LIMBARUH HIJAU, AHAD- Bersempena dengan Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 63 tahun acara keagamaan berdikir dan membaca ayat-ayat suci Alquran turut diadakan di Istana Nurul Iman Bandar Seri Begawan setiap malam.
Pasukan Usrah Muslimah, merupakan salah sebuah pasukan dikir yang telah menerima undangan daripada jawatankuasa acara tersebut di Istana Nurul Iman untuk mempersembahkan dikir malam semalam.
Seramai kira-kira 50 orang di kalangan ahli-ahli Himpunan Wanita NDP telah menyertai persembahan dikir tersebut bersama dengan dua lagi pasukan dikir wanita di negara ini termasuk pasukan dikir wanita-wanita Kampung Lambak Kanan.
Usrah Muslimah merupakan pasukan dikir ditubuhkan dalam Parti Pembangunan Bangsa dan semalam merupakan kali keempat ia diundang.
Hawa Pusat sehubungan itu merakamkan setinggi-tinggi penghargaa dan terima kaseh kepada jawatankuasa penganjur acara tersebut kerana tidak meninggalkan untuk pasukan dikir wanita NDP menyertai sama acara tersebut pada setiap tahun.
Turut serta dalam persembahan dikir ke Istna itu ialah Ketua Himpunan Wanita Pusat Dyg Hjh Sa’emah Hj Kepli, dan Naib Ketua Hawa Pusat Dyg Hajah Siti Zaleha binti Haji Tanjung, Bendhari Hawa pusat Dyg Saimah Bakar, jawatankuasa Exco Dyg Munah Haji Junaidi serta Ketua Himpunan Wanita Daerah Brunei Muara Dyg Hajah Jamilah Ahmad, Ketua Himpunan Wanita Daerah Belait Dyg Kertini Haji Abd Manap serta beberapa orang jawatankuasa penggerak Hawa Pusat seluruh negara.
Sempena meraikan ulangtahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dalam Sambutan Bulan Perayaan anjuran NDP, Hawa Pusat juga akan menganjurkan Bengkel Fardhu Kifayah Menyempurnakan Jenazah Perempuan diadakan pada 24hb Julai ini bertempat di Limbaruh Hijau bermula kira-kira pukul 9:00 pagi, dan akan dikendalikan oleh beberapa orang pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Ugama.
Bengkel tersebut juga merupakan salah satu program Ilmu anjuran Hawa Pusat, yang antara lain bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan, kesedaran dan martabat di kalangan wanita terutama sekali ahli-ahli wanita NDP. (HSK).