Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Sembahyang lima waktu, tiang agama Islam

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai 2009 - Peristiwa Israk Mikraj adalah bertepatan dengan perintah sembahyang lima waktu yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala di Sidratul Muntaha melalui Nabi Muhammad Salallahu 'Alaihi Wasalam ketika diisrakkan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan dimikrajkan ke langit menuju Sidratul Muntaha.

Dalam peristiwa itu baginda Rasulullah telah menerima perintah dari Allah Subhanahu Wata'ala mengenai sembahyang, di mana ibadat sembahyang lima waktu adalah yang paling utama bagi umat Islam sehingga ia disebut sebagai tiang agama dan terlalu istimewa.

Kewajipan ibadat tersebut sangat ditekankan dalam agama Islam dan merupakan amal perbuatan yang pertama sekali akan dihisab oleh Allah Subhanahu Wata'ala di akhirat kelak.

Perkara ini dijelaskan dalam Khutbah Jumaat melalui mimbar di seluruh negara yang menyeru umat Islam supaya mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu dan sentiasa melaksanakan dan memelihara ibadat sembahyang dengan sempurna.

Umat Islam juga diseru supaya jangan meninggalkan sembahyang dengan sengaja kerana hukumnya adalah berdosa besar dan Allah Subhanahu Wata'ala telah menjanjikan seksaan yang pedih kepada mereka yang meninggalkan sembahyang lima waktu di akhirat kelak.

Umat Islam di negara ini juga diseru supaya memperingati peristiwa Masyitah, tukang rambut anak Firaun yang merupakan seorang yang sangat teguh keimanannya dan sangat tegas dalam mempertahankan akidahnya sehingga sanggup mengorbankan diri dan keluarganya demi mempertahankan tiang agama Islam.

Masyitah telah dipaksa untuk mengakui Firaun sebagai Tuhan sebenar, tetapi dengan penuh keberanian dan keyakinan, Masyitah tetap mengatakan “Tuhan aku dan Tuhan kamu ialah Allah”.

Keberanian Masyitah itu menimbulkan kemarahan kepada Firaun, dan seterusnya memerintahkan supaya Masyitah dan keluarganya dihumban ke dalam kawah tembaga yang berisi minyak lalu dipanggang di atas api yang panas menggelegak.

Peristiwa Masyitah ini, jelas Khubtah Jumaat hari ini, perlu jadi ikhtibar dalam mempertahankan akidah Islamiah agar ianya menjadi dasar pegangan yang kukuh di dalam kehidupan.

Kerana tanpa kekuatan akidah Islamiah, manusia akan berada di dalam kehancuran dan kerosakkan sebagaimana yang telah terjadi kepada umat Islam terdahulu yang telah dilaknat oleh Allah Subhanahu Wata'ala. (DIPETIK DARI PELITA BRUNEI)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.