PERJALANAN KONGRES AGUNG TAHUNAN NDP KALI KE-3

Jadikan Brunei Negara Kebajikkan Islam

 
 

LIMBARUH HIJAU 28 JUN 2008 -NEGARA Brunei bukan sahaja boleh berjaya untuk duduk sebaris dengan 10 negara teratas di dunia, malah akan menjadi sebuah negara contoh yang dikagumi semua jika ianya dapat melaksanakan konsep Negara Kebajikkan Islam dengan sepenuhnya.

"Kita sebenarnya mampu untuk melaksanakan konsep negara kebajikan ini kerana kita telah dianugerahi Allah dengan kekayaan sumber hasil bumi yang melimpah ruah", tegas Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP dalam teks Ucapan dasar Presiden NDP yang di sampaikan oleh sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP di majlis perasmian Kongres Agung Tahunan NDP bagi kai ke-3 yang brlangsung di Dewan Utama ICC, Berakas pada 21 Jun bau lalu..

Dalam memperkatakan soal Negara Islam, Presiden NDP berpandangan pembangunan seimbang yang boleh membawa kepada Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafuur, satu konsep yang tidak boleh terlepas dari pemikiran dan pemerhatian kita, ialah konsep Negara Kebajikan.

"Konsep ini sesungguhnya amat berkait rapat dan boleh dikatakan seerti dengan konsep Negara Islam", ujar Presiden NDP.

Menurut pandangan Presiden NDP lagi objektif utama sebuah negara ialah untuk melahirkan satu masyarakat yang berasaskan keadilan, kesaksamaan dan nilai-nilai murni.

"Brunei sebagai sebuah negara Islam justerunya bertanggungjawab untuk memaparkan syiar kebajikan dan seterusnya melaksanakan tuntutan-tuntutan yang selaras dengan syariat Islam", jelas Presiden NDP.

"Matlamat tertinggi dalam sebuah negara kebajikan Islam ialah untuk mencapai tahap kebajikan yang menyeluruh yang merangkumi setiap orang tanpa diskriminasi".

"Konsep negara kebajikan mengikut Islam adalah berasaskan kepada manifestasi nilai-nilai ekonomi, moral, kerohanian, sosial dan politik Islam".

"Apa yang ditekankan oleh Islam ialah satu paduan dan keseimbangan yang harmoni di antara kerohanian dan keduniaan", tegas Presiden NDP lagi.

Sebuah negara kebajikan Islam, katanya, hendaklah :

Pertama: 

Menjamin kebajikan ke atas rakyat miskin dan fakir, selaras dengan ayat 41 Surah Al-Anfal, ayat 60 Surah At-Taubah dan ayat 7 Surah Al-Hashr.

Kedua:  
Menjamin keperluan asasi kehidupan manusia iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal selaras dengan ayat 118-119 Surah Taha. Setiap penduduk di dalam sebuah negara Islam berhak mendapat keperluan asas tersebut. Tetapi jika seseorang tidak berkemampuan untuk menyediakan keperluan asas itu untuk diri dan keluarganya sendiri maka adalah menjadi tanggungjawab negara untuk memenuhi keperluan tersebut.

Ketiga: 
Merapatkan jurang dan perbezaan di antara golongan kaya dan miskin melalui falsafah ekonomi berasaskan keadilan sosial. Negara Islam menyediakan peluang yang sama rata untuk rakyatnya mendapatkan rezeki. Untuk mempastikan agihan kekayaan yang adil dan saksama Islam menegah pemilikan harta yang hanya tertumpu kepada golongan tertentu sahaja selaras dengan peringatan ayat 34-35 Surah At-Taubah dan ayat 7 Surah Al-Hashr.

Keempat: 
Mengutamakan hak-hak sosial lebih daripada kekayaan individu. Adalah menjadi tanggungjawab golongan yang berada untuk memenuhi keperluan mereka yang miskin dan fakir sekiranya zakat masih tidak mencukupi selaras dengan ayat 215 Surah Al-Baqarah.

Kelima:
Melindungi orang yang lemah. Adalah menjadi tanggungjawab sebuah negara Islam untuk melindungi orang-orang yang miskin dan tidak berupaya dari di eksploitasi golongan yang kaya dan kuat.

Keenam: 
Menyediakan pendidikan dan penjagaan kesihatan secara percuma untuk semua rakyat.

Ketujuh:  

Bertanggungjawab memelihara kesucian dan keutuhan kerohanian rakyat dan memastikan mereka dapat menjalani kehidupan selaras dengan ajaran Islam.

"Saya percaya sekiranya konsep Negara Kebajikan Islam ini dilaksanakan sepenuhnya, dengan penuh keinsafan dan ketaqwaan, Brunei bukan sahaja mampu untuk duduk sebaris dengan 10 negara teratas di dunia, malah akan menjadi sebuah negara contoh yang dikagumi semua".

Kita sebenarnya, tambah Presiden NDP, mampu untuk melaksanakan konsep negara kebajikan ini kerana kita telah dianugerahi Allah dengan kekayaan sumber hasil bumi yang melimpah ruah.

Ada kalangan ilmuan berpendapat bahawa mana-mana negara yang tidak menunaikan tanggungjawab memperdulikan keperluan kebajikan rakyatnya sesungguhnya negara itu telah melakukan satu dosa yang besar, apalagi jika negara tersebut dengan penuh kesedaran mengisytiharkan dirinya sebagai sebuah Negara Islam.

Dalam hubungan ini Presiden NDP mengingatkan sebuah Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.