Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

NDP mulakan bulan perayaan

LIMBARUH HIJAU 2 JULAI 2009 - Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kelmarin berkesudian menghadirkan diri menceriakan majlis menandakan bermulanya program bulan perayaan kelolaan NDP sempena hari ulang tahun ke-63 keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Bagind Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.

Majlis diadakan di surau Limbaruh Hijau dan dihadiri lebih 30 orang ahli-ahli parti. Timbalan Presiden NDP, Malai Hassan Othman, Naib Presiden Brunei-Muara, Awang Haji Mohiddin Pengarah DP Haji Othman, Naib Presiden Tutong, Awang Haji Hanafi bin Haji Mohd Daud, Naib Presiden Temburong, Awang Haji Zaini bin Bakar serta beberapa ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lain dari ke-empat-empat daerah juga turut hadir untuk menjayakan majlis tersebut.

Awang Haji Mohammad Bin Haji Yassin, Timbalan pengerusi Tetap juga turut hadir di majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan majlis bertahlil diikuti dengan bacaan do'a selamat sebelum majlis bertedarus dimulakan.

Dengan sempurnanya majlis tersebut menandakan bermulanya parti melalui Badan-Badan Perhubungan Daerah, Ranting-Ranting dan Biro-Biro mengisikan hari-hari di bulan perayaan dengan aktiviti-aktiviti keagamaan, keraian, majlis ilmu dan projek kebajikkan masing-masing.

Matlamat akhir program ini ialah untuk memanamkan rasa kecintaan dan ketaatan rakyat kepada Baginda Sultan dengan menterjemahkan semangat murni itu melalui gerak-gerak kerja dan aktiviti yang bermenafaat.

Sementara itu di sebelah pagi, Timbalan Presiden NDP, Malai Hassan Othman bersama Naib Presiden Brunei-Muara, Awang Haji Mohiddin Pengarah DP Haji Othman, selaku wakil Presiden NDP turut hadir di Upacara Pegibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam di lapangan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah..

Upacara dirasmikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adnan selaku Penasihat Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduak Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei darussalam ke-63 tahun.

Upacara bermula dengan 63 orang Pembawa Bendera Besar Negara Brunei Darussalam terdiri dari Anggota-anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dan Jabatan Penjara bergerak masuk diiringi oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja Brunei (PDB).

Pasukan Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam yang terdiri dari Anggota-anggota Tentera Laut Diraja Brunei juga bergerak masuk juga diiringi oleh Pasukan Pancaragam PDB. Setelah itu, penyerahan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam yang berukuran 3.7meter x 7.3meter disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan.

Majlis diserikan dengan lagu kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan lagu 'Bendera Negara Brunei Darussalam' yang dinyanyikan oleh pasukan koir terdiri dari 63 pegawai dan kakitangan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM), Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dan JBP dengan diiringi oleh Pasukan Pancaragam PDB.

Bendera Besar Negara akan berkibar megah di tengah-tengah ibu negara sehingga 31 Julai nanti dan mulai hari ini juga bermulalah pengibaran bendera sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-63.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.