LIMBARUH HIJAU 13 JUN 2008 - PRESIDEN dan ahli-ahli Majlis Tertinggi serta ahli-ahli Lembaga Penasihat NDP kelmarin berpeluang meninjau secara dekat senario politik di Malaysia yang telah mengalami 'tsunami' politik semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia ke 12 pada bulan March lalu.
Ombak besar tsunami politik tersebut telah merobah landskap politik di Malaysia, yang sejak lebih 30 tahun lalu menyaksikan Barisan Nasional (BN) memerintah dengan 2/3 majoriti, kehilangan kekuatan tersebut kepada Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP.
Bukan itu sahaja, Barisan Nasional juga turut kehilangan 5 buah negeri dan satu wilayah kepada Pakatan Rakyat.
 |
UMNO yang merupakan parti politik terbesar dan peneraju Barisan Nasional juga turut menerima hambatan dahsyat tsunami politik tersebut. Kedudukan UMNO sebagai sebuah parti yang memperjungkan agenda Melayu dan Islam turut tergugat. Keyakinan rakyat terhadap UMNO turut terhakis. |
 |
Di mana salah dan silapnya? Persoalan ini di hidangakan kepada ahli-ahli MT dan Lembaga Penasihat NDP di sidang perbinangan meja bulat yang bertajuk PRU 12 - cabaran dan harapan.
Sesi perbincangan meja bulat yang berlangsung di Anjung Syura, dewan mesyuarat markas pusat NDP di Limbaruh Hijau telah di anjurkan oleh ION-E Communications dengan kerjasama Jabatan Setiausaha Agung (JASA) NDP. Ianya merupakan program bertersuan pembelajaran sepajang hayat NDP.
|
 |
Yang Berhormat Dr. Haji Mohd Fuad Haji Zarkashi, Ahli Parlimen Malaysia yang juga merupakan Ketua UMNO Batu Pahat Johor telah di undang untuk mengongsikan pengalaman dan pandangan beliau mengenai perjalanan PRU ke 12 tersebut. Sesi mejabulat di pengerusikan oleh Malai Hassan Haji Malai Othman, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa dan Keamanan.
Di sesi tersebut beliau antara lain menekankan pentingnya kebijaksanaan, kepekaan dan hubungan baik dan persefahaman antara parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) sebagai antara rempah-rempah penting survival sesbuah pertubuhan siasah.
|
YB Dr Haji Mohd Fuad, yang telah melalui zaman kanak-kanak dan membesar di Brunei dari 1957 hingga 1974, juga menekankan pentingnya sesebuah parti politik menyediakan laluan yang efektif untuk barisan pelapis mewarisi semangat perjuangan bukan hanya semata-mata untuk mewarisi kepimpinan.
Katanya dalam mempersoalkan kesan dari PRU 12 yang menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi dan juga kehilangan 5 negeri dan satu wilayah, perhatian haruslah di tumpukan kepada persoalan apa dan di mana salah dan silapnya bukan hanya kepada siapa yang salah.
Dalam hal ini katanya antara punca yang membawa musibah kepada UMNO ialah terlalu selesa dengan kedudukannya hingga lalai dan leka terhadap tren perubahan semasa cara berfikir dan bertindak pengundi-pengundi terutama sekali dari kalangan golongan muda dan masyarakat bloggers yang telah muncul sebagai dimensi kuasa baru yang berpengaruh untuk menentukan hala tuju pandangan umum.
Belaiu juga menyentuh mengenai kemunculan NGO-NGO yang telah berjaya memainkan peranan yang lebih berkesan menentukan agenda politik negara dan dalam mempengaruhi pemikiran rakyat.
Juga turut di sentuh ialah perubahan senario politik di Malaysia yang semakin menolak parti-parti politik yang 'chauvinistic' lantas menghendaki parti politik yang mewakili berbilang bangsa dan kaum.
Instiusi raja dan peranannya dalam senario politik di Malaysia terutama sekali selepas PRU 12 juga turut di bincangkan di sesi perbincangan meja bulat tersebut.
Di sesi tersebut beberapa ahli-ahli MT dan Lembaga Penasihat NDP telah mengajukan bebrapa persoalan yang jelas menggambarkan kerisauan rakyat di negara ini terhadap pergolakkan politik di negara jiran dan bersahabat Malaysia yang sangat mencabar.
Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Moshidi Othman dalam hujah mengolong sesi perbincangan tersebut menekankan pentingnya hubungan persaudaraan yang erat antara Brunei dan Malaysia di perkukuhkan lagi di peringkat rakyat akar umbi melalui hubunbgan baik antara pergerakkan-pergerakkan siasah yang berdaftar di kedua-dua buah negara.
Beliau meluahkan pandangan bersetuju dengan Dr Haji Mohd Fuad betapa pentingnya mewariskan semangat dan ideologi-ideologi perjuangan kebangsaan kepada pelapis-pelapis dari kalangan generasi baru.
Beliau meluahkan kerisauan betapa hubungan pesaudaraan antara Brunei dan Malasia akan terjejas jika sekiranya kita gagal menanamkan ideologi dan semangat perjuangan kebangsaan kepada generasi baru yang mungkin akan lebih mementingkan kepentingan semasa nasional dari kepentingan hubungan persaudaran yang telah di ikat oleh sejarah, kebudayaan dan nilai-nilai murni perjuangan kebangsaan yang lalu.