LIMBARUH HIJAU 20 JUN 2008 - PERINGKAT AWAL KONGRES Agung Tahunan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) bagi kali ke 3 akan bermula hari ini Jumaat 20 Jun 2008 dengan Himpunan Hal Ehwal Non-Muslim, Pemuda dan Wanita bersidang di Bangunan Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) di Ibu Kota Bandar Seri Begawan.
Persidangan Himpunan Hal Ehwal Non-Muslim, Pemuda dan Wanita buat kali ke3 bagi tahun 2008 - 2009 itu akan bermula jam 9 pagi ini.
Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman di jangka hadir selaku tetamu kehormat untuk merasmikan persidangn tersebut.
Di sebelah tengah hari Himpunan Hal Ehwal Non-Muslim, Pemuda dan Wanita di jadualkan akan memulakan persidangan mereka secara berasingan.
Antara agenda persidangan himpunan-himpunan tersebut ialah membentangkan dan mengesahkan Peringatan / Minit Kongres Tahunan Ke 2 bagi tahun 2007 - 2008, membentangkan dan mengesahkan Laporan Perjalanan Parti bagi tahun 2007 - 2008 dan juga membentangkan dan membahaskan usul yang akan di bawa ke Kongres Agung Tahunan NDP kali ke 3.
Persidangan hari ini merupakan permulaan perjalanan Kongres Agung Tahunan kali ke 3 yang akan di rasmikan esok 21 Jun 2008.
Kongres Agung Tahunan kali ke 3 di jadualkan akan di adakan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) Berakas.
Lebih 1000 orang pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli akar umbi dari segenap pelusuk negara di jangka akan hadir di majlis perasmian tersebut.
Juga di jangka hadir ialah tetamu-tetamu khas yang terdiri dari Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Duta-Duta dan wakil-wakil dari kedutaan-kedutaan asing yang berpejabat di negara ini.
Pemimpin-pemimpin persatuan-persatuan dan badan-badan bukan kerajaan juga telah di jemput sama untuk menghadiri majlis perasmian Kongres Agung Tahunan NDP kali ke 3 itu.