KUALA BELAIT, 3hb Julai 2009- BARISAN kepimpinan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) bagi sesi 2009-2012 diseru agar berusaha sebaik mungkin menterjemah sokongan mereka terhadap ucapan dasar presiden di Kongres Agung Tahunan NDP kali ke-4 yang menyentuh akan perlunya barisan kepimpinan parti yang baru mentransformasikan gaya kepimpinan diri dan organisasi kepada yang lebih baik.
 |
"Kita semua telah sebulat suara menyokong ucapan dasar presiden di kongres yang baru lepas terutama yang menyentuh mengenai perlunya kita mentransformasikan gaya kepimpinan diri dan organisasi kepada yang lebih baik".
"Kita bersetuju perubahan menyeluruh yang disarankan presiden bukan satu 'option' tetapi satu kemestian jika kita benar-benar berhasrat untuk melihat NDP akan lebih maju lagi", tegas Malai Hassan Othman, Timbalan Presiden NDP di Majlis Kesyukuran Badan Perhubungan Daerah Belait. Majlis telah diadakan di Kediaman Ketua Biro Agama Perhubungan Belait Awang Haji Sulaiman Duraman pada malam Jumaat lalu.
|
Untuk memboktikan bahawa sokongan yang kita suarakan itu bukan retorik, tambah Malai Hassan Othman, maka adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menterjemahkannya melalui gaya kepimpinan dan gerak-gerak kerja yang akan dilaksanakan.
Sementara itu Naib Presiden NDP Daerah Belait Saudara Sulaiman Metarsad, dalam ucapan alu-aluan beliau pula menyeru kepada semua ahli-ahli Majlis Tertinggi daerah Belait yang baru supaya menanamkan sikap bekerjasama, saling menghormati, dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah demi cintakan parti dan sekaligus perjuangan demi bangsa, negara dan agama.
Beliau juga merakamkan penghargaan dan terima kaseh kepada majlis-majlis tertinggi yang lama dan menyeru kepada mereka supaya terus memberikan sokongan dan kerjasama demi kemajuan dalam ap jua bidang di daerah Belait khususnya dan seluruh negara pada amnya di dalam parti ini.
“Saya berharap janganlah Saudara-Saudara merasa rendah hati dan mengangap sudah tidak lagi diperlukan biarpun tidak lagi memegang jawatan tersebut tetapi saudara-saudara sekelian masih mempunyai peranan dalam partai yang kita cintai ini” katanya.
Turut hadir sama di majlis tersebut ialah Ketua Himpunan Pemuda Pusat Ak Sharilan Pengrian Ahmad, Ketua Himpunan Wanita Pusat Saudari Hjh Sa’emah Hj Kepli, Majlis-Majlis Tertinggi Daerah Belait, Badan Penasihat Saudara Haji Awang Damit Chuchu, dan ahli-ahli jawatankuasa Badan Perhubungan Daerah Belait serta beberapa orang ketua-ketua ranting daerah Belait.
Majlis itu antara lain bertujuan untuk mengeratkan tali siratulrahim di kalangan pemimpin dengan ahli-ahli di bawahnya, meraikan ahli-ahli Majlis Tertinggi Baru daerah Belait dan mengucapkan penghargaan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lama.
Doa selamat dan kesyukuran telah dibacakan oleh Ketua Biro Agama Badan Perhubungan Belait Tuan Haji Sulaiman bin Duraman.