UKONG, TUTONG 27 JULAI 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) akan terus mempertingkatkan usaha bagi mempastikan semua ranting-ranting parti yang terdapat di mukim-mukim dan kampong-kampong seluruh negara dapat memainkan peranan masing-masing sebagai rakan strategik pembangunan bangsa dan negara dengan lebih berkesan dan berdaya maju.
"Keberkesanan NDP dalam memainkan peranan sebagai rakan strategik kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Baginda akan hanya dapat dirasakan oleh semua hali-ahli dan masyarakat umum jika semua komponen dalam jentera parti terutama ranting-ranting yang mewakili ahli-ahli akar umbi dan masyarakat di kawasan masing-masing memainkan peranan dengan lebih berkesan".
"Untuk itu sangat perlu bagi NDP meningkatkan usaha bagi mempastikan semua komponen pengerak parti terutama di peringkat akar umbi bukan sahaja memahami perkara ini tetapi dalam masa sama berupaya menterjemahkannya dalam gerak kerja masing-masing", jelas Malai Hassan Othman, Timbalan Pressiden NDP di sesi muzakarah bersama ahli-Majlis Eksekutif Ranting dan ahli-ahli Ranting Ukong 1.
Dalam pada itu, tambah beliau, NDP pusat melalui Institut Pemikir Strategik dan Pengembangan MIB (PEMIKIR NDP) yang baru ditubuhkan dan juga melalui biro-biro yang berkenaan akan terus memberikan sokongan dan bantuan kepada ranting-ranting melalui program-program pendidikan, krusus-krusus induksi dan taklimat-taklimat politik bagi meningkatkan kefahaman dan komitmen barisan kempimpinan serta ahli-ahli akar umbi dalam sama-sama memperkukuh dan memajukan parti.
Dalam masa sama, katanya lagi, NDP pusat juga sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengemaskinikan lagi sistem pengurusan dan pentdabiran di semua peringkat bagi tujuan mempastikan semua komponen dalam parti dapat ditadbir dan diurus dengan lebih berkesan.
Sesi muzakarah diadakan di rumah sdra Abdullah Bahjou bin Abdullah Bundan, Pengerusi Tetap Ranting Ukong 1 merangkap Pengerusi Sekretariat Jawatankuasa Menyusur Desa. Ak Shahrilan bin Pg Ahmad, Ketua Himpunan Pemuda, Awang Haji Ismail bin Haji Ibrahim, Ketua Biro Kesejahteraan dan Kebajikan Insan (KeKin), Haji Mustafa bin Bidin, Timbalan Ketua Badan Perhubungan NDP Tutong, serta Awang Abdullah Peter bin Abdullah Saging, Ketua Biro Keselamatan dan Kecemasan serta beberapa ahli-ahli dari Ranting Ukong 2 dan Rambai juga turut hadir di sesi muzakarah tersebut.
Sdra Abdullah Bahjou di sesi yang sama juga turut menyeru barisan kepimpinan dan ahli-ahli NDP akar umbi di kawasan-kawasan pendalaman agar terus berusaha meningkatkan imej NDP dengan memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada ahli-ahli terutama masyarakat di sekeliling mereka.
Dikesempatan itu, beliau juga menasihatkan barisan kepimpinan dan ahli-ahli akar umbi untuk terus berusaha mendekati masyarakat di sekeliling mereka yang sebilangan besar masih meragui dan kurang faham dengan dasar dan perjalanan parti.
Sementara itu Dayang Hajah Saemah, Ketua Himpunan Wanita (HAWA) yang juga turut berucap merakamkan rasa syukur beliau melihat buat pertama kali seorang ahli wanita dalam NDP dipilih untuk menjadi Ketua Ranting.
Beliau mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tanhiah kepada Dayang Tan Melati binte Tan Malai yang telah dipilih menjadi Ketua Ranting Ukong 1.
Katanya ianya merupakan satu perkembangan yang positif dalam NDP yang turut memperjuangkan usaha memertabatkan wanita selaras dengan hasrat menghapuskan diskriminasi terhadap wanita di negara ini.
Beliau seterusnya menekankan bahawa HAWA akan terus berusaha membantu ahli-ahli wanita dalam NDP mempertingkatkan kebolehan bukan sahaja dibidang politik dan kemasyarakatan tetapi dalam masa sama mempertingkatkan keupayaan mereka di bidang ekonomi.