Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Hati sejuk dengan titah panas semula

LIMBARUH HIJAU 14 JULAI 2009 - BARU pun rakyat berasa sejuk hati mendengar titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei yang sangat perihatin akan keselamatan dan kesejahateraan negara dan bangsa, timbul lagi inisiatif baru jawatankuasa perayaan yang boleh memanaskan hati.

Bayangkan belum pun sampai 24 jam baginda bertitah menegur sikap kurang sihat dan berlebih-lebihan JK Perayaan Keputeraan untuk menjayakan acara-acara hari keputeraan baginda, keluar pula kenyataan (klik sini) dari badan tersebut untuk meneruskan gerai perayaan sempena Hari Keputeraan.

NDP tersangat sedih dengan langkah JK Keputeraan ini. NDP melihat ianya tidak bertepatan dengan semangat titah baginda sultan yang jelas sangat risau akan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terutama ketika negara di landa wabak Influenza A (H1N1).

Baginda dalam titah kelmarin meluahkan perasaan lega baginda apabila JK Perayaan Hari Keputeraan mengambil langkah berjaga-jaga dengan membatalkan semua acara sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan.

Baginda telah bertitah mengambil maklum, "penangguhan acara-acara perayaan itu dibuat memandangkan negara sekarang dilanda oleh pandemik Influenza A (H1N1), suatu musibah global yang menakutkan yang turut mengganggu aktiviti-aktiviti sosial".

“Kita sekarang dilanda oleh pandemik Influenza A (H1N1), suatu musibah global yang menakutkan kerananya banyaklah aktiviti sosial turut terganggu di antaranya majlis-majlis perayaan dan sambutan Hari Keputeraan beta juga terpaksa ditangguhkan, namun kita percaya semangat 15 Julai tetap hangat dan berkobar-kobar,” titah baginda semasa berangkat ke Mesyuarat Khas Majlis Bencana Kebangsaan yang dilangsungkan di Bilik Mesyuarat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Berakas.

Tetapi belum pun sampai satu hari baginda bertitah sedemikian dan belum pun pasti sama ada negara betul-betul sudah terselamat dari wabak penyakit tersebut, JK Perayaan tidak lengah-lengah mengumumkan bahawa gerai perayaan di seluruh negara akan diadakan mengikut jadual yang sudah ditetapkan.

Apakah langkah ini bijak? Apakah ia tidak bercanggah dengan hasrat yang di titahkan baginda sultan kelmarin? Sila lihat titah:

Titah Sultan Yang Berjiwa Rakyat

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.