BELAIT 16 JULAI 2009 - WALAUPUN wabak Influenza A (H1N1) telah memaksa negara membatalkan semua program sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan KDYMM, namun ianya tidak dapat menghalang Parti Pembangunan Bangsa (NDP) untuk memeriahkan 15 Julai dengan program menyusur rumah-rumah ahli-ahli NDP yang bermasalah dan perlukan pemedulian.

Awang Aji bin Hj Omar Ali rasa gembira yang tidak terhingga mendapat kunjungan mengejut Ayahnda Presiden dan rombongan
|
|
Program menyusur rumah-rumah ahli-ahli NDP yang bermasalah yang bertemakan 'Menjunjung Kasih Anugerah Raja Kepada Rakyat' anjuran Biro Penerangan dan Hal Ehwal Awam dilancarkan kelmarin dengan kerjasama Badan perhubungan NDP Belait di daerah Belait oleh Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy.
Program tersebut disempenakan dengan sambutan Hari Ulang tahun Keputeraan KDYMM dan merupakan pendekatan NDP menterjemah kasih dan ta'at setia NDP kepada baginda Sultan yang sangat kasihkan rakyat.
Ianya juga merupakan inisiatif parti untuk menterjemahkan sokongan dan sambutan baik terhadap titah baginda pada 13 Julai 2009 di Mesyuarat Khas Majlis Bencana Kebangsaan (MBK) dan juga titah 15 Julai 2009 sempena Hari Puja Usia Keputeraan baginda kali ke-63.
Rumah pertama yang dikunjungi ialah rumah Awang Aji bin Haji Omar Ali, mantan ahli Majlis Tertinggi Belait merangkap Ketua Biro Alam Sekitar.
Awang Aji, 45 tahun, yang telah hilang nikmat penglihatan disebabkan komplikasi penyakit kencing manis dan tumor otak yang dideritainya juga merupakan salah seorang ahli protem NDP.
Alhamdullilah berkat kemurahan dasar kebajikkan kerajaan baginda Sultan, Awang Aji yang sudah kehilangan upaya untuk menyara hidup keluarga beliau mendapat bantuan kebajikkan dari pihak-pihak berkenaan.
Ayahnda Yasin Affandy apabila mendapat tahu perkara itu mengambil kesempatan merakamkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan atas sumbangan bantuan yang dihulurkan kepada Awang Aji dan keluarga.
|

Buah tangan untuk ahli warga emas yang kurang sehat
|
Dari rumah Awang Aji, rombongan Ayahnda Presiden yang terdiri dari Timbalan Presiden NDP, sdra Malai Hassan Othman, Naib Presiden NDP Belait, sdra Sulaiman Metrasad, Ketua Biro Penerangan dan Hal Ehwal Awam, sdra Haji Mohamad Ali, Ak Mohd Shahrilan Pg Ahmad, Ketua Himpunan Pemuda NDP, sdri Hajah Saemah, Ketua Himpunan Wanita (HAWA), sdra Ismail Kasim, Ketua Biro Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Arkib (KeKWa), Dayang Rosmee, ahli lantikan Majlis Tertinggi NDP Belait merangkap Timbalan Ketua HAWA, sadra Haji Sulaiman, Ketua Biro Agama Badan Perhubungan NDP Belait dan Awang Abd Rahman, ahli Exco Himpunan Pemuda, beredar berziarah ke rumah salah seorang ahli NDP warga emas yang kurang sehat.
|

Bergambar ramai bersama keluarga Dayang Hajah Rokiah Enchee
|
Seterusnya rombongan berkunjung ke barek tempat tinggal sementara Dayang Rokiah binte Enchee dan keluarga yang terinyaya akibat perlaksanaan projek perumahan Jabatan Perumahan Kementerian Pembangunan di Kampong Sungai Bakong, Lumut, yang kurang memberikan perhatian kepada isu kesejahteraan awam.

Awang Mohd Hirzam berdiri desebelah Presiden NDP
|

Isteri dan anak-anak Awang Mohd Hirzan mendapat perlindungan sementara dari Pejabat daerah Belait. Nasib masa depan rakyat yang masih kecil-kecil ini tidak terjamin disebabkan tidak mempunyai rumah tetap sendiri. Mereka hanya diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk berpindah dari kediaman sementara mereka di barek kerajaan Mumong
|

SATU KETENTUAN ALLAH....tidak disangkakan kunjungan Ayahnda Presiden ke rumah Awang Mohd Hirzan telah menemukan beliau dengan anak-anak kecil yang dimaklumkan kepada beliau adalah cucu kepada Allahyarham Awang Sulaiman Ahmad bekas pejuang kemerdekaan yang berasal dari Awat-Awat
|
Dari barek tumpang sementara Dayang Hajah Rokiah dan keluarga, rombongan berkunjung pula ke rumah tumpangan sementara Mohamad Hirzan dan keluraga, Bibi binte Apo dan keluarga, Saiful Rizal bin Kamis dan keluarga dan Majini bin Kamis dan keluarga. Mereka ini semua merupakan sebilangan kecil 40,000 keluarga yang tidak berumah di Negara Brunei Darussalam yang sementara waktu mendapat ehsan perlindungan dari Pejabat Daerah Belait.
|

Sdra Malai Hassan mendengarkan rintihan tiga buah keluarga mangsa angin ribut tahun lepas (Dayang Bibi binte Apo, Awang Saiful Rizal dan Majini bin Kamis) di kediaman sementara mereka di salah sebuah rumah kerajaan yang sudah usang di Kuala Belait
|
|
Program lawatan Presiden NDP dan rombongan di Belait berakhir pada jam 5.30 petang kelmarin, Menurut Ketua Biro Penerangan dan Hal Ehwal Awam program yang sama akan di teruskan lagi di Sungai Liang dan di daerah Tutong, Brunei-Muara dan Temburong sebagai salah satu aktiviti di bulan perayaan ini. |