LIMBARUH HIJAU 9 JULAI 2009 - DALAM usia baru empat tahun Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah melakar sejarah baru dengan menubuhkan sebuah institusi yang dekenali sebagai Institut Pemikir Strategik dan Pengembangan MIB (PEMIKIR NDP).
Perkembangan signifikan ini diumumkan oleh Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy di mesyuarat khas Dewan Harian pada 7 Julai 2009 baru lalu.
Di mesyuarat tersebut Dewan Harian dimaklumkan Institut Pemikir NDP merupakan sebuah badan tersendiri di bawah Jabatan Presiden yang dicadangkan akan di ketuai oleh sdra Mahmud Morshidi Othman, Mantan Timbalan Presiden NDP.
Dua jabatan akan dibentuk dibawah Institut Pemikir NDP iaitu Jabatan Pemikir Strategik dan Pengembangan MIB dan Jabatan Pembangunan Modal Insan.
Jabatan Pemikir Strategik dan Pengembangan MIB akan berperanan sebagai pusat pengkajian dasar dan strategik, pengembangan konsep Melayu Islam Beraja dan kaitannya dengan Negara Zikir, serta pengkajian dasar-dasar dan isu-isu semasa yang berkaitan pembangunan bangsa dan negara dalam skop yang luas meliputi antara lain bidang ekonomi, politik dan sosial.
Dengan adanya nanti sokongan dan bantuan agensi-agensi kerajaan dan pihak-pihak berkenaan yang lain untuk mengongsikan maklumat-maklumat, data-data dan statistik-statistik yang diperlukan, dapatan dari hasil pengkajian ini Insya Allah akan dihadapkan kehadapan majlis KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Dipertuan Negara Brunei dan kerajaan baginda sebagai sumbangan pandangan dan idea dari rakyat melalui pelantar NDP.
Sementara itu Jabatan Pembangunan Modal Insan pula akan berperanan menyediakan program-program pendidikkan, latihan-latihan kemahiran, menyediakan pakar dan perkhidmatan yang diperlukan untuk membantu ahli-ahli serta barisan kempimpinan parti memperkasa keupayaan di berbagai bidang termasuk di bidang politik, pengurusan organisasi dan di bidang ekonomi.
Selain itu Jabatan ini juga akan membantu parti melahirkan pendakwah-pendakwah parti selaras dengan pendekatan politik parti iaitu parti politik yang berdakwah dan berdakwah melalui pergerakkan politik dalam usaha merealisasikan wawasan parti menjadikan negara Brunei sebuah negara 'Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghaffur'.
Dalam lain perkataan Institut Pemikir NDP akan berefungsi selaku sebuah badan yang tersendiri (separate entity) yang boleh memberikan perkhidmatan sokongan dan tambahan dari segi pemikiran dan kepakaran kepada biro-biro dan jawatankuasa-jawatankuasa dalam Majlis Tertinggi.
Timbalan Presiden NDP, Malai Hassan Othman di mesyuarat khas tersebut mengalu-alukan inisiatif Ayahnda Presiden NDP dan berkata ianya selaras dengan hala tuju NDP di bawah barisan kepimpinan parti yang baru bagi sesi 2009 -2012 untuk mememberikan tumpuan di dua bidang iaitu pendidikkan untuk meningkatkan kefahaman dan memperkasa keupayaan berpoliitik ahli-ahli dan pengembangan ekonomi ahli-ahli parti.
Mesyuarat khas Dewan Harian juga diadakan Ayahnda Yasin Affandy untuk mengumumkan keputusan beliau melantik ahli-ahli Majlis Tertinggi yang terpilih di kongres baru lepas untuk mengetuai jawatan-jawatankuasa dan biro-biro dalam parti.
Dewan Harian di sesi yang sama juga bersetuju untuk mengekalkan beberapa orang ahli Majlis Tertinggi yang lama dan Pengerusi-Pengerusi lama jawatankuasa dalam Majlis Tertinggi yang tidak bertanding dalam Pemilihan Umum 2009, selaku ahli lantikkan dalam Majlis Tertinggi.
Menurut Timbalan Presiden NDP, keputusan yang dicapai di mesyuarat khas Dewan Harian tersebut akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi pada 13 Julai ini untuk makluman dan pengesahan ahli-ahli.