Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Himpunan Wanita adakan mesyuarat pertama

LIMBARUH HIJAU,Sabtu- 5hb Julai 2009 - JAWATANKUASA EXCO HIMPUNAN WANITA PUSAT (HAWA) bagi sesi 2009 hingga 2012 telah mengadakan Mesyuarat Pertamanya kelmarin di Dewan Syura Limbaruh Hijau Jalan Jerudong.

Seramai hampir 40 orang ahli-ahli wanita NDP daripada seluruh daerah juga turut menghadiri mesyuarat tersebut yang antara lain agendanya ialah menetapkan potfolio ke atas ahli-ahli exco yang baru terpilih pada sidang Himpunan Wanita melalui Himpunan Agung Himpunan Non Muslim, Pemuda dan Wanita yang telah diadakan pada 13hb Jun lalu di Dewan Utama Halim Plaza Tutong.

Mempengerusikan mesyuarat pertama Hawa Pusat itu ialah Ketua Himpunan Wanita Pusat Saudari Hjh Sa’emah Haji Kepli yang antara lain ketika berucap menyeru kepada ahli-ahli exco baru supaya menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan dengan penuh komitment dan amanah sepertimana yang sentiasa menjadi seruan dan saranan Pucuk Pimpinan sejak dari awal tertubuhnya NDP di persada arean politik di negara ini.

Beliau juga menerangkan secara rengkas berkenaan dengan ucapan dasar Ayahanda Presiden semasa Kongres Agung NDP 2009 yang lalu yang mahu melihat seluruh anggota NDP mencetuskan kejayaan melalui transformasi ke arah pemikiran dan pendekatan dalam semua hal berasaskan prinsip bijaksana, mengutamakan kerjasama, mesyuwarah, mempermudahkan segala urusan, cintakan ilmu, pendekatan berhikmah dan berhemah, membela kebenaran dengan berani, dan bertindak bersandarkan pengetahuan dan integreiti.

Mesyuarat hari itu juga telah menyaksikan bacaan ikrar daripada exco-exco yang baru terpilih dan potfolio telah ditetapkan oleh Ketua Himpunan Wanita Pusat untuk Timbalan Ketua Wanita Pusat di pegang oleh Saudari Rosme binti Haji Maidi, Naib Ketua Himpunan Wanita Pusat, Saudari Hajah Siti Zaleha binti Haji Tanjung, Setiausaha Saudarai Safiah binti Haji Zaini, Bendahari Saudari Saimah binti Haji Bakar, Ketua Perhubungan dan Hal Ehwal Awam Saudari Sofiah binti Haji Damit, dan empat ahli-ahli jawatankuasa exco biasa Saudarai Hajah Asmah binti Haji Pulut, Saudarai Rasiah binti Burut, Saudari Munah binti Junaidi dan Saudari Rohana binti Junaidi.

Manakala jawatankuasa penggerak HAWA Pusat pula terdiri daripada, Saudari Hajah Rosmahwati Abdullah, Hajah Jamilah Haji Ahmad, Noraini binti Mohamad, Chin Ngiu, Sakinah Maya Abdullah, Norsiah Haji Jumat, Sarinah Awang Adi, Hajah Jauyah Durahim, Hjh Siti Rauyah Haji Silim, Hajah Salmah Haji Jaafar, Pg Hjh Zabidah Pg H Daud, Hjh Fatimah Ahmad, Salbiah Jaapar , Lasabit Agong, Zurina Mat Saruji, Rosman Norwati Che Mat, Hajah Mariam Abdullah, Hjh Rasmah Haji Matusin, Hjh Aminah Haji Timbang, Hh Rokiah Haji Enci dan Hajah Rokiah Haji Simat.

Mesyuarat juga telah membincangkan beberapa agenda strategi perancangan dalam berbagai bidang yang hendak diaktifkan dalam masa terdekat antaranya bengkel kemahiran, majlis ilmu, motivasi, ekonomi, lawatan sambil belajar dan sebagainya.

Hawa Pusat dalam mesyuarat itu juga telah menetapkan untuk memulakan kegiatan awalnya pada 11hb Julai ini dengan mengadakan Bengkel Plaster Mould yang akan diadakan di Pusat Tarbiah Tutong dengan menghadirkan seorang tenaga pengajar Mr KK Lim seorang pengusaha terkenal Plaster Mould di negara ini.

Di samping itu HAWA Pusat juga akan mengadakan Bengkel Fardu Kifayah, Menyempurnakan Jenazah Perempuan yang dijangka akan diadakan di Limbaruh Hijau dengan mendatangkan tenaga pengajar Penggapai daripada Jabatan Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam pada 24hb Julai 2009. Ianya juga akan dijadikan sebagai kegiatan tahunan bagi kegiatan keagamaan himpunan itu.

Mesyuarat juga bersetuju kesemua kegiatan Hawa akan melibatkan sama Pergerakan Pembangunan Puteri yang merupakan satu lagi himpunan yang perlu di kehadapankan bagi memberikan suntikan semangat kepada kalangan belia-belia untuk turut berminat menceburkan diri dalam NDP di masa-masa yang akan datang. Di samping itu untuk menambahkan pengalaman dan pengetahuan pergerakkan tersebut terutama sekali pada kegiatan-kegiatan yang boleh mentarbiah mereka untuk lebih bersifat dewasa dan muhasabah diiri dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Lain-lain kegiatan yang juga akan turut dilaksanakan ialah Ceramah Motivasi Membuang Stress yang dijangka akan dikendalikan oleh Pegawai Kaunseling Hospital RIPAS Bandar Seri Begawan, Bengkel Berpidato yang akan membawa Tajuk Pidato Memertabatkan Wanita dan dalam usaha menubuh Kelab Usahawan Wanita serta Unit Kaunseling Wanita NDP.

Turut hadir pada mesyuarat pertama itu ialah Pengerusi Tetap Hawa Puan Ramlah Beevi Haji Haneefa dan Timbalan Pengerusi Tetap Puan Rohaya binti Bahrin.

Sejurus selepas mesyuarat itu Hawa Pusat juga telah mengadakan kunjungan ke rumah salah seorang badan penasihat NDP Ayahanda Haji Umar Tamin sebagai program transformasi HAWA pertama Kunjung Muhabbah sebagai satu penghormatan kepada seorang pejuang yang tidak pernah kendur-kendur menaburkan bakti demi bangsa, negara dan agama.

Pada kunjungan itu Ayahanda Haji Umar Tamin sempat mengongsikan beberapa pandangan berkenaan perancangan-perancangan memajukan ekonomi yang perlu digiatkan oleh kaum wanita NDP antaranya ialah menggiatkan pertanian bermula daripada dengan bercucuk tanam di halaman rumah bagi menjunjung Titah Baginda Sultan yang mahu melihat bidang pertanian sebagai Survival Permakanan dan sara diri dalam negara ini diamalkan oleh rakyat Baginda.

Beliau menekankan jika kegiatan pertanian iatu dimulakan daripada rumah ianya Insyallah akan dapat dilaratkan secara berkumpulan oleh wanita-wanita NDP menjadikan ianya satu industri pertanian yang besar di suatu hari nanti. (HSK).

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.