Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Perkembangan baik di Ukong

LIMBARUH HIJAU 7 JULAI 2009 - AHLI-AHLI Majlis Eksekutif Ranting (MER) serta ahli-ahli biasa bagi Ranting Ukong 2 mendapat pujian atas inisiatif mendepani hasrat Presiden NDP untuk melihat transformasi menyeleuruh dari gaya kepimpinan dan organisasi berlaku dalam parti di tahun-tahun mendatang ini.

"Saya berbangga menyaksikan MER Ranting Ukong 2 berjaya mengadakan mesyuarat pertama dengan penuh berdisiplin dan teratur selepas Kongres Agung Tahunan NDP diadakan. Inisiatif untuk mengadakan mesyuarat tanpa berlengah-lengah ini merupakan satu petanda baik. Ia menunjukkan terdapat kesedaran dan hasrat dikalangan barisan kepimpinan dan ahli-ahli ranting untuk maju kehadapan memantapkan organisasi di peringkat akar umbi", ujar Malai Hassan Othman, Timbalan Presiden NDP yang turut menyaksikan Ranting Ukong 2 mengadakan mesyuarat pertama di rumah Awang Buah bin Nipa, Ketua Ranting Ukong 2.

Inisiatif sedemikian, tambahnya, selaras dengan seruan Presiden NDP dalam ucapan dasar Kongres Agung Tahunan NDP kali ke-4 yang di bacakan oleh mantan Timbalan Presiden, sdra Mahmud Morshidi Othman, agar barisan kepimpinan parti mentransformsikan secara menyeluruh gaya kepimpinan dan organisasi kepada yang lebih baik.

Naib Presiden NDP Tutong, Awang Haji Hanafi bin Haji Mohd. Daud juga turut berucap merakamkan tahniah kepada Ketua Ranting Awang Buah bin Nipa dan ahli-ahli MER serta ahli-ahli ranting atas kejayaan mengadakan mesyuarat pertama mereka.

Juga turut berucap memberikan sedikit pandangan dan kata nasihat ialah Awang Haji Ismail bin Ibrahim, Awang Mantar Perayam dan Awang Haji Mustafa bin Abidin, ahli Majlis Tertinggi parti.

Dayang Hajah Saemah Haji Kefli, Ketua Himpunan Wanita NDP yang juga di jemput memerhati berlangsungnya mesyuarat tersebut turut diberikan kesempataan untuk memberikan sedikit ucapan.

Dikesempatan tersebut beliau mengongsikan perancangan yang telah disusun oleh HAWA untuk memajukan ahli-ahli HAWA di tahun-tahun mendatang ini.

Sementara itu di majlis tersebut sijil-sijil dan cendera hati Hari Perbarisan sempena merayakan Hari Kebangsaan pada 23 Februari lalu juga di sampaikan kepada peserta-peserta dari Ukong.

Ahli-ahli baru parti juga turut menerima sijil-sijil keahlian mereka di majlis tersebut.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.