|
|
| |
 |
|
| |
| PERJALANAN KONGRES AGUNG TAHUNAN NDP KE 3...................... hari ke 3 |
Kongres Agung Tahunan NDP berakhir dengan jayanya |
|
|
| |
LIMBARUH HIJAU 23 JUN 2008 - KONGRES Agung Tahunan NDP kali ke 3 yang berlangsung di Dewan Utama Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas sejak 21 Jun 2008 berakhir dengan jayanya kelmarin dengan meluluskan lapan usul-usul utama yang di bahaskan, 5 usul khas yang di bentangkan dan lebih 50 usul-usul peringkat daerah yang di sahkan. |
Lapan usul-usul utama yang di bentangkan dan di bahaskan serta di luluskan oleh dewan kongres menyentuh isu-isu Pembaharuan Politik, Wawasan Brunei 2035, Pembangunan PKS (SME), Keselamatan Permakanan, Dasar Pembruneian Syarikat Minyak Brunei Shell, Isu Kemiskinan, Isu Perumahan dan usul Memertabatkan Kaum Wanita Brunei Darussalam.
 |
Sementara itu dewan kongres juga mendengarkan pembentangan usul-usul khas dari Daerah Brunei-Muara, Tutong dan Temburong yang antara lain menyentuh isu Pembinaan Jalan Dan Jambatan Menghubungkan Daerah Temburong Dengan Bandar Seri Begawan, Usul Menaiktaraf Dan Membangunkan Daerah Temburong, Usul Rekonsilisasi Nasional, isu banjir di Daerah Tutong dan Isu perhutanan.
Juga turut di terima dan di sahkan untuk penelitian selanjutnya ialah lebih 50 usul- |
 |
usul peringkat Daerah yang banyak menyentuh mengenai isu-isu kemaslahatan masyarakat tempatan di daerah masing-masing.
Kongres Agung Tahunan NDP kali ke 3 berlangsung di Dewan Utama Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) di Berakas.
181 orang perwakilan dari 19 buah ranting NDP di seluruh negara, 30 perwakilan dari Majlis Tertinggi, 8 perwakilan dari biro-biro dan jawatankuasa lantikan Majlis tertinggi, 10 perwakilan dari Himpunan Non-Muslim, 10 perwakilan dari Himpunan Pemuda, 10 perwakilan dari Himpunan Wanita (HAWA) dan 71 pelapis perwakilan menyertai kongres tersebut.
|
 |
Kongres Agung Tahunan NDP kali ke 3 di rasmikan di hari pertama dengan di hadiri oleh hampir 1000 orang ahli-ahli dan kepimpinan parti. Tetamu-tetamu undangan yang terdiri dari wakil-wakil dari kedutaan-kedutaan asing di Negara Brunei Darussalam iaitu dari Kedutaan Amerika, Britain, Australia, Jerman, France, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Laos, Iran dan Jepun juga turut hadir untuk menyaksikan acara perasmian kongres tersebut.
Perasmian di sempurnakan oleh Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP dengan ucapan
|
 |
dasar yang sangat padat dengan harapan, seruan dan dasar parti dalam berbagai bidang yang merangkumi reformasi politik, pindaan perlembagaan, Wawasan Brunei 2035, kepentingan Melayu Brunei, pembangunan insaniah, kemiskinan, keutuhan bangsa dan negara, jaminan sosial, perumahan rakyat, keselamatan permaknanan, cabaran terhadap Islam dan isu hubungan serantau dan antarabangsa.
Di sebelah tengah harinya perwakilan-perwakilan dari ranting-ranting di berikan kesempatan untuk membahaskan ucapan dasar Presiden.
Di hari kedua Kongres di teruskan dengan pembentangan dan perbahasan 8 usul-usul utama, pembentangan usul-usul khas dan juga menerima dan mensahkan lebih 50 usul-usul peringkat daerah.
|
Kongres Agung Tahunan di akhiri dengan capan penangguhan oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi, ketua-ketu biro, pengerus-pengerusi jawatankuasa lantikan MT, Setiausaha Agung, Timbalan Presiden dan Presiden parti.
Kongres perwakilan di hari kedua tersebut yang bermula dari 9 pagi berkahir tepat pada jam 11.15 malam 22 Jun 2008.
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|