PERJALANAN KONGRES AGUNG TAHUNAN NDP KALI KE-3

Sireh pulang ke gagang

 
 

LIMBARUH HIJAU 30 JUN 2008 - BAGI Negara Brunei Darussalam yang merupakan sebuah negara kecil yang berpegang kepada falsafah Melayu, Islam, Beraja sebagai landasan berbangsa dan bernegara, kesatuan dan perpaduan rakyat merupakan elemen atau kunci utama keutuhan bangsa dan negara.

Dalam erti kata lain, sebagai sebuah kumplan masyarakat kecil yang terdiri dari kurang lebih 70 peratus bangsa Melayu (yang terdiri dari 7 kumpulan puak etnik Brunei) dan selebihnya terdiri dari bangsa Cina, India dan lain-lain, kesatuan dan perpaduan yang tulin mestilah secara berterusan di wujudkan untuk memastikan keutuhan bangsa dan negara terus terjamin.

Kearah itu semangat persaudaraan dan kekeluargaan yang masih kental dalam masyarakat Brunei dan yang menjadi asas kepada semangat kesatuan dan perpaduan tersebut mesti terus di pelihara.

Persegketaan dan permusuhan tidak boleh di biarkan berterusan mengambil tempat kerana jika ianya berlaku boleh sahaja menghakis semangat kesatuan dan perpaduan tersebut apatah lagi jika persengketaan itu merupakan sengketa lama yang tercetus ketika negara berpecah menuju kemerdekaan.

Jalan penyelesaiannya dan untuk memelihara kepentingan kesatuan dan perpaduan bangsa dan negara ialah melalui perundingan, rekonsiliasi, tolak ansur, kesepakatan dan diplomasi, seperti yang pernah di sentuh oleh Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar di dalam bukunya “Remember, Remember The 8th of December” .

Begitulah kira-kiranya mesej yang cuba di sampaikan oleh Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP dalam Uacapan Dasar Presiden di majlis perasmian Kongres Agung Tahunan NDP kali ke-3 yang berlangsung di Dewan Utama ICC, Berakas pada 21 Jun yang baru lalu.

Ucapan Dasar Presiden NDP di sampaikan oleh sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP.

Presiden NDP dan sdr Morshidi merupakan antara ribuan pejuang kemerdekaan lama yang telah kembali ke pangkuan masyarakat Brunei melalui semangat kedamaian, perundingan, rekonsiliasi, tolak ansur, kesepakatan dan diplomasi yang menjadi pegagan pihak Istana dan juga rakyat.

Namun demikian di luar sana, masih terdapat lagi beberapa orang rakyat Brunei yang masih berkelana atas sebab-sebab politik. 

"Sehubungan dengan itu, NDP merayu agar kiranya pihak-pihak berkenaan akan dapat mengambil langkah positif ke arah penyatuan sejati seluruh rakyat", seru Presiden NDP di majlis perasmian tersebut.

"Harapan dan rayuan kita ialah supaya sejumlah rakyat Kebawah DYMM yang masih berada di perantauan atas sebab-sebab politik di zaman penjajahan dahulu diberi keizinan untuk kembali ke tanah air dengan aman bagi sama-sama menikmati tuah kemerdekaan dan memberikan kesempatan kepada mereka untuk menunaikan tanggung jawab bernegara, bak kata pepatah biduk lalu kiambang bertaut, bak sireh pulang kegagang", tambah Presiden NDP lagi.

Dalam konteks yang lain, ujar Presiden NDP, barang kali ada relevennya kalau kita  turut berpegang dengan pendekatan dan strategi Istana  dalam mempertahankan survival bangsa dan Negara kita yang kecil ini.

"Prinsip dan pegangan yang  dilontarkan oleh  Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar di dalam bukunya “Remember, Remember The 8th of December” iaitu  ialah “ ….the only way to ensure the survival of a small nation. Negotiation, reconciliation, compromise and consensus. Diplomacy”.
(…satu satunya jalan bagi menjamin kelangsusng hidup sebuah negara kecil. Perundingan, reconsilasi (perdamaian), tolak ansur dan maufakat. Diplomasi)", kata Presiden NDP lagi.

Pejuang yang dilupakan

Bingkisan dari seorang pejuang kemerdekaan yang dilupakan

Jejak-jejak pejuang kemerdekaan

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.