Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

PIHAK KERAJAAN PERLU LEBIH KOMITED MENANGANI ISU ALAM SEKITAR

LIMBARUH HIJAU 4 JULAI 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) berpandangan pihak-pihak berkenaan dalam keajaan perlu lebih komited dan serious lagi dalam menangani isu alam sekitar di negara ini dengan secara bersepadu.

Sejauh ini apa yang NDP nampak ialah usaha menangani isu alam sekitar perlu peningkatan menyeluruh di semua peringkat pembangunan negara.

"Kejadian banjir dan tanah susur berlaku di beberapa kawasan baru-baru ini. Manakala di beberapa buah tempat pula berlaku mendapan mukabumi yang mengakibatkan limpahan air yang tinggi setiap kali air pasang".

"Semua kejadian ini seharusnya diterima dengan penuh keinsafan dan diambil iktibar", tegur Presiden NDP dalam ucapan dasar Kongres Agung Tahunan NDP kali ke-4. Teks ucapan dasar disampaikan oleh sdra Mahmud Morshidi Othman, Mantan Timbalan Presiden NDP di majlis perasmian kongres pada 19 Jun 2009 di Dewan ICC Berakas.

Tambah Presiden NDP,"Kita seharusnya sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan berulangnya lagi sebarang  bencana atau  musibah".

Dalam hal ini, jelas Presiden NDP, Manifesto Parti Pembangunan Bangsa (NDP) 2006-2016 telah memberikan cadangan antara lain supaya pihak-pihak berkenaan mengenalpasti serta mencegah segala aktiviti di negara ini yang mungkin memberi kesan atau menyumbang kepada pencemaran, penghakisan dan kemusnahan alam sekitar sama ada di atmosfera, sungai-sungai, laut dan pantai dan keseluruhan ekosistem Negara.

"Pihak-pihak yang berwajib hendaklah sentiasa mengambil kira faktor pencemaran dan alam sekitar secara serius dalam sebarang usaha untuk memajukan atau membangunkan Negara", tegas Presiden NDP.

Beliau seterusnya menyarankan agar kajian secara objektif dan telus mestilah diadakan sebelum sebarang projek pembangunan atau projek mega dimulakan, agar kesejahteraan rakyat Kebawah DYMM dan generasi akan datang, serta alam sekitar tidak akan terjejas dan lebih terjamin.

"NDP juga telah memberikan peringatan awal di dalam Manifesto itu agar pihak berwajib menggubal dan menguatkuasakan undang-undang yang mewajibkan perlaksanaan kajian kesan alam sekitar (environmental impact assessment) semasa di tahap cadangan apa-apa jua projek atau aktiviti yang akan mengubah bentuk mukabumi (shape of terrain) dan atau merubah keadaan persekitaran, dan aktiviti yang berkaitan dengannya", kata Presiden NDP lagi.

"Ini bagi mempastikan isu-isu perlindungan alam sekitar dan kesihatan awam diberi pertimbangan sewajarnya dalam projek sedemikian dan yang paling utama ialah untuk menjamin generasi kini dan akan datang dapat terus menikmati alam sekitar dan kehidupan sihat".

NDP juga, tambah Presiden NDP, menyarankan di dalam Manifesto tersebut agar pihak-pihak berkenaan mempastikan pengurusan dan pemuliharaan hutan dan bukit bukau dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan amanah bagi mempastikan terpeliharanya alam sekitar sebagai  satu  warisan dan khazanah Negara untuk dimanfaatkan oleh generasi akan datang.

Sehubungan dengan ini, kata Presiden NDP, NDP turut mengambil kesempatan untuk mengingatkan betapa perlunya kawal selia yang ketat terhadap hutan belantara, sungai-sungai dan bukit bukau, lembah dan paya yang dijangka bakal diperolehi (melalui kemasukan wilayah baru) apabila isu persempadanan Brunei-Sarawak diselesaikan tidak berapa lama lagi

"Di samping itu, pihak-pihak berkenaan juga perlu menyediakan pelan tindakan kawalan terhadap jangkaan kejutan budaya dan agama dari kalangan saudara-saudara dari wilayah baru yang kemungkinannya akan menjadi warga baru Brunei. Insyaallah", seru Presiden NDP.

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.