LIMBARUH HIJAU 2 JUN 2008 - HASRAT Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar setiap individu Muslim pandai al-Quran sangat di sanjung tinggi.
Baginda Sultan bertitah al-Quran adalah salah satu warisan yang dianggap mulia, maka semua umat terutama generasi muda hendaklah tidak mengabaikannya dan merebut semua peluang dan kemudahan yang ada untuk mempelajari, membaca dan mengamalkan ajarannya.
Baginda Sultan bertitah demikian pada malam kedua Pertandingan Membaca al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan 1429H/2008. Acara tersebut berlangsung di Dewan Plenary Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 29 Mei lal.
Titah Baginda Sultan menekankan pentingnya setiap individu Muslim pandai al-Quran bertepatan sekali memandangkan di akhir-akhir ini semakin kerap al-Quran di manipulasi oleh pihak-pihak yang anti-Islam dengan niat untuk menyesatkan orang-orang Isam.
Pihak-pihak yang bencikan Islam ini senghaja menggunakan potongan-potongan ayat-ayat al-Quran untuk menimbulkan kesangsian di kalangan umat Islam terhadap kemuliaan al-Quran.
Mereka senghaja memotong atau meringkaskan ayat-ayat al-Quran bagi tujuan memburuk-burukkan Islam dan umat Islam.
Seperti yang di tegaskan oleh Baginda Sultan (merujuk secara tidak langsung mengenai isu flem Fitna yang dihasilkan oleh seorang anggota Parlimen Belanda bernama Geert Wilders),"...Individu berkenaan cuba menimbulkan kesangsian terhadap al-Quran yang kononnya menggalakkan peperangan dan pembunuhan dengan merujuk kepada beberapa contoh ayat jihad".
"Tetapi ayat-ayat yang dipetik itu adalah tidak lengkap iaitu ayat sebelum atau selepasnya yang masih berkaitan ditinggalkan atau tidak disebut pada hal ayat-ayat itu perlu dibaca berurutan bersama ayat-ayat sebelum atau sesudahnya di samping juga mesti mengambil kira hubungan khusus ayat jika ada," titah Baginda Sultan.
Apa yang di titahkan oleh Baginda Sultan memang benar dan sudah menjadi kenyataan bahawa pihak-pihak tertentu yang tidak bertamadun, yang sangat bencikan Islam tidak akan putus-putus berusaha memburuk-burukan Islam.
Mereka tidak akan jemu-jemu mencari jalan untuk terus menggunakan dan memanipulasikan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis untuk menimbulkan kesangsian di kalangan umat Islam terutama sekali golongan-golongan umat Islam termasuk generasi-generasi muda yang kurang pengetahuan terhadap ajaran Islam.
Justeru saranan Baginda Sultan agar setiap individu Islam di bekalkan dengan ilmu al-Quran dan ajaran-ajaran Islam yang sahih agar dapat menajdi perisai diri dari kempen habis-habisan pihak-pihak tertentu untuk memesongkan umat Islam dari landasan yang benar wajib di sokong.
Dalam hal ini Parti Pembangunan Bangsa (NDP) melihat seuan Baginda Sultan tersebut sebagai satu suntikan semangat baru kepada perjuangan NDP untuk terus menyokong dan membantu sebarang usaha Baginda Sultan sebagai Mujaddid bagi ummat Islam di Negara Brunei Darussalam, dan sebarang usaha Kerajaan Baginda untuk
memperkukuh dan memperdalam kecintaan Muslimin / Muslimah di Negara Brunei Darussalam kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW, serta ummat Islam dan ummat manusia sejagat
Seruan Baginda Sultan agar semua umat terutama generasi muda tidak mengabaikannya dan merebut semua peluang dan kemudahan yang ada untuk mempelajari, membaca dan mengamalkan ajaran al-Quan sangat menyakinkan lagi NDP akan betapa tepatnya saranan yang telah di buat dalam Manifesto politik parti bagi tahun 2006 - 2016 mengenai perkara yang sama.
Dalam Manifesto tersebut NDP menyarankan agar Kerajaan Baginda dapat membekalkan mashaf terjemahan Al-Quran, kitab hadis Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dan kitab-kitab muktabar dalam Mazhab As-Syafii secara percuma ke setiap rumah atau kediaman Muslimin / Muslimah di Negara Brunei Darussalam dan menjadikan kitab-kitab ini sebagai asas pengajian dan panduan amalan setiap keluarga Muslim di negara ini.
Mudah-mudaha dengan mesej yang jelas yang telah di titahkan oleh Baginda Sultan itu tidak di abaikan dan mudah-mudahan pihak-pihak tertentu dalam Kerajaan Baginda memberikan perhatian kepada cadangan NDP tersebut.
NDP dengan keupayaan yang ada akan bersedia menyokong dan membantu sebarang usaha kearah matlamat ersebut bersesuaian dengan iltizam parti untuk terus mempertahankan kesucian Islam sebagai cara hidup (Ad-Din), agama rasmi dan agama negara. Insya Allah.
|