LIMBARUH HIJAU 24 JUN 2008 - SELURUH anggota dan kepimpinan Himpunan Non-Muslim, Pemuda dan Wanita NDP di seru agar terus memperkuatkan azam dan berpegang teguh dengan perjuangan yang akan di wariskan kepada anak cucu mereka nanti.
 |
"Segala usaha dan titik peluh yang kita curahkan melalui perjuangan ini adalah untuk mempastikan anak cucu kita menikmati kesejahteraan yang jauh lebih baik dari apa yang kita kecapi sekarang ini".
"Kalaulah kita tidak sanggup berkorban untuk masa depan negara dan mereka, siapa lagi yang hendak kita harapkan?", ujar sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden dalam ucapan perasmian di Himpunan Tahunan Non-Muslim, Wanita dan Pemuda yang berlangsung di Dewan Utama Bangunan Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) pada 20 Jun lalu.
Katanya, "Kita amat bersyukur kerana walaupun dihadapkan dengan pelbagai cabaran dan hambatan sejak tiga tahun
|
 |
yang lalu, namun Alhamdulillah semangat kita tidak luntur, malah semakin kental".
"Segala cabaran dan halangan yang kita tempuhi telah menjadikan kita lebih bijaksana dan jauh lebih matang. Mudah-mudahan kita terus tergolong dari kalangan mereka yang bersabar dan mendapat nikmat dari kesebaran" tambah sdr Morshidi.
Beliau seterusnya menegaskan sesungguhnya perjuangan ini satu perjalanan yang panjang, berliku dan penuh dengan onak dan duri.
|
"Perjuangan ini bukanlah untuk orang yang berjiwa kecil. Hanya orang yang berjiwa besar sahaja yang mampu bertahan dalam perjuangan seumpama ini", tegas beliau lagi.
Sdr Morshdi juga menekankan bahawa, "perjuangan yang kita dokongi ini adalah perjuangan yang bersifat sejagat yang merentasi sempadan agama dan bangsa, perjuangan yang mendokong aspirasi dan amalan kepimpinan Kebawah DYMM yang adil dan berihsan".
"Tidak syak lagi idealisme perjuangan yang kita dokong ini selaras dengan Islam, agama yang sememangnya bersifat universal yang menjanjikan rahmat ke atas sekalian alam. Maka selama kita berpegang kepada prinsip ini, saya percaya bahawa semua kaum dan agama di dalam negara ini akan mendapat hak mereka yang seadil-adilnya tanpa sebarang diskriminasi" ujarnya lagi.