LIMBARUH HIJAU 24 JUN 2008 - SEBILANGAN besar rakyat di peringkat akar umbi ingin melihat wujudnya pembaharuan politik dinegara kita ini, akan tetapi disebabkan iklim politik yang tidak kondusif menyebabkan rakyat tidak bersedia untuk menyatakan hasrat dan aspirasi mereka secara terbuka.
 |
Perkara ini di tekankan oleh Presiden NDP, Ayahnda Yasin Afandy
dalam uacapan dasar presiden di majlis perasmian Kongres Agung Tahunan NDP kali ke 3 yang berlangsung pada 22 Jun 2008 di Dewan Utama ICC Berakas.
Teks ucapan beliau di bacakan oleh Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman.
Dalam ucapan dasar presiden di tekankan
|
 |
bahawa KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam sudahpun merintis jalan kearah pembaharuan poitik sejak 1994 lagi, namun demikian sikap pasif rakyat ditambah sikap negatif sekalangan masyarakat terhadap politik menyebabkan perjalanan reformasi politik lembab.
"Kebawah DYMM dalam titah sempena hari keputeraan Baginda yang ke-58 pada 27
|
Jamadilawal 1425 bersamaan15 Julai 2004, menggariskan langkah-langkah untuk meningkatkan peluang dan penglibatan rakyat yang lebih formal ke arah memberi sumbangan membina kepada kemajuan negara".
"Kita melihat ini sebagai satu tanda dan isyarat bahawa Brunei akan melalui era perubahan politik ke arah perlaksanaan konsep syura seperti yang dituntut oleh Islam dengan lebih meluas dan berkesan".
Sebenarnya, tambah Presiden NDP, hasrat Kebawah DYMM untuk memperkenalkan pembaharuan politik ini telah dihebahkan seawal 1994 lagi, iaitu pada titah sambutan sempena ulang tahun ke-10 kemerdekaan negara pada 23 Februari 1994.
"Sebagai kelangsungan daripada hasrat tersebut, Baginda telah memperkenankan pembukaan semula Majlis Mesyuarat Negara pada 25 September 2004".
Majlis Mesyuarat Negara
Katanya pengisytiharan pembukaan semula Majlis Mesyuarat Negara itu hendaklah diterima sebagai satu kurniaan anugeraha daripada Kebawah DYMM kepada seluruh rakyat Brunei Darussalam.
"Maka bagaimana pula adatnya kita merafak sembah dan menjunjung kasih di atas anugeraha itu?"
"Pada hemat saya, kita sebagai rakyat Kebawah DYMM hendaklah bersungguh-sungguh berusaha untuk merealisasikan apa yang dihasratkan oleh Baginda. Kita tidak boleh hilang tumpuan dan arah disebabkan wujudnya agenda-agenda halangan yang hadir dihadapan kita", nasihat Presiden NDP.
Pindaan Perlembagaan
Menurut Presiden NDP pembukaan semula Majlis Mesyuarat Negara tersebut telah membuka jalan kepada perlaksanaan pembaharuan politik dalam erti kata yang sebenarnya, iaitu pindaan perlembagaan negara 1959. Pindaan tersebut telah dilulus dan diperkenankan oleh Kebawah DYMM pada 29 September 2004.
"Dengan pindaan tersebut, tidak ada lagi halangan undang-undang yang |
|
menyekat kerajaan daripada melaksanakan pilihanraya untuk memilih wakil rakyat secara langsung ke dalam Majlis Mesyuarat Negara", tegas Presiden NDP.
Jelasnya, tambah Presiden NDP, pindaan tersebut adalah halangan terakhir yang telah diangkat oleh Kebawah DYMM bagi membuka jalan pembaharuan politik sepenuhnya.
"Walau bagaimanapun,
|
|
dalam tempoh tiga tahun yang berlalu, kita melihat seolah-olah proses reformasi politik yang kita harapkan itu berlaku dengan begitu perlahan sekali".
"Kemelut ini mungkin berpunca daripada sikap rakyat yang pasif dan keberatan untuk terlibat secara aktif dalam pergerakan politik setelah 40 tahun mengalami political vaccum".
"Mereka mungkin saja terpengaruh dengan persepsi sesetengah kalangan yang berpandangan serong terhadap sebarang pergerakan politik".
Justeru itu, tegas Presiden NDP, semua paksi utama pembangunan negara, hendaklah membebaskan kekangan pemikiran yang tidak membina itu, sebaliknya bersatu di bawah satu azam untuk membantu Kebawah DYMM merealisasikan cita-cita murni Baginda untuk membawa Brunei ke arah pembaharuan dan pemodenan politik yang sesuai dengan sosio-budaya kita.
"Dengan taraf kehidupan dan pendapatan per kapita antara yang teringgi di Asia, beserta taraf pendidikan antara yang tertinggi di kalangan negara membangun, sewajarnya rakyat negara ini juga memiliki tahap kesedaran politik yang tinggi. Ini adalah kelaziman dalam mana-mana masyarakat moden".
Rakyat Bersedia Untuk Perubahan
Pada hemat Presiden NDP, melalui interaksi NDP dengan rakyat di peringkat akar umbi, beranilah kita membuat kesimpulan bahawa sebahagian besar rakyat ingin melihat wujudnya pembaharuan politik dinegara kita ini.
"Akan tetapi, disebabkan persekitaran politik yang tidak kondusif, maka itu rakyat tidak bersedia untuk menyatakan hasrat dan aspirasi mereka secara terbuka".
Dari itu tegasnya lagi adalah menjadi tugas kita sebagai sebuah pergerakan politik untuk menjadi penyambung lidah mereka, menjadi pelantar dan wadah untuk menyalurkan suara dan aspirasi rakyat.
"Untuk melangsungkan tugasan itu, adalah menjadi harapan kita agar NDP tidak dilihat sebagai saingan oleh mana-mana pihak, dan apa jua isu yang kita angkat dan ketengahkan demi kepentingan rakyat tidak ditafsir sebagai mencabar kewibawaan atau cubaan mendahului pihak-pihak yang lain".
"Dalam konteks yang lain, untuk menjadi wadah rakyat yang berkesan, kita hendaklah menjadi pendengar yang baik, membuka seluas-luasnya ruang dialog dengan ahli dan bukan ahli dan mendengar segala cadangan, pandangan dan rintihan mereka dengan dada yang lapang dan fikiran terbuka, dan membantu mengangkat dan menyelesaikan apa jua masalah mereka bersama pihak-pihak yang berkenaan".
"Demi memahami masalah rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk pergi kepada rakyat, dan bukannya menunggu rakyat datang kepada kita", seru Presiden NDP lagi.
"Ini bukan satu tugas yang mudah. Ini bukan tanggungjawab bagi orang yang berjiwa kecil atau bersikap seperti tanggung-tanggung elang, kalau berat dilepaskan. Apatah lagi ketika mana kita berhadapan dengan berbagai tanjakan dan kekangan".
IKTIBAR
Ucapan dasar presiden juga menarik perhatian hadirin kepada perkembangan di Nepal dan Bhutan.
Menurut Presiden NDP kedua-dua negara di pergunungan Himalaya ini tidaklah semaju Negara Brunei dari segi pendapatan per kapita mahu pun kadar celik huruf.
"Nepal misalnya, mempunyai kadar celik huruf yang rendah iaitu 48.6% sahaja dengan pendapatan per kapita serendah BND 1485".
"Bhutan pula memiliki kadar celik serendah 47% sahaja dan pendapatan per kapita cuma BND 1890".
"Perangkaan ini jauh sekali berbeza jika dibandingkan dengan negara kita. Kadar celik huruf di Brunei adalah tinggi iaitu 92.7% sementara pendapatan per kapita hampir BND 48,000".
Namun begitu, tambah Presiden NDP, asakan demokrasi model barat yang dibawa bersama oleh gelombang globalisasi tidak memberi pilihan kepada kedua-dua negara tersebut melainkan menerima dan pasrah dengan tuntutan perubahan politik yang direncanakan oleh barat.
Di Nepal, kata Presiden NDP, perubahan politik telah dicetuskan oleh desakan rakyat kerana mereka merasakan sistem pemerintahan yang diamalkan membawa bebanan dan kesulitan kepada rakyatnya.
"Pilihanraya umum Nepal yang diadakan pada 10 April 2008 baru lalu telah membuka laluan kepada berakhirnya sistem pemerintahan monarki di negara tersebut".
Sementara di Bhutan pula, tambah Preside NDP, Raja sebagai pemerintah mutlak, telah mempelopori perubahan politik dalam negara itu tanpa desakan rakyat seperti yang berlaku di Nepal.
"Sebaliknya, Baginda dengan penuh sedar terhadap aspirasi rakyat telah mengisytiharkan pada tahun 2005, rancangan untuk memperkenalkan demokrasi. Dalam tempoh tiga tahun sahaja, pilihanraya umum pertama telah diadakan iaitu pada 24 Mac 2008".
"Peristiwa yang berlaku di Bhutan itu pada saya, adalah persis dengan perubahan yang berlaku di negara kita".
"Maksudnya, perubahan tersebut adalah cetusan dan tajaan Raja selaku pemerintah negara dan diterima baik oleh seluruh rakyat jelata. Bezanya mungkin pada cepat dan lambatnya proses perubahan itu mengambil tempatnya", jelas Presiden NDP..