Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Jabatan Audit dapati negara rugi $190 juta

LIMBARUH HIJAU 3 JULAI 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) mengalu-alukan sikap keterbukaan Jabatan Audit dalam mendedahkan kelemahan pengurusan dan pentadbiran kerajaan hingga menyebabkan negara menanggung kerugian sejumlah lebih BND 190 juta.

Ketelusan Jabatan Audit itu mengambarkan ketulusan dan kesungguhan jabatan tersebut membantu mengemaskini pengurusan kewangan di sektor kerajaan yang selama ini jelas terdapat banyak ketirisan.

Menurut dapatan audit yang dijalankan oleh Jabatan Audit kelemahan pengurusan kewangan dan harta benda kerajaan sejak 2003 hingga 2009 menyebabkan kerajaan kerugian sebanyak $190.12 juta.

Seperti yang dilaporkan Media Permata di bawah tajuk 'Lemah Urusan Kewangan : negara Rugi $190 juta', bertarikh 3 Julai 2009, jabatan Audit percaya jumlah itu lebih besar jika jabatan berkenaan dapat mengaudit semua kementerian dan jabatan termasuk Pejabat Suruhanjaya Tinggi, Kedutaan Besar, Perwakilan Tetap dan Konsul Agung yang berjumlah 180 buah semuanya.

Pemangku Penolong Juruaudit Agung Tingkat 1, Pengiran Alit Pengiran Haji Damit dilaporkan telah mendedahkan perkara itu di Majlis Taklimat dan Bengkel Pelaksanaan Audit Dalaman bagi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan serta jabatan di bawah kementerian berkenaan. Sesi taklimat di adakan di Institut Perkhidmatan Awam (IPA) pada 2 Julai 2009.

Menurut Pengiran Alit kelemahan pengurusan kewangan dan harta benda kerajaan dibahagikan pada sembilan kategori dengan tiga teratas adalah pengurusan stor tidak teratur (lebih $73 juta), tuntutan belum dijelaskan (tunggakan) lebih $66 juta dan pengurusan sewa rumah kurang cekap dan kurang teratur yang berjumlah lebih $30 juta.

Enam kelemahan lain ialah pengurusan projek kurang cekap lebih $8 juta, perbelanjaan tidak teratur (hampir $8 juta), penyelewengan hasil (hampir $1.5 juta), pengurusan gaji/elaun tidak teratur (lebih $1 juta), wang taruhan belum dikembalikan (lebih $900,000) dan penyelewengan perbelanjaan lebih $700,000, tambahnya.

Beliau menyatakan pengurusan gaji dan elaun tidak teratur berlaku di 89 kementerian dan jabatan, diikuti pengurusan stor tidak teratur di 30 kementerian/jabatan dan 22 buah kementerian dan jabatan dalam kategori perbelanjaan tidak teratur adalah tiga kategori terbanyak dalam jumlah kementerian/jabatan yang melakukannya.

Tunggakan juga berlaku di 16 kementerian dan jabatan, wang taruhan belum dikembalikan di 10 kementerian dan jabatan, penyelewengan hasil (lima kementerian dan jabatan, penyelewengan perbelanjaan di lima kementerian dan jabatan, pengurusan sewa rumah kurang cekap dan kurang teratur di empat kementerian dan jabatan dan pengurusan projek kurang cekap pula di tiga kementerian dan jabatan.

Pada majlis taklimat dan bengkel yang disertai 80 peserta terdiri dari warga kerja Unit Audit Dalaman di kedua-dua kementerian dan jabatan di bawahnya itu beliau turut mendedahkan jumlah keseluruhan tunggakan hasil di semua kementerian dan jabatan ialah $466,791,562.53.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.