LIMBARUH HIJAU 14 JUN 2008 - APAKAH isu tuntutan Brunei ke atas Limbang sudah selesai?
Jika sudah selesai kenapa tidak ada sedikit pun berita mengenaiya? Kenapa rakyat di Brunei tidak mengetahuinya atau mendapat sebarang maklumat mengenainya?
Persoalan-persoalan ini akan terlintas di fikiran sesiapa sahaja dari kalangan rakyat Brunei yang berkunjung ke Limbang atau dalam perjalanan pulang ke Temburong atau menuju ke Sabah melalui Jalan Kuala Lurah dan Limbang untuk menuju ke destinasi seterusnya.
Apa tidaknya hanya beberapa ratus meter dari kawasan kawalan pos pemerikasaan kastam dan imigresen Brunei dan Limbang, kerja-kerja pembangunan kompleks baru pos kawalan kastam dan imigresen Malaysia sedang pesat di jalankan. Juga dalam rangka kerja pembinaan ialah beberapa kompleks-kompleks lain seperti rumah pangsa dan bangunan komresial.
Kegiatan kerja-kerja pembangunan di kawasan persempadanan yang di maklumi hanya bersifat sementara ini jelas membinggungkan rakyat Brunei yang sehingga ke hari ini masih berpandangan isu tuntutan Brunei ke atas Limbang dan isu persempadanan belum lagi selesai.
Begitu juga hal nya dengan Yang Berhormat Dr Haji Mohd Puad Haji Zarkashi, Ahli Parlimen Malaysia dan Ketua UMNO Batu Pahat Johor yang buat pertama kali dalam hidupnya menjejakkan kaki di Limbang pada 12 Jun 2008 yang baru lalu.
 |
Beliau telah tiba di Brunei pada 11 Jun 2008 untuk menghadiri selaku penceramah undangan di sesi perbincangan meja bulat berhubung topik 'PRU 12 - Cabaran dan Harapan' yang di anjurkan oleh ION-E Communications dengan kerjasama Parti Pembangunan Bangsa (NDP)
Sesi meja bulat tersebut berlangsung di sebelah pagi 12 Jun di Anjung Syura, dewan mesyuarat markas pusat NDP di Limbaruh Hijau Jerudong dan di hadiri oeh ahli-ahli Majlis Tertinggi dan Lembaga Penasihat NDP.
|
Di sebelah tengah hari Yang Berhormat di bawa melawat ke Temburong. Dan dalam perjalanan ke Temburong beliau berkesempatan melihat secara 'lintas langsung' kerja-kerja pembangunan kompleks-kompleks pos kawalan yang pesat di sebelah kawasan Limbang.
Beliau keihatan sedikit kebinggungan apabila di maklumkan bahawa kawasan tersebut masih di pertikai dan rata-rata rakyat Brunei terutama warga Brunei yang merupakan penduduk-penduduk kampong di perskitaran kawasan tersebut rasa terkilan dan tidak puas hati dengan tindakan pihak berkuasa Malaysia memajukanh kawasan tersebut.
Langkah Kerajaan Malaysia itu juga membuatkan rakyat Brunei yang menduduki kampong-kampong di persekitaran kawasan tersebut dalam keadaan dilema dan risau atas kemungkinan mereka akan kehilangan harta dan tanah warisan mereka.
Untuk meyakinkan Yang Berhormat Dr Haji Mohd Puad akan kedudukan sebenar isu tersebut, beliau telah di bawa berkunjung ke Kampong Paya Karangan yang terletak kurang lebih 5 kilometer dari kawasan yang di majukan oleh Kerajaan Malaysia itu.
Yang Berhormat di bawa mengunjuggni salah sebuah rumah di kampong tersebut yang di milki oleh sebuah keluarga rakyat Brunei.
Setelah itu beliau juga di bawa melawat ke beberapa kawasan yang masih di pertikai di Kampong Bambangan sehingga ke tebing sungai Limbang yang di katakan sempadan asal Brunei-Limbang.
 |
Dalam kunjungan tersebut Yang Berhormat mendapat tahu secara lebih dekat masalah sebenar yang di hadapi oleh rakyat Brunei yang masih menetap di kampong-kampong yang terletak di kawasan-kawasan yang masih di pertikai tetapi (entah macam mana) telah di ambil alih urusan penadbirannya oleh Kerajaan Malaysia.
Ini bukan lagi isu kedaulatan semata-mata. Ini masalah kebajikan dan kesejahteraan penduduk-penduduk yang masih menjadi rakyat Brunei tetapi tinggal dalam kawasan pentadbiran kerajaan Malaysia, menurut Yang Berhormat yang kelihatan terkejut dan kebinggungan untuk memahami isu tuntutan Limbang dan persempadanan tersebut.
Beliau mendapat maklum rakyat Brunei yang terlibat terpaksa berulang alik melalui pos kawalan untuk pergi balik berkerja dan menghantar anak-anak bersekolah di Brunei.
|
 |
Untuk mendapakan perkhidmatan letrik dan air mereka tepaksa menggunakan nama saudara mara yang berkerakyataan Malaysia. Dan yang paling sedih ada sebilangan keluarga terpaksa membenarkan anak-anak dan ahli-ahli keluarga yang lain menukar kerakyataan dan menajdi rakyat Malaysia bagi mengelakkan dari kemungkinan mereka akan kehilangan harta dan tanah warisan yang mereka miliki.
"Saya percaya ramai di kalangan pemimpin di Malaysia yang tidak memahami dengan baik isu ini", jelas Yang Berhormat sambil menambah jelas isu tuntutan Brunei ke atas
|
Limbang satu isu yang unik dan berlainan dengan isu-isu seperti tuntutan Malaysia keatas Pulau Batu Butih dengan Singapura dan Sepadan dengan Indonesia.
Dan setelah memahami dengan lebih baik isu tersebut beliau berpendapat,"Penting bagi kedua-dua pihak menyelesaikan dalam kadar segera isu ini".
"Saya yakin Brunei dan Malaysia yang sama-sama menikmati talian perasudaraan, persahabtan dan talian sejarah akan dapat menyelesaikan isu ini dengan baiknya".
"Apa yang penting penyelesaian yang akan di capai nanti mestilah tidak merugikan mana-mana pihak. Kita mestilah mencari kaedah 'win-win' dalam menyelesaikan masalah ini", kata Yang Berhormat dalam temubual dengan Aspirasi-NDP.
Beliau bersetuju isu ini jika tidak di selesaikan segera dan dengan baiknya akan boleh menjejaskan hubungan baik antara Brunei dan Malaysia dan akan boleh menimbulkan pergeseran antara rakyat Brunei dan Malaysia di Sarawak.
Yang Berhormat juga bersetuju perlunya Kerajaan Malaysia lebih berhati-hati dalam langkah-langkah memajukan kawasan-kawasan di pertikai yang masih dalam perundingan demi menjaga hubungan baik dan persefahaman yang sedia wujud antara kedua-dua belah pihak.
Sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP yang turut menemani Yang Berhormat dalam perjalanan menuju Temburong mengalu-alukan pandangan Yang Berhormat itu.
"Jika Yang Berhormat terkejut dan binggung dengan isu itu, apatah lagi beribu-ribu rakyat Brunei yang sering melalui kawasan tersebut dan meyaksikan pembangunan pesat kompleks-kompleks pos kawalan yang di bina seperti tembok Berlin walhal kawasan tersebut masih di pertikai dan dalam perundingan".
"Rakyat Brunei rasa tersentuh dengan keadaan ini. Justeru sangat penting bagi kedua-dua belah pihak menyelesaikan isu tersebut dalam kadar segera dan dengan baiknya", jelas sdr Morshidi.
Beliau berpandangan kedua-dua belah pihak mestilah mengambil kesempatan yang ada memandangkan kemungkinan tidak ramai lagi pemimpin-pemimpin di kedua-dua belah pihak yang masih berpeggang teguh dengan ideologi kebangsaan, semangat meperjuangkan kesatuan dan perpaduan bangsa Melayu di nusantara ini dan semangat ukhuwah Islamiah.
Pemimpin-pemimpin idelalist yang mengenal sejarah, berjiwa dan bersemangat Melayu yang besar mungkin akan pupus dan akan lahir pemimpin-pemimpin yang realist dan hanya berjiwa nasionalis. Besar kemungkinan dalam menangani isu pertkaian sempadan ini, mereka akan lebih cendrung membuat keputusan bagi kepentingan nasional lebih dari kepentingan yang lain.
Jika ini berlaku peluang untuk menyelesiakn isu tersebut dengan baiknya dan tidak merugikan mana-mana pihak akan pudar dan ianya akan membuka ruang bagi pertikaian yang lebih serious dan boleh menyebabkan berlakunya jalan penyelesaian yang hanya akan merugikan kedua-dua belah pihak, tegas sdr Morshidi.
Justeru amat penting bagi kedua-dua belah pihak mengambil kesempatan yang ada dan dalam keadaan sekarang yang masih menizinkan untuk kedua-dua belah pihak menggunakan talian perasudaraan dan persefaaman yang baik bagi menyelesaikan isu tersebut, tegasnya lagi.
Sementara itu, tambahnya adalah menjadi hasrat NDP untuk terus berusaha memelihara dan memperkukuhkan lagi talian persaudaraan dan persefahaman yang sedia wujud antara Brunei dan Malaysia.
Untuk itu, katanya, NDP sangat-sangat mengalu-alukan peimpin-pemimpin dari parti-parti politik di Malaysia dan Sarawak untuk berkunjung ke NDP.
"Kita sentiasa membukakan seluas-luasnya pintu Anjung Syura' dewan mesyuarat markas NDP di Limbaruh Hijau Jerudong untuk perundingan-perundingan dan perbincangan-perbincngan dengan wakil-wakil parti-parti politik di Malaysia dalam usahasama mencapai matlmat mengukuhkan dan memelihara hubungan persaudaraan dan persefahaman antara kedua-dua buah negara dan paling penting dalam usahasama memperjuangkan kedaulatan Melayu nusantara dan agama Islam yang menajdi peggangan bangsa Melayu", ujar sdr Morshidi.