Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Lepasan Pegawai Kadet ABDB setarap dengan negara luar

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 23 Julai.- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah lepasan Sekolah Pegawai Kadet Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) adalah setaraf dengan lepasan sekolah-sekolah pegawai kadet dari luar negara.

Gambar ehsan Pelita Brunei

Mereka mampu mencapai tahap kepimpinan, intelektual dan ketenteraan mengikut standard yang dikehendaki,” titah baginda selaku Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi ABDB di Upacara Perbarisan Diraja Sekolah Pegawai Kadet ABDB Pengambilan Pertama yang berlangsung di Perkhemahan Sungai Akar, di sini.

Namun apa yang penting, titah baginda sekolah berkenaan mestilah terus berusaha untuk mengekalkan keberkesanan dan kualiti pengajaran, kerana dengan cara ini sahaja, kita boleh meningkat lebih maju untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik.

Baginda berkeyakinan, lepasan Sekolah Pegawai Kadet ABDB ini, adalah setaraf dengan lepasan sekolah-sekolah pegawai kadet dari luar negara. Mereka mampu mencapai tahap kepimpinan, intelektual dan ketenteraan mengikut standard yang dikehendaki.

Baginda melahirkan keyakinan sekolah ini mampu menghasilkan para pegawai tentera yang akan menjadi pemimpin dan juga penyambung kepada usaha-usaha peningkatan ABDB.

Baginda difahamkan satu langkah awal merancang menempatkan Sekolah Pegawai Kadet ABDB ini di tapak yang baru dengan prasarana lebih moden, selaras dengan rancangan penubuhan Akademi Pertahanan nanti.

Bagi mencapai wawasan ini, titah baginda ke semua Pegawai Kadet, sama ada yang akan ditauliahkan menjadi Pegawai Tentera pada hari ini, mahupun yang masih menjalani latihan, dikehendaki supaya sentiasa bekerja keras dan menjaga disiplin di mana sahaja mereka berada atau ditempatkan.

“Jadilah role-model yang baik, bukan sahaja kepada anggota bawahan atau mereka yang dipimpin, malahan juga kepada masyarakat umum,” baginda mengingatkan.

Menurut baginda lagi adalah juga menjadi tanggungjawab masing-masing untuk memanfaatkan sepenuhnya ilmu dan kemahiran yang diperolehi, di samping pada waktu yang sama, akan terus berusaha meningkatkan lagi kualiti diri, sambil tidak lupa menjaga nama baik ABDB.

Baginda juga menegaskan dalam meniti tugas, semua pihak, jangan pula mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan diri, khasnya semasa menjalani latihan. Kerana memang diketahui bahawa latihan ketenteraan itu melibatkan aktiviti-aktiviti yang mencabar serta terdedah kepada risiko-risiko tinggi.

“Oleh itu, pihak sekolah khasnya, dan keseluruhan peringkat kepimpinan ABDB amnya, perlulah mengambil langkah-langkah mengurangkan risiko tersebut supaya latihan-latihan berjalan dengan baik dan sebarang kecederaan dapat dielakkan,” tegas baginda.

Semua kejayaan ini, pada hemat baginda tidak akan dapat dicapai sepenuhnya, tanpa adanya sokongan dan dorongan daripada ibu bapa dan keluarga masing-masing.

“Oleh itu, beta ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para ahli keluarga, khasnya mereka yang hadir pada hari ini. Kejayaan ini adalah merupakan kebanggaan kita semua,” tegas baginda. (Dipetik dari Pelita Brunei)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.