MENUJU KE ARAH WAWASAN BRUNEI 2035

Masalah memiliki tanah perusahaan antara punca mempelbagai ekonomi lembab

 
 

LIMBARUH HIJAU 16 JUN 2008 - PIHAK Kerajaan nampaknya perlu meneliti semula dasar penggunaan tanah-tanah untuk perusahaan dan industri jika hasrat untuk mempelbagai ekonomi bukan minyak dan gas ingin di capai dalam usaha menuju ke arah Wawasan Brunei 2035.

Dalam perkataan lain negara perlu mempunyai dasar pemilikkan tanah perusahaan yang lebih mesra pengusaha dan pelabor. Dengan adanya dasar sedemikian akan dapat memudahkan sektor swasta mendapatkan modal tanah selain dari modal kewangan yang merupakan antara kunci kejayaan perusahaan dan pelaburan mereka.

Dalam masa sama kejayaan mereka akan menyumbang ke arah kejayaan dasar negara untuk mempelbagai ekonomi bukan minyak dan gas di negara ini.

Ini mengambil kira dapatan kajian perunding dari Centennial Asia Advisers Singapura yang mendedahkan antara hambatan yang melembabkan usaha mempelbagai ekonomi negara ialah kemudahan untuk sektor swasta dan pelabor mendapatkan tapak perusahaan di negara ini.

Kata Manu Bhaskaran yang telah di berikan mandat oleh CSPS (Pusat Kajian Dasar dan Strategi) untuk mengkaji semula usaha mempelbagai ekonomi negara, sejumlah 95.4 peratus tanah di negara ini di bawah milik kuasa dan kawalan Kerajaan manakala hanya 2.37 peratus di miliki oleh Bumiputeras (Melayu Brunei), 0.11 peratus di miliki oleh bukan Bumiputeras dan selebihnya iaitu 2.12 peratus tidak jelas kedudukannya.

Nisbah tanah milik kerajaan yang besar ini, tambah Bhaskaran di sesi perbincangan meja bulat anjuran bersama CSPS dan Asia Inc Forum baru-baru ini, boleh di lihat sebagai antara penyumbang kepada kelemahan sektor swasta untuk sama-sama menjayakan program mempelbagai ekonomi negara.

Sementara itu kajian juga mendapati selain kemudahan untuk mendapatkan modal kewangan dan modal tanah, elemen-elemen berikut juga antara lain punca melembabkan usaha mempelbagai ekonomi:

1- Kegaggalan negara menyediakan prasarana bagi pembekalan tenaga kuasa yang di perlukan untuk menjana perkembangan industri.

2- Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) masih lemah

3- Sektor pendidikan masih belum berupaya penuh menghasilkan anak-anak Brunei yang berpendidikan tinggi dan berkemahiran untuk dijadikan modal insan yang di perlukan dalam menjana ekonomi yang lebih kukuh dan dnamik.

4- Sistem Pengurusan dan Pentadbiran yang kurang efisyen termasuk isu birokrasi dan perlunya pembaharuan dalam perhidmatan awam.

5- Kurang ketelusan dan kesepaduan dalam sistem pengurusan dan pentadbiran

6- Proses membuat keputusan

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.