara, sumber manusia, ekonomi, dan sebagainya yang melibatkan kemaslahatan negara dan bangsa yang juga melibatkan proses membuat keputusan yang di laksanakan atau tidak di laksanakan.
Kalau di teliti dapatan dua pakar perunding yang telah di mandatkan untuk mengakji usaha mempelbagai ekonomi negara, masalah yang di hadapi oleh negara bukan berpunca dari 'poor governance'.
Ia membawa maksud sama ada urus tadbir negara sudah okay ataupun masih lemah tetapi tidak memberikan kesan kepada usaha mempelbagai ekonomi.
Jika sekiranya sistem urus tadbir negara ini di tahap yang baik (Poor Governance = Good Governance) kenapa pula dua pakar ini mengungkit masalah birokrasi di lapisan tengah dan bawah birokrasi, masalah red tapes, masalah kurang usaha memajukan modal insan dan masalah matalamt yang kurang jelas, perlunya reformasi kerajaan, dan masalah kurang upaya sektor koporat sebagai antara punca melembabkan proses mempelbagai ekonomi?.
Bukankah kelemahan-kelemahan tersebut berhubungrapat atau berpunca dan berakar umbi dari masalah urus tadbir yang lemah, ada hubungkait dari proses membuat keputusan yang lemah dan sebagainya?
Kita yang jahil dalam bidang ini memang pening kepala memikirkannya. Seperti yang di sebutkan awal tadi ia mengajak kita menilai semula kafahaman kita mengenai istlah 'governance' ini.
Kita perlu memahami istilah 'governance' ini dari prespektif elit-elit pentadbir bukannya dari prespektif kamus dewan atau apa yang kita fahami selama ini sebagai definisai yang bersifat universal.
Untuk menjawab soalan tersebut mungkin kita perlu menggunakan pakar perunding yang lain lagi untuk mengakji lebih mendalam isu-isu governacne ini dari prespektif pakar-pakar perunding dan elit-elit pentadbir dalam situasi Brunei dan pembangunan ekonomi negara.
Seperti yang di usulkan oleh dua pakar dari Singapura dan Australia itu, negara perlu menjalankan kajian lagi untuk meneganlpasti formula-formula baru memajukan PKS di Brunei.
Peserta-peserta sesi mejabulat tersebut mungkin ramai yang angguk-angguk mempersetujui saranan dua pakar tersebut.
Ini satu lagu peluang keemasan bagi firma-firma kaji selidik dan pakar runding untuk membuat kajiselidik di Brunei.
Discussion on Brunei's diversification