Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

NBD terletak nombor 5, penggunaan dadah ATS rantau ini

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 5 Julai. - Negara Brunei Darussalam terletak di nombor kelima dalam penyalahgunaan dadah jenis Amphetamine –Type-Stimulants, (ATS) di rantau ini.

Kenyataan ini adalah menurut sumber dari United Nation Office on Drugs and Crime, (ONODC) Newsletter pada 7 Mei 2009, dalam buku “Remaja Bebas Dadah’ yang ditulis oleh Profesor Dr. Mahmood Nazar Mohamed dan Profesor Madya Dr. Sabitha Marican.

Jika dibandingkan dengan keadaan negara-negara Asia Tenggara lain dari segi prevalens penyalahgunaan dadah, keadaannya di Brunei tidaklah begitu serius, iaitu hanya 0.02 peratus dari rakyat negara ini menggunakan kanabis dan 0.01 peratus menggunakan dadah opiat jika dibandingkan dengan Filipina pada 6 peratus, Thailand pada tahap 0.8 peratus, Laos 0.7 peratus sementara Kemboja, Taiwan dan Malaysia masing-masing pada tahap 0.6 peratus.

Di rantau ini khususnya, kita masih banyak berhadapan dengan bekalan opiat yang menjadi pilihan lebih dari lima puluh peratus penagih dadah, tetapi kini dadah jenis ATS telahpun menular masuk melalui pintu-pintu sempadan negara dan memberi ancaman yang serius kepada rakyat di negara ini.

Menurut buku itu lagi, dadah jenis ATS mula diedar secara meluas di negara-negara Asia Tenggara sejak tahun 80’an hingga menjadikan zon ini sebagai pasaran utama ATS bermula dengan Thailand, Burma, Laos yang menghasilkan dadah Yaba atau pil kuda, Filipina dengan dadah syabu serta kemasukan dadah ecstasy dari Eropah, rantau ini mula mengaami kesan yang sangat serius dari lambakan dadah sintetik yang sungguh merbahaya. NBD tidak terkecuali dari ‘serangan’ seperti yang dinyatakan oleh Laporan Dadah Dunia, UNODC, 2008.

Sementara itu, Biro Kawalan Narkotik melaporkan bahawa jumlah tangkapan orang Melayu yang berkaitan dengan meningkat 664 dalam tahun 2007 kepada 500 bagi tahun 2008, dan perbandingan 307 kes kepada 207 kes yang tidak bekerja bagi tahun-tahun yang sama. Bagi mereka yang berumur di bawah umur 15 tahun, bilangan yang ditangkap juga meningkat dari 6 kepada 10 orang; tangkapan individu berumur 16-20 tahun meningkat dari 55 kepada 78; tangkapan individu berumur 21-25 tahun telah meningkat dari 100 kepada 113; dan tangkapan individu berumur 26-30 tahun turut meningkat dari 98 kepada 141 bagi tempoh yang sama.

Dari segi dadah utama yang disalahguna di Brunei, ianya adalah ATS yang mana lebih dari 90 peratus rampasan dadah pada tahun 2006 adalah jenis syabu. Dadah jenis kenabis merupakan dadah yang sering disalahguna oleh muda mudi di Brunei dan rampasan dadah jenis ioni nampaknya meningkat dan menurun sejak 2006.

Jikalau diperhatikan pada statistik rampasan dadah di NBD dari tahun 2000 hingga 2004, rata-rata didapati bekalan dadah yang ada dalam negara adalah berkurangan. Dadah jenis syabu berjaya dirampas pada tahun 2000 melepasi 1,600 gram telah berkurangan kepada hanya sekitar 300gram sahaja pada tahun 2004. Begitu juga bekalan lain semuanya berjaya diberkas oleh pihak berkuasa dan mengurangkan dadah dalam negara.

Dengan penglibatan Kerajaan bersama masyarakat sivil telah mengerakkan pelbagai aktiviti dan program pencegahan dadah meliputi kanak-kanak di bangku sekolah, remaja di peringkat menengah, di institusi pengajian tinggi, di tempat kerja dan orang awam sedikit sebanyak dapat mengurangkan insiden penggunaan dadah,di samping usaha jitu keluarga dan masyarakat amat diperlukan dan juga badan-badan bukan kerajaan (NG0) maka usaha kita untuk sama-sama membebaskan dadah akan dapat direalisasi selaras dengan matlamat rantau ASEAN Bebas Dadah tahun 2015. (Ehsan Pelita Brunei)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.