LIMBARUH HIJAU 5 JULAI 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) ikut menyerikan suasana bulan perayaan sempena hari ulang tahun keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam kali ke-63 tahun dengan menghias halaman Limbaruh Hijau, markas pusat parti di Jerudong dengan kibaran bendera-bendera Negara Brunei Darussalam dan Sang Setia serta kain-kain rentang ucap selamat hari ulang tahun keputeraan KDYMM.
Tahun ini NDP juga tidak ketinggalan menyerikan suasana Bandar Seri Begawan dengan menempah kain-kain rentang yang membawakan nama dan logo parti untuk di pasang dari kawasan berdekatan Istana Nurul Iman hingga ke pusat bandar.
|