Lembaran sejarah baru bagi NDP yang sudah berusia hampir 3 tahun ini, di catat kelmarin dengan satu majlis memperkenalkan cokmar Kongres Agung NDP yang telah siap di hias dengan ukiran-ukiran indah dari bahan perak dan emas tulin.
Cokmar Kongres Agung NDP yang asalnya di perbuat dari kayu Madang Sisik yang di perolehi di Daerah Temburong telah di gunakan buat pertama kalinya di Kongres Agung NDP kali ke2 tahun lepas.
Reka bentuk asalnya sangat sederhana dengan ukiran-ukiran yang indah dan di salut dengan ukiran perak di beberapa bahagian cokmar sahaja. Selepas selesai kongres tersebut cokmar telah di perindahkan lagi dengan ukiran-ukiran yang ada di saluti pada keseluruhannya dengan tinta perak dan emas tulin.
Cokmar yang berwajah baru dan sangat indah itu kelmarin di bawa masuk ke Anjung Syura, dewan persidangan NDP pusat oleh Awang Haji Zapar, pereka cokmar dan selaku Dewan Bentara. Beliau menyerahkannya kepada Haji Wan Zain Tunku Ali, Pengerusi Panitia Kongres Agung ke 3.
Beliau seterusnya menyerahkan Cokmar kepada Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy sebelum ianya di serahkan kepada Pengerusi Tetap Kongres Agung NDP, Awang Haji Abdul Rahman Yusuf.